Seorang muda, di kaki senja
memandang jauh tanpa ceria
mungkin dia seorang muda, yang ditinggal bahagia
atau seorang muda terlantar derita
di sebuah negara merdeka.
Seorang muda
lesu lemah melambai masa tua
gusar resah, mengelus pepasir hampa
dia di kaki senja, tidak menghirau walau sesiapa
kerana di situ, dunianya tercipta.
Tidak jauh dari tubuh lesunya
seorang tua mengukir catatan
di atas kertas zaman dengan pena pengalaman;
tentang dia, seorang muda di kaki senja
dalam negara merdeka.
Lelaki tua,
merenung masa kian pikun
menghimpun ceritera manusia segala
terus menghimpun aksara buana
sebagai perakam sejarah masa
untuk pedoman sekalian jiwa.
memandang jauh tanpa ceria
mungkin dia seorang muda, yang ditinggal bahagia
atau seorang muda terlantar derita
di sebuah negara merdeka.
Seorang muda
lesu lemah melambai masa tua
gusar resah, mengelus pepasir hampa
dia di kaki senja, tidak menghirau walau sesiapa
kerana di situ, dunianya tercipta.
Tidak jauh dari tubuh lesunya
seorang tua mengukir catatan
di atas kertas zaman dengan pena pengalaman;
tentang dia, seorang muda di kaki senja
dalam negara merdeka.
Lelaki tua,
merenung masa kian pikun
menghimpun ceritera manusia segala
terus menghimpun aksara buana
sebagai perakam sejarah masa
untuk pedoman sekalian jiwa.
0 comments:
Post a Comment