CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 25, 2012

SeeKor Burung Ke Arasy ALLAH



Apabila seorang mukmin mengucapkan satu kalimah


maka keluarlah dari mulutnya seekor burung hijau.

Burung hijau ni akan naik ke Arasy Allah dan akan berkicauan di bawah Arasy.

Melihat kejadian itu, malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh burung tersebut.

Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, maka malaikat yang menjaga Arasy menghadap Allah SWT dan menceritakan kejadian tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Allah memerintahkan malaikat agar memberitahu burung tersebut supaya diam.

Apabila perintah itu disampaikan kepada sang burung, maka berkatalah burung itu..

"Wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, aku boleh mendiamkan diriku tetapi dengan satu permintaan".

*****************************************

Malaikat membalas,

"Apakah permintaan itu?".

Sang burung seraya berkata,

"Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Malaikat pun membalas,

"Baiklah, aku akan sampaikan kepada Allah."

..................................................................................

Maka beredarlah malaikat dan menyembah Allah lalu disampaikan permintaan tadi kepada Allah.

.......................................................................

Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pun menerima permintaan tersebut.

**************************************

Selepas itu, malaikat pun pergi berjumpa dengan sang burung dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaannya.

Maka dengan segera sang burung tidak membuat bising dan ia bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

:....Bayangkan berapa ekor burung yang sedang berzikir dan memohon keampunan buat kita di Arasy sana sekiranya kalimah tersebut menjadi amalan di sepanjang kehidupan kita...:

Wallahua'lam

Tuesday, March 6, 2012

Moral of the story: Kalau Sedih, Jangan dok LaYaN



Tadi aku sedih..sedih sangat..
sedih sampai sebak..bila sebak mulalah nak teriak..
tak cukup dengan teriak ja..hingus pun nak ambil port sama..
habis meleleh hingus dah macam orang selsema..
bila hingus dah meleleh, air mata pun makin laju..
aku ambil tuala dok lap semua..
menghadap laptop sambil dok buka blog..
konon nak luahkan kat blog buat seketika..
tapi, bila buka ja blog..
ya Allah..awatla muzik kat blog aku ni sedih ngat aih..
baru ja nak relaks-relaks .. cool balik..
tapi bila dengar muzik kat blog..
lagi cepat emosi tersentuh..
berderai-derai jatuh air mata...
sampai merah mata, bengkak dan sepet sikit rasa..
huduh dah rasa..
punyalah ikut perasaan..cess..
tak guna punya setan..
mesti hang dok cucuk-cucuk perasaanku tadi heh!

*************************************************

Tapi, sekarang ni...
alhamdulillah..dah ok dah hahahaha..

Ini semua gara-gara terpaksa turun bawah tadi untuk sesi terapi bersama cilala..

************************************************

Kini, setelah emosiku stabil..
baru aku sedar..
kadang-kadang tu lah..
cakap tu memang mudah tapi kalau diri sendiri yang terpaksa berhadapan dengan masalah..
teruk jugak rasa..

Tapi, mulai hari ni..
aku dah bertekad dah..
takmau dah sedih-sedih nangis semua ni..
malu ngat aih..
dah tua pun masih tak dapat nak berhadapan dengan situasi 'mangli'..

Insyaallah..
lepasni aku dah kuat dah..
aku dah jadi kebal dah..

Setiap dugaan atau ujian yang Allah turunkan kat kita..
sebenarnya semua tu kita mampu hadapi..
kita ni kuat sebab tu Allah bagi ujian tu kat kita..
Allah tak bagi kat orang lain sebab orang lain lemah dan tak sekuat kita..
tulah buktinya kita hebat berbanding orang lain..
tapi ..bila kita ditimpa ujian..
dah jadi kot lain dah..
kita pulak yang dok sedih lebih-lebih..
tadi ngaku hebat muahaha..

Alaa...biaq pi la..
terima ja semua dugaan tu..
hadapi ja semua..
ingatlah wahai diri..
Allah takkan bagi ujian tu kat kita kalau kita tak mampu..
tapi disebabkan kita mampu, sebab tu Allah uji kita..
Allah pilih kita dan bukannya orang lain..kan kan..

Bersyukurlah bila Allah uji kita..
tu tandanya Allah nak bagi pahala lebih kat kita..
umpama bonus jugakla..
kan ka kita suka kalau dapat bonus kan..
tapi, untuk dapat bonus..confirm la kita kena 'kerja lebih masa'..
jadi, moral of the story..
kalau sedih, jangan dok layan sangat..

pertama sekali..
cool dan relax..

lepastu cari jalan penyelesaian..

gamak sedih sangat,
tak payah layan sangat perasaan..
sebab bila dah keluar air mata..
urat-urat saraf semua akan turut terkesan..
tak pasai-pasai ja muka jadi kedut dan nampak tua muahaha.

:..Alhamdulillah..:

Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah bermaksud:
“Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk.”

"Allah takkan uji hambaNya kalau Dia tahu mereka tak mampu untuk tanggung beban tu. Dan kadangkala Allah akan uji seseorang tu dengan kehebatan, kesenangan, kemewahan hingga orang itu lupa hidup di dunia hanya sementara sebelum dijemputNya."

:..Terima kasih kepada cilala sebab bancuh ayaq coklat ais dan hidangkan roti serta kek dalam proses terapi penyembuhan emosi tadi ehe..sedap (^-^) ..:

K.e.C.e w.A



Hari ini aku sangat kecewa.

Amat kecewa.

Monday, March 5, 2012

Wahai KaKi


Berdirilah dengan kaki yang terkuat..
kerana ketika ombak datang maka ia akan menahan dengan sempurna..
meskipun badanmu basah tetapi tubuhmu akan tetap tegak berdiri.

Binalah rancangan hidup yang sempurna..
kerana dengan persiapan yang matang dan mantap akan membawa kita kepada situasi yang mudah kita kendalikan.

Biarkan nafas wangi suara hati mengalir dalam relung jiwa dan darah..
kerana disanalah kita akan menjadi diri kita yang berdikari dan cuba bertahan meskipun badai menghadang..
kau tetap tegar dan menjadi insan yang kuat dan menikmati hidup sebagai pejuang yang berazam untuk meraih kehidupan dalam kesyahidan..


Meskipun Engkau Bukan Seperti Yang LaiN



Sebenarnya, aku tengah sedih ni.
Sedih sangat.
Lani pun tengah chatting ngan Puan Tim untuk meluahkan apa yang terbuku di ruang hati T.T
Haih, susah nak cerita..
Kalau cerita kat sini, segan pulak bila ada orang baca ehe..
walaupun blog aku tak femes tapi aku percaya, masih ada yang sudi jenguk-jenguk kat sini..
>.<

Kekadang aku terkilan..
terkilan dengan sikap manusia yang tak ingin berubah walaupun berjuta longgokan peluang sentiasa diberikan sehingga orang pun dah muak nak bagi peluang.

Hairan. Pelik.
Aku tahu, sangat susah untuk berubah.
Tapi, apa salahnya berubah demi kebaikan diri sendiri dan juga orang di sekeliling.
Orang yang diamanahkan Allah untuk dipelihara dan dijaga.
Kerna suatu hari, pasti tanggungjawab yang diamanahkan akan dipersoalkan semula.

Kekadang, aku tertanya-tanya.
Apa hikmah di sebalik semua ini.

Entah.

Kekadang, aku takdak jawapan untuk semua ini.

:.... Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu cintai,
tetapi Allah menunjuki orang yang dikehendakiNya dan Allah mengetahui orang-orang yang menerima petunjuk ....:


Friday, February 24, 2012

Lalu aKu MuLa BerTaNYa


Sebenarnya..
ada banyak perkara yang nak diceritakan..
tapi..bila terlalu banyak perkara yang nak diceritakan..
tetiba kepala rasa 'jam' ..
terus tak tau apa yang nak diceritakan..
satu pun takdak..
sungguh..
(tak sungguh gak..mungkin ada, tapi cuma berlegar-legar di dalam kepala..dan tak mampu disalurkan ke urat-urat jemari untuk mula bercerita..malu pulak kalau ada orang baca muahaha)

Sebenarnya..
adakalanya apabila kita diletakkan dalam situasi 'terkurung'..
kita inginkan 'kebebasan'..
tapi..apabila kita dibebaskan..
sebenarnya bebas bukan bererti bebas sangat..
tapi bebas itu sebenarnya terkurung..
eh..ya ka?
tapi macam betul..
sungguh.

Sebenarnya..
kekadang aku keliru..
mana satu pilihan yang harus aku ikutkan..

yang aku suka tapi takdak peluang..
eh bukan..sebenarnya peluang tu ada tapi tak banyak sangat..
mungkin lebih tepat lagi..
takdak rezeki kot..
banyak kali aku cuba (takdaklah banyak sangat ehe)
dah nak capai tapi tak juga tercapai..
macam ada benda ja yang dok sekat..
atau mungkinkah aku yang tak bersungguh-sungguh?
boleh jadi..
oh, aku insaf..
berilah aku peluang sekali lagi..
seandainya ini yang terbaik di penghujungnya nanti.
~uhuks~

atau..

yang aku suka tapi tak harus diikutkan kerana suatu hari pasti dipersoal..
dan mampukah aku menjawab persoalan?
atau tergagap-gagap dalam memberi jawapan?
~oh, aku takut~

atau juga..

yang aku tak suka tapi sentiasa dipermudahkan urusan..

Kekadang aku pelik juga..
awatla yang aku tak suka..
yang tu la sentiasa 'mudah' bagiku..
"mudah' dalam pelbagai cara.

Adakah ini jalan sebenar buatku?

Adakah ini yang telah ditentukan dalam perjalanan hidupku?

Adakah ini hijrah doaku?

Oh, aku keliru.

...........................................................................................

Ketika insan melihat ke langit,

Lalu bertanya kepada dirinya,

Adakah langit sebagai hujungnya,

Hujung bagi sebuah kehidupan?


Saat insan melihat ke tanah,

Lalu hati terasa pasrah,

Adakah ini penghujung kisah,

Atau dari sini mulanya kembara,

Kembara menuju destinasi cinta?


Ketika insan mendengar firman,

Mencari jawapan daripada Tuhan,

Tentang makna sebuah kehidupan,

Lalu Allah memberi pedoman,

Tentang diri jua kehidupan,

Tentang yang pasti berbanding kepalsuan.


Sesungguhnya..

Firman Allah SWT:

“Dan kami telah menunjukkan kepadanya (manusia) dua jalan.”

(Al-Balad: 10)


Friday, January 20, 2012

ReDha dAN RedAh

Sememangnya sukar untuk memilih. Sehabis pertimbangan dibuat.
Memikirkan pro dan kontranya. Memikirkan baik dan buruknya.
Tapi masih juga tak dapat jawapan. Mana satukah pilihan.

Minta pendapat dan pandangan dari orang lain..
Adakah ianya membantu atau membuat kita menjadi lebih pening dan keliru..
Bermacam-macam yang bermain di fikiran.

Wah..
susahnya..


Firman Allah S.W.T:

“..Mungkin kamu benci pada sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, mungkin juga kamu cintai sesuatu, sedangkan ia mudarat bagimu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak..”

(Al-Baqarah : 216)

Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

Saturday, January 14, 2012

BuKaN TaKNaK....CuMa....



Bukan taknak layan..

cuma takut bila layan bertambah sakit di hati~



Bukan taknak berbaik..



cuma takut lain pulak jadinya~



Bukan ingin memutuskan ukhwah..

tapi takut diri ini mencipta banyak dosa..



: Bukan membenci :


"Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hambaNya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka,tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka,kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?"


Memanglah payah untuk kita memaafkan kesilapan orang lain.
Ada sesetengah dari kita, hatinya sangat kecil.
Memang susah untuk berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita.
Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.”
(Surah asy-Syura: 43).

“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.”
(Surah Ali Imran: 1
32).

“Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”
(Hadis Riwayat Bukhari).




:.... DILARANG MEMBENCI ....:
(meluat sikit-sikit takpa ;D)

Kredit Gambar: Zackzukhairi
(malas nak lukis ;p )

Thursday, January 12, 2012

JaRi-JaRi KehiDuPaN

Jari KELINKING ibarat bayi..


kecil..
lemah..
dan inilah permulaan kehidupan..
........................................................



Jari MANIS umpama zaman kanak-kanak..
ketawa..
menangis..
penuh perasaan..
............................


Jari HANTU diibaratkan sebagai zaman remaja..



waktu beginilah hantu KAKLIMAH mula menggila..
BONCENG sini bonceng sana..
ada yang PANDANG BELAKANG..
ada pula yang terjerumus ke TEROWONG hitam..
..................................................................................


Jari TELUNJUK adalah zaman dewasa..



tunjuk sini tunjuk sana..
menuding jari secukup rasa..
salah tak salah aku tak hairan..
asalkan mampu memberi arahan..
sedarkah kita???
.........................................................


Manakala, IBU jari adalah hari tua kita..


mengawasi seluruh jari-jari yang lain..
biar susah, biar payah..
jadikan kehidupan hamparan kebaikan..
..................................................................


"Allahlah yang menciptakan kamu dari keadaan yang lemah,
kemudian Dia menjadikan kamu setelah keadaan lemah itu menjadi kuat,
kemudian Dia menjadikan kamu yang kuat itu lemah kembali dan beruban.
Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki.
Dan Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.''
(Surah Ar-Rum: 54)


:.... Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu cintai,
tetapi Allah menunjuki orang yang dikehendakiNya dan Allah mengetahui orang-orang yang menerima petunjuk ....:





Monday, January 9, 2012

WaHai DiRi ..



Seperti yang semua sedia maklum, 2011 telah melabuhkan tirai.
Maka, 2012 membuka tirainya yang baru.

Barisan pelakon masih kekal.
Yang berubah hanyalah latar masa.

Walau bagaimanapun, ada di antara pelakon 2011 yang sudah tidak lagi ditakdirkan berlakon pada 2012.

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dunia ibarat pentas lakonan..
kitalah pelakonnya..
dan pengarahnya adalah Allah.

..Kita yang masih memegang watak harus meneruskan perjuangan..
InsyaAllah.

Sebut pasal watak..
..bila 2012 menjadi latar masa, maka dengan ini hilanglah angka 5 pada usiaku..
ini bermakna watak yang aku mainkan kali ini adalah lebih berat berbanding sebelumnya..

Bila umur sudah berangka 6 di belakang..
aku agak terkedu ..
tak percaya sudah 26.. (^-^)

Bila dah masuk 26..

..maka di situlah juga aku..

-meneruskan hidup dengan alam pekerjaan yang masih bersifat dua alam =.= -
(bilalah agaknya mampu kembali kepada 1 alam? wallahualam)
-keluarga menjadi tanggungjawab utama-
-meneruskan kehidupan sebagai anak dan kakak kepada adik-adik-

Namun,
apa yang lebih penting ialah ...

>..MENJADI HAMBA ALLAH SEPENUH MASA..<

Semoga hal ini sentiasa dipertingkatkan dari latar masa ke latar masa yang seterusnya..
InsyaAllah.

Begitu berat rasanya 'watak' yang wajib dipikul sepanjang berangka 6 di belakang..itu pun sekiranya jasad dan roh ini masih berada di pentas dunia..

................................................................................

"Andai bisa kau menunggu aku..

akan aku lakukan apa yang terbaik..

tapi..kau terus berlari dan berlari..

penat aku mengejarmu..

terlalu jauh kau berlari...

kemampuanku terbatas..

Andai bisa aku berlari semula bersamamu..

akan ku pegang kau dengan erat..

aku tidak mahu berlengah lagi.."

:.... "Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian"....:
(Surah al 'ashr: 1-2)

Wahai diri...
masa terus berlari..
kenapa malas mengejarnya???

KAU adalah MASA.
..Tidak ada kaitan dengan yang masih bernafas mahupun yang sudah tiada nafasnya..

Sekian. Wassalam.