CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 2, 2011

KaDaNG-kaDaNG


Kadang-kadang, perangai aku pelik sikit..
entahlah, mungkin aku terlampau mengikut emosi.

Tapi,
kadang-kadang aku rasa mereka tak nampak..
mereka tak memahami apatah lagi cuba menyelami.

Kadang-kadang, aku penat..
aku letih dan sebab tu aku angin.

Aku letih nak cakap banyak kali..

Bila aku angin..
aku akan diam dan menyendiri..
aku malas nak marah-marah..
apa sahaja yang aku buat selama ni..aku boleh tinggalkan atau biarkan begitu sahaja tanpa rasa rugi.

Secara fizikalnya,
adakalanya aku nampak kerugian itu..
tapi, aku malas nak ambil tahu.

Mungkin aku merajuk..
atau juga mungkin aku dah tawar hati..

Bila aku dah tawar hati..
sangat sukar untuk maniskan kembali..
bila aku dah tawar hati..
aku takkan lagi ambil peduli walaupun aku sedikit rugi.

Kadang-kadang..
aku rasa 'penyakit' ku ini agak bahaya..
tapi..itulah yang aku alami.

Aku pun tak tau macammana nak sembuhkan penyakit ni..
tapi, aku rasa sangat penat dan letih ketika ini.

Kadang-kadang, aku boleh jadi sensitif.
terlalu sensitif..mungkin sebab aku rasa sangat meluat..
berulang kali..perkara yang sama terjadi.

Aku pun tak tau camana nak buat lagi...

~Tabahkanlah hatiku dalam menempuh ujian-Mu ini~


0 comments: