Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.
Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal.
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.
Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.
Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.
ASBABUL NUZUL
(Sebab-sebab penurunan)
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :
Pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, ada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) tinggal di masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga Rasulullah s.a.w juga tahu.
Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa dia bersikap begitu.
Lalu, Abu Umamah pun menceritakan betapa banyaknya hutang yang tak dapat dibayarnya sehingga tak boleh nak balik dan tinggal kat rumah.
Sebaik mendengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w berasa sungguh hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran"...
Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas.

Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siang dan malam dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.
Beberapa hari kemudian, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan dia menjadi orang yang kaya raya.
Sumber: Al-Ma'thurat.

0 comments:
Post a Comment