CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 24, 2011

Ku TaK SuKa BuNGa


Hari ni 24 November 2011 (Khamis) genap sudah usiaku 25 tahun 46 hari. Alhamdulillah...saat ini... aku hanya mempunyai satu hutang ja lagi iaitu ............. jeng jeng jeng........tadaaaaa..... "PTPTN"...!!!!!!

Yang lain, semuanya cash and carry ..huahuahua.
Lebih kurang jam 2.55pm tadi, aku dah selesaikan baki hutang motosikal yang aku tunggang hampir 2 tahun tu. Bila dihitung semula, jumlah terkumpul untuk motosikal Kriss110 tu adalah sebanyak RM4120..fuyoooo..mahai bebenor......mengalahkan EX5 yang laju..baru ja RM3800..tapi tu kalau bayar cash la ahaks.

Bila dikenang-kenangkan semula..direnung-renungkan sejenak.... hari ini aku dah berjaya mengumpul sedikit harta kakakaka. 2buah motosikal + sebuah laptop..agaknya tulah antara harta yang aku berjaya beli guna titik peluh sendiri.

Lepas ni, insyaallah..barulah ada semangat nak target harta seterusnya pula...iaitu...rumah dan kereta ekekeke. Orang lain semuanya dah ada kereta. Aku sorang ja takdak kereta lagi huahuahua.

Semalam kan..
motor tetiba ja pancit kat tengah jalan..dan...
dengan bangganya aku berhenti kat tepi jalan..dan..takdak sorang pun berhenti tanya..
apatah lagi nak menolong haaa..

Agaknya..salah aku juga..
sebab pertama..muka aku terlalu tenang ..
sebab kedua...motor betul-betul berhenti kat tepi kawasan orang dok korek tanah...
dan aku...siap dok tangkap gambar lagi untuk cover malu...kakaka..
dan..gambar kat atas tu la salah satu gambar yang sempat aku ambek semalam huahuahua..
confirm...orang kat situ anggap aku reporter mana la yang dok mai nak buat berita..
sebab tu la depa tak berani nak mai tanya..
sebab ..aku pakai jaket yang agak bergaya :p

Nasib baik aku berjaya dapatkan nombor telefon mekanik berdekatan..

Lama jugak aku tunggu..
pastu ada la sorang mekanik mai tolong tunda..

Waktu tu..
mesti orang yang dok tengok2 aku baru sedar..
laaaaa...budak ni dok situ lama-lama ..tayar pancit rupanya....
cessss :p

Kesimpulannya: "aku tak suka bunga...habeh duit simpananku rini untuk settlekan duit moto campur bunga tadi huh!"

p/s: ..apapun, lega hati ni sebab dah tak perlu tanggung hutang lagi yippi yippi..

SEKIAN.


0 comments: