1432H bakal melabuhkan tirainya..jam di handphone bertukar dari saat ke minit..minit ke jam..bertukar angka 1 kepada 2..kepada 3 dan seterusnya. Alang-alang tengah dok relaks ni tetiba ja rasa nak imbas kembali apa yang berlaku di sepanjang tahun ini. Hehehe.
Pertama,
tahun ni aku berjaya menghabiskan saki baki hutang motosikal KRISS yang aku tunggang hampir dua tahun (hampir tepat lagi mungkin 1tahun 11 bulan). Alhamdulillah..lega rasanya bila hidup tidak dikelilingi hutang. Kriss tu banyak berjasa kat aku. Walaupun masa aku berkenalan dengan si kriss, kriss sudahpun bergelar duda 6tahun namun kugagahkan jua menunggang ia setiap masa..saat mencari rezeki...hujan panas...suka duka sentiasa bersama. Waktu tu, aku sangat terdesak dan situasi begitu menghimpitku sehingga ku berkeputusan untuk memilikinya secara ansuran.Lantaklah, duda pun dudalah asalkan ada sudah... Tapi, baru ja naik seminggu...si duda buat hal dan aku terpaksa keluarkan duit lebih kurang RM113 untuk rawatan si duda...uhuks.
Setahun lebih hidup bersama kriss, aku berkenalan pula dengan si honda. Si honda ni masih bujang. Dan aku terus masuk meminang.. Sebenarnya, tujuan meminang si honda lebih kepada untuk kegunaan adik lelakiku. Waktu meminang si honda, ekonomi agak stabil maka si honda mampu dimiliki secara sah mengikut konsep "cash and carry"..
.......................................................................................
Hari ni, bila aku congak sana congak sini..
harga kriss yang duda tu adalah sebanyak RM4120 manakala si honda yang bujang adalah sebanyak RM3800..FUYOOOO...si duda lebih mahal dari si teruna.fuh ~
...............................................................................................................
17 November 2011.
Hari ni hari lahir adikku..dan hari ni juga dia nak duduki spm subjek matematik.
Hari ni juga dia teringin nak tunggang motor bersama-sama adikku yang bongsu.
Dan...hari ni juga mereka mengalami kemalangan jalan raya..
Ala-ala kerabat diraja yang dikelilingi dayang istana, maka terpaksalah dia jawab exam kat wad dengan kawalan bodyguard..
Dan akibatnya.............
inilah hasil yang aku dapat.......wawawawawa....
setelah hampir dua tahun aku berhempas pulas wangwin sana wangwin sini nak cari rezeki...
si kriss akhirnya bertukar wajah dan inilah wajah kriss yang berharga RM4120 tu kini...
Nampak gayanya, adikku lagi terer bab-bab menghempas pulas ni..huhuhuhu
LIHAT SINI:::VRM4120...memang berbaloi...ohohohoooo~~
Tahun ni juga...alhamdulillah...rezekiku agak murah..
Aku berjaya memperuntukkan sebahagian duitku untuk membaiki rumah alhamdulillah..
Bila check semula resit-resit yang aku kumpulkan..
aku dah guna lebih kurang RM3900 +++++ untuk beli barang-barang rumah..
uish..hebat gak rupanya aku ni wakakaka :p
Tahun ni juga aku berjaya membeli laptop dan alatan komputer serta kamera digital untuk kegunaan sendiri diiringi dengan dua buah telefon bimbit (satu untukku, satu untuk adikku)..alhamdulillah..dah 25tahun hidup baru berjaya beli sendiri ekekeke.
Haaaa....Yang ni agak istimewa...
tahun ni aku berjaya masak rendang hasil usaha sendiri muahaha..
puas juga aku search google untuk dapatkan resepi dan akhirnya berjaya masak dengan sendiri..
sedap juga air tanganku wiwiwiwiwi..
tapi, adikku kata..
aku ni lambat sikit kalau nak masak..
kalau hari ni aku kupas bawang, esok baru boleh makan hahahahaha..
mungkin sebab aku tak berapa nak cekap memasak..
jadi, aku akan sediakan semua rempah ratus kat dalam satu talam..
kupas-mengupas, blender-memblender,potong-memotong...
aku akan buat siap-siap dulu..
dah semua siap sedia..
barulah aku akan panaskan minyak..
berbeza dengan cara mak...
mak relaks ja..
sambil menumis, boleh lagi nak keluar rumah pi ambil serai..hek3
Tahun ni...rasanya tahun yang paling banyak aku menggunakan perkhidmatan KTM untuk ulang-alik Kedah-KL..
Tahun ni juga, dah banyak kali aku hadiri audition, ujian, exam dan interview kerja untuk penerbit rancangan tapi nasib tak menyebelahi aku..aku kecundang akhirnya muahahahaha.
Meluat dah rasa nak interview-interview ni..tapi..errr...tu la cita-cita yang belum kesampaian..
Paling yang tak boleh diterima akal,
aku diminta berada di angkasapuri KL jam 8pagi esoknya sedangkan aku dapat info pada jam 8malam sebelumnya dan waktu tu aku berada di Kedah..maka, aku redha ja laaaa..aku tak pi pun..
Sedey..sob sob~
Tahun ni juga..
aku terpaksa tinggalkan arnab kesayanganku..
aku lepaskan arnab tu dari hidupku..
dan..aku tak mungkin kembali lagi..
sebab..baru aku sedar...
spesis kami berbeza..
jauh di sudut hati..
aku berharap..
semoga arnab tu mampu teruskan hidupnya di rimba sana~
Cuttt~
Tahun ni...
aku berjaya jejakkan kaki ke Gunung Jerai..
tapi, takdala tinggi sangat aku daki..
setakat Regency ja yang mampu..
tapi..
aku suka hahahaha..
Dan...akhir sekali....
Aku rasa..
aku dah jumpa penerbit ke-3 yang aku cari selama ini..
Aku rasa..
aku dah temui CINTA SEJATI..
Aku rasa..
aku pun tak tau apa yang aku rasa..
Namun..
Allah lebih sayangkan dia..
dan.. dia pergi.. tak kembali..
Apa sekalipun,
alhamdulillah..
sekurang-kurangnya..dalam kesempatan yang aku ada di dunia ni..
aku pernah menyayangi dan disayangi seseorang setulus hati..
kenyataan sebegitu dah cukup untukku meneruskan saki-baki yang masih tertinggal buatku di muka bumi Allah ini.
Mungkin, dah ditakdirkan Allah..
kami memang takdak jodoh kat dunia ni..
semoga..kami dapat bertemu semula di SANA nanti..
insyaallah..
Walaupun agak berat, namun..
aku ingin katakan sesuatu..
"...saya..lepaskan awak pergi..."
..semoga roh awak aman di sana..saya tetap sayangkan awak sepanjang hidup ini..
..semoga..kita bertemu semula suatu masa nanti..