4 Julai 2011.
Hari ini sangat letih gara-gara semalam yang terlalu letih. Misi untuk me'renovate' rumah terutamanya bahagian dapur belum siap sepenuhnya. Aku sendiri tak pasti berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk siap sepenuhnya. Semalam, lori pasir datang ke rumah untuk menghantar pasir yang telah dipesan. Pada awalnya, mak memberi cadangan untuk mengangkut pasir di sungai yang terletak di belakang rumah. Huahuahua. Tak sanggup, tak larat.
Semakin hari, terasa rutin harian semakin penuh seiring tanggungjawab yang perlu digalas. Pada awal pagi, aku menghantar adik-adik ke sekolah. Kebetulan, semalam aku juga perlu menghadiri majlis perjumpaan waris dan tandatangan buku rekod pelajar. Aku berulang-alik ke dua buah sekolah yang berlainan untuk menandatangi buku rekod adik-adikku yang masih bersekolah. Nasib baik mak dapat hadiri majlis perjumpaan waris bagi adikku yang bersekolah di sekolah menengah. Tak perlu nak terlalu bergegas ke sini dan ke sana. Namun demikian, 'kepenatan' itu tetap ada.
Pada waktu tengahari, aku bersama-sama adikku yang bongsu berkunjung ke pekan. Pada awalnya, aku berhasrat untuk membeli sebuah peti sejuk kerana peti sejuk yang lama rosak tak tahu punca. Entah bagaimana, tersesat pula ke kedai perabut.Huhuhu. Alang-alang dah sesat, aku 'terbeli' sebuah meja kayu dan kabinet tv. Lagipun, perabut di rumah dah agak usang. Seronok pula rasanya bila dapat beli benda baru menggunakan wang hasil titik peluh sendiri. Tapi, rasa macam takut pula nak cakap dekat mak. Sebabnya, minggu lepas aku dah beli beberapa barang baru untuk dapur serta peralatan teknikal elektrik. Aku dan adik merahsiakan hal tersebut sehingga ketibaan lori pada sebelah petangnya. Mak agak terkejut dengan kehadiran lori yang membawa perabut ke rumahku. Tapi, mak tak dapat cakap apa-apa sebab aku dah beli dan bayar hehehe. Kelihatan wajah mak sedikit berubah dan ada rasa gembira terukir di wajah tuanya. Syukur, alhamdulillah.
Setelah beredar dari kedai perabut, aku ke kedai hardware untuk menempah simen, frame tingkap dan bata serta beberapa bahan lain yang diperlukan untuk membuat rumah. Bila lori tiba dengan bahan-bahan yang dipesan, sekali lagi aku terpaksa mengerah keringat dengan menyusun bata-bata dan bahan tersebut dengan sempurna dan proses yang lebih besar sedang menunggu aku yakni membancuh simen dan melekatkan bata dengan sendirinya muahaha. Semalam, alhamdulillah. Lebih kurang 6 orang budak-budak kecil yang berusia di antara 6 hingga 11 tahun (anak-anak jiran) datang menolongku untuk menyusun bata. Rajin betul budak-budak tu dan sebagai balasannya aku memberikan upah RM1 setiap seorang. Menjerit-jerit bila dapat upah. Rasa macam hari raya pula. Siap cium tangan lagi.
"Sapa nak upah, beratur dan salam dulu. Cium tangan sekali."
Berebut-rebut budak-budak tu beratur di depan pintu rumah.
Bahan-bahan dah sedia. Cuma, tinggal nak siapkan sahaja.
Sebelum ni, proses meruntuhkan dinding dah pun beres. Jika setahun yang lalu aku mengetuk-ngetuk paku, gergaji kayu dan palywood untuk siapkan dinding bilik dan bahagian tepi, setahun kemudian yakni beberapa minggu lepas, aku meruntuhkan semula untuk membina dapur baru huhuhu.
Aku sendiri tak pasti sama ada aku mampu menyiapkannya dengan sempurna atau tak. Aku langsung tiada pengalaman dalam membuat rumah tapi aku rasa aku mampu melakukannya. Aku dah baca cara-cara untuk membancuh simen dan melekatkan bata. Sekarang, tiba masanya untuk aku mempraktikkannya.
Hasrat hati, nak upah orang. Tapi, bila aku pandang ke kiri dan juga ke kanan, dongak ke atas dan tunduk ke bawah, rumahku dah ada kerangka yang sangat kukuh. Cuma, nak tampal bata dan sapukan simen. Rugi pula jika upah orang sedangkan taklah susah sangat nak buat semua tu.Macam kedekut pula bunyinya huhuhuhu. Duit untuk upah orang, aku dapat simpan untuk beli beberapa barang baru. Bajet yang sangat baik! Cuma, banyak gunakan tenaga dan pastinya akan penat ternganga-nganga.
Sehingga ke hari ini,
aku rasa sangat bersyukur kerana aku mampu melakukan perubahan kepada keluargaku. Walaupun taklah sebesar mana, tapi hari demi hari terasa hidup kami sekeluarga berubah. Sedikit demi sedikit, kami mampu berubah ke arah yang lebih baik jika dibandingkan dengan suatu ketika dahulu.
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan rezeki kepada kami sekeluarga.
Berkatilah hidup kami sekeluarga.
Amin..Ya Rabbal a'lamin...

1 comments:
Terlupa pulak, aku dah ambil cuti beberapa hari untuk melaksanakan misi ini hehehehehe...
Post a Comment