CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 26, 2009

Situasi Bukan Bunkface


"Hidup bukanlah lakonan.
Dialog bukanlah skrip.
Setiap hari kita perlu berkomunikasi.
Sukarnya hidup andai interaksi tidak serasi."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap manusia memang berbeza. Ada yang kelakar. Ada yang serius.
Bagi yang pendiam, memang susah nak buka mulut (kecuali menguap)..
Huarrggghhh...Zzzzzzzzz ~~~

Bagi yang murai tercabut ekor, sekalipun ekornya disambung semula, mulutnya pasti cot cet cot cet asyik menggelupur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedar atau tidak,
setiap kali kita mengorak langkah pasti kita akan bertemu dengan insan lain di sekeliling kita. Kesukaran untuk memahami individu lain pasti akan mencetuskan situasi berbeza.
Adakalanya, apa yang kita fikirkan tidak sama dengan keadaan sebenar.
Lain yang difikir, lain maksudnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teringat aku pada seorang rakan lama.
Orangnya memang pendiam.
Susah ditafsir apa yang difikirkannya.
Marah, sedih atau gembira.. riak wajahnya tetap sama.

Setiap hari, aku yang akan menyapa dirinya.
Suatu hari, aku cuba untuk melakukan eksperimen.

Aku diam seribu bahasa.
Saja nak tengok gelagatnya.
Kesudahannya, sepanjang hari kami membisu.
Penat aku menunggu.
Tak ada juga sapaan darinya.
Tragisnya.. Wuwuu..

Adakah orang pendiam memang begitu???

Selagi kita tak ucap 'hai' kepadanya..
Bukan hanya 'hai'..
'Hey.. ho.. ha..hi..hu.."
satu perkataan pun takkan keluar dari mulutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku bertemu pula dengan seorang makcik.

Dialog:
"Makcik ni ada dua orang menantu. Menantu sulong keja besar.
Tapi pendiam. Sudahlah pendiam.. serius pulak tu..!
Nak bercakap,
sepatah ditanya..sepatah dijawab..
Nak melawak,
makcik sorang ja yang gelak..."

"Menantu hat nombot dua,
keja buat bendang ja.
Orangnya hangit hitam legam.
Tapi, makcik suka sikit kat menantu sorang ni.
Dah tua-tua camni,
boleh gak tumpang bersembang..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku berkenalan pula dengan seorang rakan.
Keluarganya memang kaya-raya.
Tapi, bagi manusia spesis aku..
agak susah untuk menyesuaikan diri setiap kali berkunjung ke rumahnya.

Hidupnya dipengaruhi oleh protokol-protokol yang wajib diikuti.

Nak makan tengahari pun susah sebab asyik bertukar pinggan, gelas dan cawan.

Makan ini kena guna pinggan A, makan itu guna pinggan B, C, D, E..

Kesian kat orang gaji.
Jenuh nak membasuh..
mengeliat badan-badan..

Kalau aku jadi orang gaji,
agaknya dah lama aku cabut lari !

Ni kalau buat tukar-tukar pinggan kat rumah sendiri,
siaplah hanger kena rotan..
oHOHo..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teringat aku kepada seorang pakcik.
Pakcik ni sangat garang.
Cengey macam rimau.
Marah orang tak tentu pasal.
Banyak kali juga aku menangis gara-gara kena tengking dengan pakcik ni.
Niat hati memang taknak menangis.
Tapi, disebabkan 'terkejut' sebab kena marah tak pasal-pasal,
tetiba je air mata berlinangan.

Oho..
sebak rasanya bila kena marah tanpa sebab yang munasabah.

Kadang-kadang,
puas aku berfikir.
Agaknya.....
wayar pakcik ni ada yang terputus kat mana-mana kot..
wawawa

.............................................................................................................................

Kesimpulannya....

Kita sebagai manusia memang tak sempurna.

Tapi..
Alangkah bahagianya hidup ini jika kita dapat gembirakan orang di sekeliling kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(^-^)




13 comments:

Budak_Anti_Skema'93 said...

erm..manusia memnag x sempurna..
Rasulullah lah satu2nya manusia yg smpurna..

ukmstudio said...

Kiter mesti belajar menerima kekurangan sesuatu... sebab....kiter sendiri pun tidak selalunya sempurna pada pandangan orang lain...bagaimana pun aku tetap aku, tidak perlu berpura-pura, semata-mata untuk mendapatkan perhatian sesiapa...Aku tetap aku...ewahhhh....keh...keh...keh...

CikLieYzaOnline said...

my kiuty kitty (nama anak bangau comey..hee),
"manusia mmg x sempurna tp seharusnya kita suluh diri sendiri utk menyempurnakan kehidupan bersama"

si studio yg tgh bercuti,
"stp manusia mmg ada kekurangan..dan kita perlu belajar menerima kekurangan sesuatu tp xsalah kalau kita berusaha utk mnjadi lebih baik sbbnya hidup kita ni bermasyarakat.bknnya tinggal di dlm gua atau hutan.tarzan yg kat dlm hutan pun kalo buat slh, monyet2 kat dlm hutan merajuk dan terasa dgn tindakannya.apatah lagi kita yg mmpunyai naluri insan.cewah..

ukmstudio said...

Masyarakat? cube kita lihat masyarakat hari ini macam mana? Kita tak perlu fikir masyarakat kalau nak menjadi lebih baik. Kalau kita fikir masyarakat, la ni masyarakat sempurna ker?, cube la kita amati masyarakat la ni, majoriti anggota masyarakat la ni baik-baik ker? Kita toksahlah berpura-pura...kita amatilah anggota masyarakat la ni, tak kiralah masyarakat bandar atau kampung....pergilah mana2...cubalah lihat...ermmmm...lebih2 lak aku ni...

CikLieYzaOnline said...

hahahahaha, baru je nak serius tp nak tergelak plak bila baca ayat lebih2 tu..wahaha

Emm..x..mksdnya di sini, kita x perlu menjadi lebih baik semata2 kerana masyarakat sedunia tp cukuplah sekadar orang di sekeliling kita. Cthnya, ada 2org manusia yg perlu berinteraksi antara 1 sama lain. Si A dan B cukup sifatnya jika dilihat dari segi fizikal. Tapi, masa berurusan, si A memakai cermin mata hitam dan enggan menanggalkan cermin mata tersebut sepanjang urusan dijalankan. Bukankah itu agak menyusahkan si B? Terkebil-kebil matanya semasa perbincangan berlangsung.Sekurang2nya tanggalkanlah kejap cermin mata tu pastu dah habis berurusan,pakai la balik... Tak gitu ???

Adakalanya,jagalah hati pihak lain sama..jangan terlalu ego dan mementingkan diri sendiri.Agaknyalahh.....wiwi

Anonymous said...

1-Bukankah hipokrit namanya kalau kita 'bertukar' menjadi orang lain semata-mata ingin menjaga hati pihak lain lalu meminggirkan perasaan sendiri?

2-Sikap mementingkan diri sendiri penting pada zaman sekarang kerana kalau kita tak pentingkan diri, kita akan ditindas.

amu mejie said...

hai..hey....hoo...jai...hoo...kakngah...he~ yola....Tuhan wat elok dah....xdpt bayang kalo manusia kek donia ni ada sejenis mud je...n sejenis perangai...plak tu sume perangai cm kakngah.....jenuh la....hehe~

Tanpa Nama said...

Mgkn jge org tu pakai spek cuz mate die juling o sakit mata.so,dia tanak penyakit merebak sbb tu die pakai spek.

ms misteri said...

camat tahun baru.hapy new year.

p/s:"yg pakai spek mata tu,silalah ubatkn mata anda sblm ia merebak ke seluruh dunia.he he"

ukmstudio said...

Ooooo...kalau contoh macam yang diberi tu, aku setujulah...,o.k lah...Aku pun kalau bercakap dengan orang yang becermin mata gelap, tak selese gak aku, sebab biji mata dia tak nampak. Tentu dalam ati, aku akan kater...'dia pandang aku atau pandang benda-benda yang lain...yang ader kek badan aku nih...keh...keh...keh...'
Kuang asam betui dier tu....gi repot polis lar.....ha...ha...

Murni Ismail said...

apa yang dituliskan memang adalah situasi yg sering wujud antara kita. cerita2 ini ada juga persamaan yg pernah kak ni lalui. ada yang kita selesa bila menghadapinya ada yang kita terpaksa tempuh atau terima bila dah berdepan. inilah lumrah hidup manusia. selamat tahun baru 2010...

Anonymous said...

Jauh kau pergi meninggalkan diriku,disini aku merindukan dirimu owhhhh.......

CikLieYzaOnline said...

alamak, xsempat nak bls komen2 kat sini. nnt beta bls apa yg ptut.. apapun, semua ini sekadar pandangan. skema jawapan tertakluk kpd diri masing2.tkasih kerana meninggalkan komen anda.