Hmm..
sudah agak lama aku meninggalkan laman blog ni.
Almaklumlah,
sibuk katakan...kuakuakua..(^-^)
Nasib baik dapat 'kunci' untuk log in semula blog ni..
Hmm..
Akhirnya,
dapat juga aku meluangkan masa untuk menghadiri raptai konvo pada hari ini.
Jika diikutkan perancangan sebelum ni,
aku bukan sahaja tidak dapat hadir ke raptai bahkan juga ke majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada 18 Ogos nanti atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Alhamdulillah,
plan berubah di saat-saat akhir...
Huhu..
terharu rasanya tatkala dapat menjejakkan kaki ke DECTAR pada pagi tadi untuk mengambil jubah dan menyelesaikan segala urusan berkaitan konvo nanti..
Terasa agak letih dan lesu sejak beberapa hari ni sehingga aku tak dapat lelapkan mata pada waktu malam..terasa sakit habis satu badan..
Bila malam menjelma, badan mulai panas dan mula la nak batuk..sakit tekak semua.
Agak penat bila terpaksa ke sini sana...
pagi di sini, petang di sana...
siang di negeri ni, malam di negeri lain pula...
haih...
Kepada semua rakan yang akan konvo pada tahun ni,
SELAMAT BERKONVO !!!! (^-^)
Hello world!
1 year ago
0 comments:
Post a Comment