CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 15, 2011

Never Ending Story







..macam betik..sejorong singget..ngee~


Bak kata orang cina,
"..cong ni shuo ai wo yihou
wo de tiankong xingxing dou liang le.."

Macam kat bawah ni...

:
:
:
:
:
:
:
V

dah macam penyu lupa diri..wee~

*******************************************

Tapi..

SEDARKAH KITA..

Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagi kita..

dan..
tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepada kita
sesuatu yang telah hilang.

Apa yang berlalu biarlah berlalu...
masa depan adalah harapan yang belum pasti..
dan..bagi kita hanyalah saat yang sedang dijalani.

..Sama-samalah kita berusaha untuk mencapai HAPPY ENDING..

:....Semua orang, baik yang tinggal di istana (DAULAT TUANKU) mahupun sekadar memiliki rumah sederhana (ITULAH AKU) pasti menjalani kehidupannya. Tetapi, siapakah di antara kita yang benar-benar mampu meraih kebahagiaan hakiki????....:


Wednesday, December 14, 2011

Tong Hua (Fairy Tale)

忘了有多久
wang le you duo jiu
I've forgotten how long it has been

再沒聽到你
zai mei ting dao ni
Since the last time I heard you

對我說你最愛的故事
dui wo shuo ni zui ai de gu shi
Tell me your favorite story

我想了很久
wo xiang le hen jiu
I have thought for a long time

我開始慌了
wo kai shi huang le
I start to panic

是不是我又做錯了什麼
shi bu shi wo you zuo cuo le shen me
Wondering if I have done something wrong again

你哭著對我說
ni ku zhe dui wo shuo
You told me as you cried

童話裡都是騙人的
tong hua li dou shi pian ren de
That everything in fairy tales are all lies

我不可能是你的王子
wo bu ken neng shi ni de wang zi
I couldn't possibly be your prince.

也許你不會懂
ye xu ni bu hui dong
But perhaps you don't understand either

從你說愛我以后
cong ni shuo ai wo yi hou
Ever since you told me you loved me

我的天空星星都亮了
wo de tian kong xing xing dou liang le
All the stars in my sky have brightened.

我願變成童話裡
wo yuan bian cheng tong hua li
I'm willing to become the one in the fairy tale

你愛的那個天使
ni ai de ne ge tian shi
The angel that you love

張開雙手
zhang kai shuang shou
I extend this pair of hands

變成翅膀守護你
bian cheng chi bang shou hu ni
and turn them into wings to protect you

你要相信
ni yao xiang xin
You must believe

相信我們會像童話故事裡
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Believe we will be like we are in a fairy tale

幸福和快樂是結局
xing fu he kuai le shi jie ju
Where blessings and happiness is the ending

你哭著對我說
ni ku zhe dui wo shuo
You told me as you cried

童話裡都是騙人的
tong hua li dou shi pian ren de
That everything in fairy tales are all lies

我不可能是你的王子
wo bu ken neng shi ni de wang zi
I couldn't possibly be your prince.

也許你不會懂
ye xu ni bu hui dong
But perhaps you don't understand either

從你說愛我以后
cong ni shuo ai wo yi hou
Ever since you told me you loved me

我的天空星星都亮了
wo de tian kong xing xing dou liang le
All the stars in my sky have brightened.

我願變成童話裡
wo yuan bian cheng tong hua li
I'm willing to become the one in the fairy tale

你愛的那個天使
ni ai de ne ge tian shi
The angel that you love

張開雙手
zhang kai shuang shou
I extend this pair of hands

變成翅膀守護你
bian cheng chi bang shou hu ni
and turn them into wings to protect you

你要相信
ni yao xiang xin
You must believe

相信我們會像童話故事裡
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Believe we will be like we are in a fairy tale

幸福和快樂是結局
xing fu he kuai le shi jie ju
Where blessings and happiness is the ending


我願變成童話裡
wo yuan bian cheng tong hua li
I'm willing to become the one in the fairy tale

你愛的那個天使
ni ai de ne ge tian shi
The angel that you love

張開雙手
zhang kai shuang shou
I extend this pair of hands

變成翅膀守護你
bian cheng chi bang shou hu ni
and turn them into wings to protect you

你要相信
ni yao xiang xin
You must believe

相信我們會像童話故事裡
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Believe we will be like we are in a fairy tale

幸福和快樂是結局
xing fu he kuai le shi jie ju
Where blessings and happiness is the ending

我要變成童話裡
wo yao bian cheng tong hua li
I will to become the one in the fairy tale

你愛的那個天使
ni ai de ne ge tian shi
The angel that you love

張開雙手
zhang kai shuang shou
I extend this pair of hands

變成翅膀守護你
bian cheng chi bang shou hu ni
and turn them into wings to protect you

你要相信
ni yao xiang xin
You must believe

相信我們會像童話故事裡
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Believe we will be like we are in a fairy tale

幸福和快樂是結局
xing fu he kuai le shi jie ju
Where blessings and happiness is the ending

我会變成童話裡
wo hui bian cheng tong hua li
I will to become the one in the fairy tale

你愛的那個天使
ni ai de ne ge tian shi
The angel that you love

張開雙手
zhang kai shuang shou
I extend this pair of hands

變成翅膀守護你
bian cheng chi bang shou hu ni
and turn them into wings to protect you

你要相信
ni yao xiang xin
You must believe

相信我們會像童話故事裡
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Believe we will be like we are in a fairy tale

幸福和快樂是結局
xing fu he kuai le shi jie ju
Where blessings and happiness is the ending

一起寫我們的結局
yi qi xie wo me de jie ju
Together we can write our own ending

By: Guang Liang @ Michael Wong

Tuesday, December 13, 2011

Apa Yang SaMa


Balik-balik
lihat pada bezanya
cuba sekali-sekala
lihat apa samanya

kalau beza sekalipun

pasti....

ada yang masih

boleh diterima ~

aKu BuKaN dOREMoN


Kecilnya kita ini
jangan berangan nak jadi gergasi
kalau kita baca buku cerita dongeng
gergasi juga boleh kalah
kita ini kerdil
tapi tak salah punya jiwa besar
jangan cakap besar sudah~

:...ultraman pun kekadang boleh kalah...:

K.a.K.i.


Kaki
kaki shopping
kaki bola
kaki bangku
kaki botol
kaki buli
kaki judi
kaki tipu

.......................................................

Ajak kaki
ajar kaki
buat yang elok-elok
kiri kanan kiri
dari kiri cepat jalan
:....siapa tahu kita langkah kanan....:

Goo:D

Aku cari sesuatu
aku tak jumpa
lalu
aku marah-marah

Bila aku marah-marah
aku kena marah
sebab
suka-suka hati
aku marah-marah

Bila aku kena marah
aku merajuk
bila aku merajuk
tiada yang pujuk

Padan muka
sapa suruh marah-marah


Monday, December 12, 2011

Kesian laa pulak...


You can do it !
Go~Go~Cayok!!!

Tadi aku telefon mak..
bertanyakan tentang adikku..
adik lelaki yang mula berhijrah..

Bila berjauhan..
timbul pulak rasa kesian.
makan minum macammana la agaknya..
bila dok dekat..
rasa cam nyampah ja bila dia selalu cari pasal..
tak cukup bila aku dok rumah..
bila aku p kL sempat lagi dia nak cari pasal melalui SMS..

Kini..
tiba gilirannya untuk hidup berdikari..
bila dah tahu khabar berita tentang dirinya..
hati sedikit lega..
walaupun nak tergelak sebab dia tak mampu nak makan walau hanya sebungkus megi hahahaha...

Mak kata,
bila telefon tadi..
adik cakap..
"sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ...
(dia tak dapat nak sambung lagi kata-katanya) hahahaha.."

Alhamdulillah..
Nampaknya dia dah mula insaf..

Baru pi kL 1 hari dah insaf sebab tak dapat makan percuma hahahaha

Opppsss..tak baik gelakkan adik sendiri..

Maaf, tiada niat nak gelak kat adik sendiri..
tapi..kekadang hati terlalu geram..
meluat tengok sikap yang taknak matang..
sampai bila harus begini..
takkan bila nak kawen nanti pun perempuan yang nak mai masuk minang?
perempuan yang nak bagi mas kawen dan hantaran?

Kalau dia orang luar..
dah lama aku abaikan..
tapi hakikatnya..
dia darah daging sendiri..
seteruk-teruk dia..
dia tetap adik kandungku.
kami lahir dari perut yang sama tapi perangai kami walaupun 2x5 tapi ada yang berbeza..

Semoga sempena bulan muharam ni..
dia mampu melakukan penghijrahan dalam hidupnya..
semoga dia bertemu 'fitrah' yang sukar ditemui dalam diri seorang lelaki bernama fitri..

Wahai adikku,
perjalananmu masih jauh..
cubalah untuk bertahan..
semoga langkahmu sentiasa di dalam redha Ilahi.

:.. Amin ..:

Berhijrah Itu Tak Salah...


"Seorang kakak yang baik akan gelakkan adiknya ketika ditimpa kesusahan.."
Hahahahahahahahahaha

Aku ada seorang adik..
seorang adik lelaki..
dan adik tu..lelaki tunggal dalam keluarga kami.

Adik ni..
banyak masalah..
suka cari masalah..
kekadang, pemikirannya tak berapa matang..walhal umur dah 21..
macam-macam benda dah buat..
susah..senang..
tapi takmau nak matang jugak!
tapi..hidupnya agak mudah..
bila ditimpa susah..
'pertolongan' selalu ada..
mungkin..sebab dia anak ketiga.

Kebelakangan ni..
aku dan dia memang ada masalah.
bergaduh tu ada tapi bergaduh secara profesional..
kami tak maki hamun sesama sendiri..
kalau nak mengutuk mengata tu..
semuanya cakap dalam hati.
kalau berdepan..
masing-masing mendiamkan diri..
(profesionalkah itu???ngeh ngeh ngeh)
bukannya apa..
kekadang macam malas nak gaduh cakap itu ini..
sebab bergaduh macammana sekalipun..
last-last dok jumpa jugak..
air dicincang kan takkan putus..
makanya, daripada penat dok cincang air..
lebih baik cincang daging..
boleh juga buat spageti~

=============================================

Tiba saat dan ketika..
adikku memang cari pasal tahap maksima..
disebabkan aku dah geram tahap hospital bahagia..
makanya aku keluar rumah tak bertegur sapa..
gara-gara dia sorang..
adik yang lain pun terpaksa jadi mangsa.
kesian depa..
bila gunung berapi mula meletus..
lava mengalir tak kenal mangsa~

................................................................................

Hasil Analisa:

:...Bila bergaduh, adikku nak melarikan diri ke kL..
(katanya, tengok aku ulang alik Kedah-kL macam mudah ja..jadi, dia ke sana nak berhijrah..nak mulakan hidup baru..azam tahun baru) ...:

Kisah semalam:

-Mak cakap, adik nak ke kL malam ni (semalam)

-Seorang kawan datang ambil adik kat rumah..(sama-sama nak berhijrah)

-Pagi tadi, mak telefon tapi adik tak angkat..

-Sejam kemudian, mak telefon semula..

:...Adik angkat....:

Dialog:
Mak: dah sampai dah ka?

Adik: dah..pagi tadi sampai blablabla..

Mak: dah makan ka?

Adik: belum...duit takdak..bos yang kata nak bagi kerja takmai lagi..lapar ni.
Mak, boleh dak suruh kaklong bank in duit sikit..abang takdak duit ni..kredit pun takdak dah ni..

Aku:
hahahahahaha..
wakaka..
biaq p la kat dia mak aaiii..
adakalanya bila dia betul-betul susah, baru dia tau klcc tu tinggi ka rendah..
kalau kat kedah ni..
semalas-malas kerja pun..bila lapar boleh lagi p masuk dapur cari makan..
bila panas, bebas terjun sungai nak mandi manda..
bila bosan..pegang ja remote kalih tv1 kalih tv2..
bila ngantuk, ada tilam empuk + bantal busuk telah tersedia..
baju seluar mak basuh + sidai + susun dalam raga.

:... Nak berhijrah tu tak salah tapi kena ada tujuan dan persediaan asas ....:
Bukan tempat saja yang boleh kita hijrah tapi perangai lebih utama.

Buat adikku,
selamat maju jaya (^-^)
sekali lagi...
...hahahahahahaha...

Saturday, December 10, 2011

Patutlah AHLONG Itu KeJaM


"Hutang mesti dituntut walau tak dibayar.."

~~ CUT !!!!~~

Sila terbalikkan semula ayat tersebut.

............................................................................................................
Terlintas nak tulis tentang hutang bila terpaksa naik bas pagi tadi huhu.

Manusia ni almaklumlah banyak jenis sangat..
Masa nak pinjam janji itu ini, buat muka chumell macam kartun ribena ikat reben kat tepi.

Tapi..
tiba masa untuk bayar, terus lari..
nak kata tak berkemampuan macam tak logik..
hidup sorang tak perlu tanggung sesiapa..
takkan nak tanggung diri sendiri pun tak mampu?
musykil..musykil..
rasa macam nak amek helmet hawing kat pipi..
nasib baik hati kecil sempat berbisik..
"sabar liza sabar...sabar..sabar..jangan ikut kata hati BESAR..kelak merana diri.."
ewah~ sempat lagi berkomunikasi dengan hati di saat genting sebegini...

>................................................<

Orang call haram nak jawab..
bila hantar sms jangan harap nak balas..
bila jumpa, buat muka macam orang baru pulih dari koma..
errr..siapa kau?
aku tak kenal...
~~~ CUTTTT ~~~

...iTu mUnGkIn OkeY LaGi...

Kalau dah masuk part si pemiutang nak tarik balik benda yang dia berhutang...
ooohhh siap boleh kata lagi..
"kalau hang amek balik, hidup mati aku taknak masuk campur lagi.."

Ok fine..!



Friday, December 9, 2011

Tentang sesuatu..yang terkadang aku sendiri tak mengerti..



Alih muka, pandang jauh sedepa..buat muka macam manusia yang tak pernah ada perasaan apa-apa. Dalam hati, mula berbicara..
"saya tak marah tuhan (Allah)..saya tahu Allah dah aturkan yang sebaiknya dan segalanya adalah ketentuanNya..saya berserah."

Ya,
saya kalah dan saya pilih untuk mengalah.

Saya terus melangkah..meninggalkan kubur arwah.

.........................................................................................................

Tahu tak sakit tu apa?
(ngeh ngeh ngeh soalan ni macam nak mintak pelempang. Serius)

Luka di jari nampak berdarah. Luka dihati nampak apa?
Tak nampak apa-apa.
Cuma nampak dia terduduk dengan mata terpejam paksa, dahi berkerut-kerut dan mulut separuh ternganga. Air mata mengalir hiba. Biar orang kata dia tak cantik ketika itu, dia tak peduli. Yang dia tahu, dia sedang sakit..menahan sakit.

..........................................................................................

Tapi..
Sesungguhnya..
Tuhan tak sediakan kesulitan sepanjang masa.
Tuhan juga tak sediakan kesenangan sepanjang masa.
Semuanya akan datang berselang-seli, kita yang seharusnya bersedia dan bijak menghadapinya.

Berlapang dadalah.
Semuanya ada hikmah.

**************************************************

:.... Aku sedang mengulang kembali ingatan ketika kamu bisikkan kata 'selamat tinggal' dalam kesamaran. Ternyata, kamu tetap pergi dari hidup ini. Kupejamkan mata menenangkan jiwa; mengharapkan ia membawa 'keuntungan' buat kita berdua. Memang sakit. Namun, kamu tetap memiliki 'cinta' meskipun jutaan langkah aku ditinggalkan. Aku tetap disini dan akan kucuba untuk bertahan......: