CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 8, 2011

Bicara Untuk Esok

Malam ni tepat jam 12.04, maka berakhirlah sudah liku-liku 24 tahun hidupku. Maknanya, aku akan mulakan hidup baru dengan angka '5' dan bukan lagi '4' seperti hari ini. Mungkin, esok masih seperti biasa..meneruskan kehidupan yang entah bila hentinya..terus mengejar cita-cita yang belum sempurna..terus membina kehidupan agar lebih bahagia dan terus berharap agar hari esok masih ada kesempatan dan keampunan dari-Nya.

Hari ini sedikit sayu (mungkin sebab hari ni last muda kekeke)..
sayu mengenangkan ini dan itu..
walaupun badan lebih besar dari kepala tapi dalam kepala ada macam-macam yang nak difikirkan.

Sepanjang 24 tahun hidup di muka bumi,
ada doa yang dimakbulkan..
ada juga yang belum sampai..
ada yang sipi-sipi nak sampai tapi tetap tak sampai..
dan .. ada juga yang mungkin takkan tertunai.

Bila difikirkan secara matang,
barulah nampak kebenaran di sebalik kejadian.

Mungkin..(memang kot)..
inilah yang dinamakan ujian..dugaan atau cabaran.
Memang pahit untuk ditelan..
walaupun setiap kali nak telan rasa macam nak muntah sampai keluar air mata..
tapi..tarik nafas panjang-panjang,pejam mata dan terus telan..

Kata orang, selalunya yang pahit itulah ubat.
Lama-kelamaan mungkin badan akan jadi lebih sihat~

Apapun,
SELAMAT HARI LAHIR LIZA (^-^)
..SEMOGA LEBIH TABAH MENGHADAPI CABARAN MASA DEPAN..
..SEMOGA ANGKA '5' MEMBERIKAN SESUATU YANG BARU..
..SESUATU YANG DIIMPIKAN..

~AMIN~

Tuesday, October 4, 2011

Akhirnya...bukan berakhirnya..

Alhamdulillah..
akhirnya..aku mampu bagi kata dua..ahaks

Semalaman aku berfikir,
apa yang patut aku lakukan..
bak kata pepatah..
"ditelan mati mak, diluah mati bapak"
kalau tak telan..tak luah..diri sendiri yang mati tercekik.

Mungkin..(bukan mungkin..memang kot)
memang sukar untukku buat keputusan bila melibatkan hal adik beradik..
kalau hal melibatkan rakan atau orang luar..
aku tak ambik kisah sangat..
tapi, bila sesuatu hal tu melibatkan darah daging sendiri..
aku akan menjadi sangat serius..

Sebenarnya,
aku pun tak pasti apa yang harus aku lakukan..
aku rasa..ini yang terbaik..
sebab tu aku bagi kata dua.

Mungkin..nampak 'kasar' buat masa sekarang..
tapi..insyaallah akan lebih baik untuk masa akan datang.
itulah yang aku harapkan.

Mungkin..(memang kot)
aku jenis yang tak sampai hati..
berat hati bila terpaksa berkeras dengan adik-adik.

Mungkin ..(memang kot)
sebab aku sayangkan mereka.

Tapi..
sayang macam mana sekalipun..
kena berkeras juga..
kalau tak..sampai bila..

Kenapa la adikku yang sorang ni degil sangat..
kadang-kadang rasa macam letih dah..
dah tak larat nak cakap..
dah penat..

Aku cuma nak didik dia jadi seorang yang bertanggungjawab..
tapi kadang-kadang macam susah ja..

Nampaknya..
dah takdak cara lain..
bak sini kunci..
bagi balik semua kemudahan..
cubalah untuk berdikari.

Mungkin..secara lahirnya..
aku akan nampak terlampau bertegas..
tapi..terpaksa buat jugak macam tu..

Kalaulah adikku faham..
hidup ni tak mudah..
tapi kalau diberi kemudahan..itu satu bonus.
kenapa taknak hargai..
kenapa taknak usahakan ke arah yang lebih baik..

Masa depan..
bermula dengan hari ni..
kalau hari ni macam ni..
esok pun macam ni..
jangan harap masa depan nak berubah..
silap-silap lingkup lagi ada la..

~Haih~

Alahai adik oiiii...

Sunday, October 2, 2011

KeTiKa iNi...

KaDaNG-kaDaNG


Kadang-kadang, perangai aku pelik sikit..
entahlah, mungkin aku terlampau mengikut emosi.

Tapi,
kadang-kadang aku rasa mereka tak nampak..
mereka tak memahami apatah lagi cuba menyelami.

Kadang-kadang, aku penat..
aku letih dan sebab tu aku angin.

Aku letih nak cakap banyak kali..

Bila aku angin..
aku akan diam dan menyendiri..
aku malas nak marah-marah..
apa sahaja yang aku buat selama ni..aku boleh tinggalkan atau biarkan begitu sahaja tanpa rasa rugi.

Secara fizikalnya,
adakalanya aku nampak kerugian itu..
tapi, aku malas nak ambil tahu.

Mungkin aku merajuk..
atau juga mungkin aku dah tawar hati..

Bila aku dah tawar hati..
sangat sukar untuk maniskan kembali..
bila aku dah tawar hati..
aku takkan lagi ambil peduli walaupun aku sedikit rugi.

Kadang-kadang..
aku rasa 'penyakit' ku ini agak bahaya..
tapi..itulah yang aku alami.

Aku pun tak tau macammana nak sembuhkan penyakit ni..
tapi, aku rasa sangat penat dan letih ketika ini.

Kadang-kadang, aku boleh jadi sensitif.
terlalu sensitif..mungkin sebab aku rasa sangat meluat..
berulang kali..perkara yang sama terjadi.

Aku pun tak tau camana nak buat lagi...

~Tabahkanlah hatiku dalam menempuh ujian-Mu ini~