CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 12, 2010

Roda Roda Tayar Dua

12 Jun 2010.
Lebih kurang jam 6.30 petang, aku melalui sebatang jalan.
Jalan yang kurasakan agak kurang sibuknya berbanding jalan-jalan lain yang kerap dicemari dengan bunyi-bunyi hon..
pin pin pon pon ~

Seperti biasa,
sambil membonceng, aku akan memerhatikan keadaan sekeliling untuk mendapatkan idea atau ilham yang kurasakan sedang bertebaran di segenap kawasan.

Mungkin,
inilah cara terbaik untukku merehatkan fikiran.

Kebiasaannya,
agak laju kuterbang dengan kadar kelajuan 80-100 km/j.

Namun,
hari ini aku memperlahankan sedikit kelajuan.
Hanya 40 km/j.

Lebih kurang 10 meter dihadapan,
kelihatan lampu isyarat memperlihatkan warna hijau seolah-olah memberitahu kenderaan di barisan kiri supaya teruskan perjalanan.

Aku dan kenderaan lain di barisan kanan pula perlu sabar menunggu giliran.

Untuk mengelakkan daripada terpaksa menunggu terlalu lama di barisan jalan,
aku mengurangkan lagi kelajuan kepada 30 km/j sambil fikiranku melayang-layang.

Tatkala sibuk memerhatikan ke kiri dan kanan,
tetiba datang sebuah kereta proton Iswara memintasku ibarat superman kegelisahan.

"EEEEiiiiiiiitttttttttttttttttttttttttttttttttttt..."

Pommmmmmm !!!!!!!!

Kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari bawah tayarnya.

Permukaan hadapan keretanya hancur lebur akibat terlanggar kereta yang sedang beratur di hadapan.

Akibat daripada terjahan keras itu,
kereta yang layak digelar mangsa pula melanggar kereta yang berada di hadapannya.

Aku?

Alhamdulillah,
hanya trauma dengan kejadian yang menimpa.

Sehingga itu,
aku masih lagi terfikir,
sekiranya aku yang berada di akhir barisan tadi,
entah dimana sekarang aku berada....

Fuhhh ~~~~





7 comments:

Anonymous said...

itulah..entah dimana engkau berada...wei,lama menyepi,mana kau pergi ha? :-P

Anonymous said...

itulah kan..entah dimana engkau berada..wei,lama menyepi mana kau pergi ha?hehe

Ochie~(^_^)v~ said...

Alhamdulillah cik liza tak apa2...
:)

Anonymous said...

haii cik liza.nampak jalan dgn sapa entah..aceceh.......

MIeKupang

MS MISTERI said...

HOH!! WIRA WONDERPET..

CikLieYzaOnline said...

Assalamualaikum.selamat berpuasa semua......kepada semua yg komen, diriku tiada komen....haih,kesedihan sungguh la...fuh~~~

Mak Jang Ayu said...

naseb bek kan cik liza..sweet sangat cter tu.. hehehe ;)