CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 20, 2011

TiNG ToNG


Alhamdulillah, baru selesai makan buah durian pemberian seorang rakan. Sangat sedap. Bagi sesiapa yang menganggap durian berbau 'busuk', anda pasti mengalami masalah hidung yang sangat kronik.

>>>>>.....(^-^).....<<<<<

Setiap hari, aku melalui jalan yang sama. Untuk ke tempat kerja, aku wajib menyeberangi Sungai Malau. Baru kusedar sungai itu bernama Malau setelah pihak berwajib memacakkan board beberapa hari lalu. Mungkin, Pak Malau pernah mandi di situ. Agaknya kot.

Setiap hari juga, aku akan melalui simpang tiga yang kurang sibuk dan aku kerap melanggar lampu merah sekiranya tiada kenderaan di kiri dan juga kanan.

Hampir setiap hari, aku akan berselisih dengan seseorang. Seseorang yang pasti aku jumpa ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Seseorang yang hanya membonceng motosikal EX5 merah dan berjaket biru tua. Bagiku, seseorang itu agak misteri dan aku tertarik dengannya. Atas sebab apa, aku sendiri tak pasti. Tapi, setiap kali berselisih dengannya, pasti mataku akan memandangnya. Tajam. Tepat ke arahnya.

Ketika dalam perjalanan, fikiranku melayang-layang; memikirkan pelbagai perkara yang adakalanya tidak penting namun tetap difikirkan juga.

Bila aku tengok burung terbang, terlintas di fikiran..
"tak penat ka burung tu kibas-kibas sayap setiap kali nak terbang?"
Kerap kali aku mengajukan soalan yang sama tatkala kulihat burung-burung berterbangan.

Aku suka berfikir tetapi aku lebih suka memikirkan perihal orang dan alam sekeliling. Hanya masa-masa tertentu sahaja aku akan berfikir tentang diri sendiri. Sekiranya aku memikirkan hal sendiri, pasti aku dah ada jawapan bagi setiap persoalan. Terasa perjalananku tak terlalu mencabar dan sangat membosankan. Jadi, untuk menambahkan keceriaan di sepanjang jalan, aku akan memerhatikan apa sahaja keadaan bagi menimbulkan tanda tanya dan aku akan cuba berteka-teki sendiri untuk mendapatkan jawapan.

Aku sendiri tak pasti apa faedahnya aku berkelakuan begini tetapi aku sangat bahagia. Memikirkan sesuatu yang misteri dan merungkai misteri yang dicipta dengan memberikan jawapan tersendiri. Betul atau salah, hanya aku yang mengetahui hehehehehe.



0 comments: