Friday, July 29, 2011
Tuesday, July 26, 2011
KeputusaN TertunDa
Sepatutnya keputusan akan diumumkan pada tarikh dan hari berkenaan.
Namun,
atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, keputusan ditunda pada 22 Ogos 2011.
... Alahai ...
~ Buat takut orang ja...ceh ~
Ya Allah Ya Tuhanku,
berikanlah yang terbaik buatku.
- Amin -
Posted by CikLieYzaOnline at 2:13 PM 0 comments
Monday, July 25, 2011
Tersesat ke alam MaYa
Perjalanan hari ini agak luar biasa. Sejuk. Sangat sejuk. Terasa seakan-akan berada di musim sonata. Winter Sonata. Cuaca sedikit mendung namun tiada setitis pun air hujan yang turun. Jaket yang tebal tak mampu menghilangkan kesejukan yang melanda diri. Ohohoho sejuknya~
Alamak!
>>>> to be continue <<<<
! Hari ni terlalu banyak kerja !
... Muahaha ...
Posted by CikLieYzaOnline at 4:41 PM 0 comments
Friday, July 22, 2011
JuMaaT 22 JuLai 2011
Tolong SALAH. Tak tolong SALAH.
Jawab SALAH. Tak jawab SALAH.
Angkat kaki, SALAH.
Teruskan langkah, SALAH.
Berdiri kaku, lagi SALAH.
Apa yang BETUL?
Tak pasti.
Berada di sini, BERSALAH.
Beredar dari sini, juga BERSALAH.
Teruskan langkah, ramai yang terluka.
Tarik diri, ada yang terluka.
Buat-buat bengong, sendiri terluka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suatu perasaan yang aku tak suka.
>>>> Haih <<<<
Nurul Azliza Nordin
!! KUATKAN SEMANGAT !!
..................................................
Posted by CikLieYzaOnline at 2:47 PM 0 comments
Wednesday, July 20, 2011
TiNG ToNG
Alhamdulillah, baru selesai makan buah durian pemberian seorang rakan. Sangat sedap. Bagi sesiapa yang menganggap durian berbau 'busuk', anda pasti mengalami masalah hidung yang sangat kronik.
>>>>>.....(^-^).....<<<<<
Setiap hari, aku melalui jalan yang sama. Untuk ke tempat kerja, aku wajib menyeberangi Sungai Malau. Baru kusedar sungai itu bernama Malau setelah pihak berwajib memacakkan board beberapa hari lalu. Mungkin, Pak Malau pernah mandi di situ. Agaknya kot.
Setiap hari juga, aku akan melalui simpang tiga yang kurang sibuk dan aku kerap melanggar lampu merah sekiranya tiada kenderaan di kiri dan juga kanan.
Hampir setiap hari, aku akan berselisih dengan seseorang. Seseorang yang pasti aku jumpa ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Seseorang yang hanya membonceng motosikal EX5 merah dan berjaket biru tua. Bagiku, seseorang itu agak misteri dan aku tertarik dengannya. Atas sebab apa, aku sendiri tak pasti. Tapi, setiap kali berselisih dengannya, pasti mataku akan memandangnya. Tajam. Tepat ke arahnya.
Ketika dalam perjalanan, fikiranku melayang-layang; memikirkan pelbagai perkara yang adakalanya tidak penting namun tetap difikirkan juga.
Bila aku tengok burung terbang, terlintas di fikiran..
"tak penat ka burung tu kibas-kibas sayap setiap kali nak terbang?"
Kerap kali aku mengajukan soalan yang sama tatkala kulihat burung-burung berterbangan.
Aku suka berfikir tetapi aku lebih suka memikirkan perihal orang dan alam sekeliling. Hanya masa-masa tertentu sahaja aku akan berfikir tentang diri sendiri. Sekiranya aku memikirkan hal sendiri, pasti aku dah ada jawapan bagi setiap persoalan. Terasa perjalananku tak terlalu mencabar dan sangat membosankan. Jadi, untuk menambahkan keceriaan di sepanjang jalan, aku akan memerhatikan apa sahaja keadaan bagi menimbulkan tanda tanya dan aku akan cuba berteka-teki sendiri untuk mendapatkan jawapan.
Aku sendiri tak pasti apa faedahnya aku berkelakuan begini tetapi aku sangat bahagia. Memikirkan sesuatu yang misteri dan merungkai misteri yang dicipta dengan memberikan jawapan tersendiri. Betul atau salah, hanya aku yang mengetahui hehehehehe.
Posted by CikLieYzaOnline at 11:26 AM 0 comments
Tuesday, July 12, 2011
TeRCaRi aKu MeNCaRi
"Dalam aku mencari...
terkadang tidak dapat aku temui...
antara fantasi atau realiti...
dunia yang penuh dengan caci maki...
herdikan sang hamba yg kononnya membela diri...
lakonan seorang pejuang yang amalkan korupsi...
mungkin mereka hanya bertopengkan ilusi...
meneruskan amalan mulia hipokrasi...
sedang aku mencari...
jutaan batu aku tempuhi...
melihat dunia yang katanya mahu berbakti...
kepada mereka yang ingin merasai...
nikmat sang pencipta yang hakiki...
kepada insan-insan yang tidak mahu menghargai...
sekelumit rasa simpati...
bukan kepada siapa-siapa, tetapi buat diri sendiri...
aku teruskan mencari...
pengertian sebuah ideologi...
antara yang bangga diri ataupun yang buta hati...
perjuangan yang mungkin belum bersemi...
hanya menanti waktu untuk bersama kami...
dalam langkahan azimat atas muka bumi...
mahu menjadi ataupun biarkan sahaja ianya terjadi...
aku serahkan hanya padamu yang abadi...
tercari aku mencari...
akhirnya kini aku mengerti...
bahawa yang hitam itu mungkin suci...
dan yang putih itu tidak kenal diri...
yang baik itu hipokrasi...
dan yang khilaf itu adalah hakiki...
lalu terbitnya sebuah konklusi...
kehidupan adalah suatu destinasi."
Posted by CikLieYzaOnline at 7:30 PM 0 comments
Saturday, July 9, 2011
RaSaNyA CuKuP SaMPai di SiNi
Rasanya cukup sampai disini
kiranya aku penyebab dosa
aku juga manusia
punya hati dan jiwa
hatiku juga bisa terluka
terkadang rasa terhina
dari sindiran yang tiada mata
Aku juga cintakan syurga
tahu beza dosa pahala
walau ilmu tak seberapa
derhaka Allah tetap ku jaga
Hatiku, cintaku
bukan untuk sesiapa
hanya dakwah yang memilikinya
Aku tidak minta cinta itu
tidak mendambakannya
dia datang tiba-tiba
sedang aku terpinga pinga
benarkah? jujurkah?
Aku terima
dalam sujud aku meminta
agar cinta itu berpahala
menjadi jalan meniti syurga
kuharap kekal sampai masanya
namun tidak kusangka
ianya menjadi bala
diriku juga dianggap punca
masuknya syaitan sesuka rela
sehingga hatiku menjadi lara
kekanan kekiri ternampak duka
Apakah ini ujian Pencipta
menjadikan aku bertambah perkasa
dalam mengejar cinta dan cita
impian terdahulu telah ku bina
Rasanya cukup sampai disini
ingin kutamatkan sebuah cerita
mimpi tetap mimpi
takkan ia menjadi nyata
Rasanya cukup sampai disini ..
Posted by CikLieYzaOnline at 11:14 AM 0 comments
Friday, July 8, 2011
KeTiKa iNi...
"CoMeL Tapi TrAGiS"
Mungkin inilah salah satu kapsyen yang sesuai diletakkan bagi gambar di atas.
Tapi, tiada kaitan dengan cerita di bawah.
Jauh di sudut hati, kuingin melangkah pergi. Jauh dari sini. Aku sendiri tak pasti..ke mana harus kumembawa diri. Haruskah kumelangkah pergi tanpa arah dan tujuan? Tak mungkin kulakukan tindakan sedemikian.
Jauh di sudut hati, kuberdoa penuh harapan...moga apa yang diimpikan tercapai. Hanya itu satu-satunya cara yang mampu membawa aku 'pergi dengan penuh etika'. Kuingin bertukar suasana..dan lupakan segala-galanya... yang pernah terjadi..disini.
Selagi kuberada di sini, kutahu hidupku dibelenggu 'sesuatu'.
'Sesuatu' yang adakalanya mampu mengganggu-gugat hati kecilku.
'Sesuatu' yang katanya ingin 'lesap' tetapi kerap muncul tanpa kuduga..tanpa kusangka.
Dan..hari ini juga 'sesuatu' itu muncul lagi.
'Sesuatu' yang amat melukakan.
Sehingga ke hari ini, 'sesuatu' itu terlalu melukakan.
Kenapa harus kembali jika tekad di hati ingin pergi?
Pergilah...dan...jangan kembali.
Ku disini..takkan menanti.
>>>>>>>>.....<<<<<<<<
Posted by CikLieYzaOnline at 1:22 PM 0 comments
Thursday, July 7, 2011
LoVe saYa BerWaRNa HiJaU
Catatan 7 Julai 2011.
"Aku sangat berbakat! "
~~...Yeah...~~
Secara spontan, hanya kata-kata ini yang mampu kulafazkan tatkala aku berjaya membancuh simen dan mengikat bata huhehu~
Walaupun tanganku sedikit calar di sana sini dan kulitku juga terasa agak kasar (dah macam lelaki sejati muahaha), aku mampu tersenyum gembira kikiki.
Sangat seronok apabila aku mampu membina rumah (lebih tepat lagi..mengubahsuai rumah) bukan sahaja dengan wang titik peluh sendiri tetapi juga dengan menggunakan kudrat sendiri yippi yippi...tapi sangat memenatkan dan letih sekali.
Di saat ini, baru kusedar..
AKU DAH BESAR.
(^-^)
Cepatnya masa berlalu..
hampir 25 tahun ku bertapak di muka bumi Allah ini.
Masih banyak misi yang ingin kulaksanakan selagi hayat di kandung badan. Pencarian tidak akan sesekali berakhir walau dugaan silih berganti.
Tahun ini, walaupun beberapa perkara tragis menimpa diri pada awalnya namun kumasih mampu mengukir senyuman apabila kucuba berfikir dari sudut positif. Walau sukar walau mencabar, kuharus hadapinya jua dan kupasti..kumampu mengubahnya cecewah! Terima kasih juga kepada semua yang banyak memberi sokongan moral kepadaku. Aku amat menghargainya.
Alhamdulillah, terasa hidupku penuh bermakna apabila tahun ini kumampu melakukan sedikit perubahan untuk keluarga.
Walaupun Syaban baru menjelma namun persiapan untuk Syawal telahpun kusiapkan dan semestinya mak dan adik-adikku dapat mengisi Ramadhan dengan tenang dan penuh bermakna. Tidak seperti dahulu, malam raya pun mak masih bertungkus-lumus menjahit pakaian untuk kami semua. Di bawah lampu yang tak berapa terang itulah mak ligat mengayuh-ngayuh kakinya untuk menghasilkan sepasang baju kurung untuk kami adik-beradik. Kalau nak beli, duit tak cukup. Tak mampu rasanya. Pernah juga, kami memakai pakaian lama yang pakngah dan sepupu berikan. Pernah juga suatu ketika, mak hanya mampu membuat ketupat tanpa serondeng atau rendang dan tanpa kuih-muih. Hanya ketupat semata-mata. Nak beli tepung gandum pun tak ada duit. Sangat syahdu bila dikenangkan semula. Tahun ini, alhamdulillah...aku mampu sponsor baju-baju baru untuk keluarga termasuklah kuih-muih dan beberapa perkara lainnya. Sukar digambarkan bagaimana perasaanku ketika ini. Sedikit terharu..bercampur gembira (^-^). Sangat menggembirakan apabila kita mampu berkongsi kegembiraan dengan orang-orang tersayang.
Hati terasa lega.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Posted by CikLieYzaOnline at 1:04 PM 0 comments
Monday, July 4, 2011
Cita-cita SaYa
Saya ada impian.
Saya ada cita-cita.
Dan..
Saya ada harapan.
Ini impian saya.
Ini cita-cita saya.
Dan..
Ini harapan saya.
Bukan sejak dari sekolah kerana saya sendiri tak pasti nak jadi apa bila disoal oleh cikgu-cikgu.
Kata mak,
masa kecik-kecik dulu, bila mak tanya nak jadi apa..saya jawab, nak jadi doktor sebab saya tak takut darah. Bila terpijak kaca dan darah mengalir-ngalir deras, saya cuma relaks dan selamba sahaja sedangkan mak dah hampir pitam.
Bila saya sayangkan ayam,
saya rasa saya nak jadi doktor veterinar dan taknak jadi doktor yang merawat orang.
Sebab bila ayam saya sakit, saya pandai bubuh minyak angin dan sembuhkan penyakit ayam.
Bila ayam saya hilangkan diri,
saya rasa saya nak jadi 'SPY' atau ejen 006.
Saya nak siasat siapa yang curi ayam saya.
Bila saya dah meningkat remaja,
saya sangat minat menulis dan terdetik di hati saya untuk menjadi seorang penulis novel.
Cikgu dan kawan-kawan saya selalu berkata,
"Liza, suatu hari nanti kalau buat novel jangan lupa beritahu. Nak beli buku."
Huhehu~
Hari demi hari,
saya suka berkebun dan saya berhasrat untuk menjadi seorang petani yang berjaya.
Saya pernah apply bidang pertanian di UPM ketika proses permohonan untuk memasuki universiti suatu masa dahulu.
Namun, nasib tidak menyebelahi saya.
Saya gagal.
Sebaliknya, saya mendapat tawaran untuk memasuki bidang Komunikasi Media di UKM.
Saya mula bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan.
Tetapi, impian hanya tinggal impian apabila assignment pertama saya yang mana saya terpaksa menemubual seorang artis dan artis tu datang lambat sehingga saya penat menunggunya berjam-jam lamanya. Saya mula naik angin dan taknak jadi wartawan lagi. Saya taknak tunggu orang dan saya taknak kejar-kejar orang. Biarlah orang yang kejar saya huahuahua.
Suatu hari, saya memasuki kelas Penulisan Kreatif.
Saya dapat rasakan ayat-ayat saya dah kurang berbunga dan saya tak mampu nak hasilkan novel yang indah-indah belaka. Saya rasa saya lebih suka menulis ayat-ayat yang ringkas dan saya mula menyimpan harapan untuk menjadi penulis skrip pula.
Saya begitu teruja untuk menjadi seorang penulis skrip dan saya mendapat tawaran untuk menulis sebuah drama. Saya mula menulis sinopsis dan menghantar ke sebuah produksi dan saya mendapat respons yang agak baik daripada pihak berkenaan (tapi, sampai sekarang skrip saya tergendala akibat kekangan masa)
Saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan saya juga ditawarkan untuk menjadi pengurus di sebuah kedai tetapi saya tak berminat walaupun saya dijanjikan dengan pelbagai tawaran.
Saya mula melibatkan diri dalam bidang penyuntingan dan akhirnya saya diterima bertugas sebagai penyunting di salah sebuah jabatan kerajaan (tapi kontrak huahuahua)
Saya juga pernah melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara perkongsian tetapi akhirnya menarik diri kerana saya ditipu muahaha. Habis duit saya.
Namun begitu,
saya tetap menyimpan satu impian, satu cita-cita dan satu harapan.
"PENERBIT RANCANGAN"
Apapun yang akan hadir di masa depan..
Itulah yang memang seharusnya terjadi di plot cerita saya.
Itulah yang telah Allah tuliskan untuk saya.
Itulah memang yang terbaik untuk saya.
Tak perlu ada kata menyesal untuk sesuatu hal yang terbaik.
Saya bersedia !
Posted by CikLieYzaOnline at 4:24 PM 0 comments
Misi: BeLuM siaP...
Hari ini sangat letih gara-gara semalam yang terlalu letih. Misi untuk me'renovate' rumah terutamanya bahagian dapur belum siap sepenuhnya. Aku sendiri tak pasti berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk siap sepenuhnya. Semalam, lori pasir datang ke rumah untuk menghantar pasir yang telah dipesan. Pada awalnya, mak memberi cadangan untuk mengangkut pasir di sungai yang terletak di belakang rumah. Huahuahua. Tak sanggup, tak larat.
Semakin hari, terasa rutin harian semakin penuh seiring tanggungjawab yang perlu digalas. Pada awal pagi, aku menghantar adik-adik ke sekolah. Kebetulan, semalam aku juga perlu menghadiri majlis perjumpaan waris dan tandatangan buku rekod pelajar. Aku berulang-alik ke dua buah sekolah yang berlainan untuk menandatangi buku rekod adik-adikku yang masih bersekolah. Nasib baik mak dapat hadiri majlis perjumpaan waris bagi adikku yang bersekolah di sekolah menengah. Tak perlu nak terlalu bergegas ke sini dan ke sana. Namun demikian, 'kepenatan' itu tetap ada.
Pada waktu tengahari, aku bersama-sama adikku yang bongsu berkunjung ke pekan. Pada awalnya, aku berhasrat untuk membeli sebuah peti sejuk kerana peti sejuk yang lama rosak tak tahu punca. Entah bagaimana, tersesat pula ke kedai perabut.Huhuhu. Alang-alang dah sesat, aku 'terbeli' sebuah meja kayu dan kabinet tv. Lagipun, perabut di rumah dah agak usang. Seronok pula rasanya bila dapat beli benda baru menggunakan wang hasil titik peluh sendiri. Tapi, rasa macam takut pula nak cakap dekat mak. Sebabnya, minggu lepas aku dah beli beberapa barang baru untuk dapur serta peralatan teknikal elektrik. Aku dan adik merahsiakan hal tersebut sehingga ketibaan lori pada sebelah petangnya. Mak agak terkejut dengan kehadiran lori yang membawa perabut ke rumahku. Tapi, mak tak dapat cakap apa-apa sebab aku dah beli dan bayar hehehe. Kelihatan wajah mak sedikit berubah dan ada rasa gembira terukir di wajah tuanya. Syukur, alhamdulillah.
Setelah beredar dari kedai perabut, aku ke kedai hardware untuk menempah simen, frame tingkap dan bata serta beberapa bahan lain yang diperlukan untuk membuat rumah. Bila lori tiba dengan bahan-bahan yang dipesan, sekali lagi aku terpaksa mengerah keringat dengan menyusun bata-bata dan bahan tersebut dengan sempurna dan proses yang lebih besar sedang menunggu aku yakni membancuh simen dan melekatkan bata dengan sendirinya muahaha. Semalam, alhamdulillah. Lebih kurang 6 orang budak-budak kecil yang berusia di antara 6 hingga 11 tahun (anak-anak jiran) datang menolongku untuk menyusun bata. Rajin betul budak-budak tu dan sebagai balasannya aku memberikan upah RM1 setiap seorang. Menjerit-jerit bila dapat upah. Rasa macam hari raya pula. Siap cium tangan lagi.
"Sapa nak upah, beratur dan salam dulu. Cium tangan sekali."
Berebut-rebut budak-budak tu beratur di depan pintu rumah.
Bahan-bahan dah sedia. Cuma, tinggal nak siapkan sahaja.
Sebelum ni, proses meruntuhkan dinding dah pun beres. Jika setahun yang lalu aku mengetuk-ngetuk paku, gergaji kayu dan palywood untuk siapkan dinding bilik dan bahagian tepi, setahun kemudian yakni beberapa minggu lepas, aku meruntuhkan semula untuk membina dapur baru huhuhu.
Aku sendiri tak pasti sama ada aku mampu menyiapkannya dengan sempurna atau tak. Aku langsung tiada pengalaman dalam membuat rumah tapi aku rasa aku mampu melakukannya. Aku dah baca cara-cara untuk membancuh simen dan melekatkan bata. Sekarang, tiba masanya untuk aku mempraktikkannya.
Hasrat hati, nak upah orang. Tapi, bila aku pandang ke kiri dan juga ke kanan, dongak ke atas dan tunduk ke bawah, rumahku dah ada kerangka yang sangat kukuh. Cuma, nak tampal bata dan sapukan simen. Rugi pula jika upah orang sedangkan taklah susah sangat nak buat semua tu.Macam kedekut pula bunyinya huhuhuhu. Duit untuk upah orang, aku dapat simpan untuk beli beberapa barang baru. Bajet yang sangat baik! Cuma, banyak gunakan tenaga dan pastinya akan penat ternganga-nganga.
Sehingga ke hari ini,
aku rasa sangat bersyukur kerana aku mampu melakukan perubahan kepada keluargaku. Walaupun taklah sebesar mana, tapi hari demi hari terasa hidup kami sekeluarga berubah. Sedikit demi sedikit, kami mampu berubah ke arah yang lebih baik jika dibandingkan dengan suatu ketika dahulu.
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan rezeki kepada kami sekeluarga.
Berkatilah hidup kami sekeluarga.
Amin..Ya Rabbal a'lamin...
Posted by CikLieYzaOnline at 2:25 PM 1 comments
Friday, July 1, 2011
SeNYuM.....taK peRLu kaTa aPa-apa...
~Senyum...tak perlu kata apa-apa...Senyum~
~Rasa nak senyum hari ni~
Sebab apa saya nak senyum?
Sebab saya bertemu kembali kekasih hati muahaha...
Kekasih hati yang dulu katanya ingin pergi jauh buat selama-lamanya dan takkan kembali. Konon~ Cess~
Bila dia datang kembali, saya dapat rasakan sesuatu. Ya, suatu aura yang sangat kuat. Rasa macam dada saya sangat sesak dan sukar bernafas.
Sudah, pergilah..pergi..taknak lagi jumpa kamu!
Saya dah penat.
Kamu suka sangat main-main kan.
Sekarang, mainlah sesorang.
..senyum..tak perlu kata apa-apa..
Posted by CikLieYzaOnline at 12:37 PM 0 comments