CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 28, 2009

Biarkan kami ketawa...


Assalamualaikum..

Kembali bercerita di laman blog yang kusayangi..
Hari ni hari Ahad bertarikh 28 Jun 2009..
Cuaca hari ni agak mendung..
Hujan nak turun tapi panas taknak mengundurkan diri..
Maka..bercampur aduklah kedua-duanya..
sebab itulah mendung terjadi..
secara saintifiknya, mendung terhasil tatkala proses "perebutan" antara hujan dan panas..
macam perebutan kuasa atau jawatan..
lebih kurang macam itulah hikayatnya..
(Jangan percaya..fakta ini tipu belaka)

Hari ni,terasa agak sedih dan pilu dengan perangai Upik Abu (bukan nama sebenar)..
Marty yang ceria pun dah berduka cita lalu membawa Gloria dan Melman pulang ke angkasa...

Sebenarnya,sepanjang di hutan Afrika..
Marty, Gloria dan Melman sering tertanya-tanya..
mengapa kehadiran mereka tidak disenangi oleh sesetengah arnab comel di sana..
Adakah kerana mereka merupakan haiwan terkenal di New York?

Hari ni,Marty, Gloria dan Melman seolah-olah hilang punca..
Alex The Lion King juga hilang entah kemana..
Puas mereka mencari Alex namun tetap tidak jumpa.

Kelihatan Marty, Gloria dan Melman mempunyai aura yang luar biasa kerana mereka merupakan haiwan peliharaan di zoo New York..
Mereka diajar menari,menyanyi dan membuat persembahan agar dapat menghiburkan orang ramai..

Oleh sebab mereka bukanlah haiwan yang membesar dikalangan spesis mereka, maka wujudlah jurang perbezaan yang jelas ternyata.

Tatkala kapal terbang yang mereka naiki terhempas di hutan Afrika..
Marty, Gloria dan Melman berasa amat gembira seolah-olah mereka kembali bertemu dengan spesis mereka..
Mereka dapat melihat suasana hutan yang mendamaikan dan menyejukkan jiwa..
Mereka juga mendapat ramai kengkawan kerana kecomelan yang ada pada diri mereka..wiwi..perasannya..

Namun,ternyata semua itu hanyalah sementara..
ada singa tua yang berasa sakit hati tatkala melihat kecomelan diri Marty, Gloria dan Melman..

Melman yang bertindak sebagai doktor cuba mengubati sakit singa tua tersebut namun dos yang diberikan agak kurang menyebabkan sakit hati singa tua tersebut kian berpanjangan.

Marty, Gloria dan Melman cuba berkongsi ilmu-ilmu "ceria" yang mereka pelajari di zoo New York suatu masa dahulu..

Mereka mengajar haiwan-haiwan di hutan cara-cara membuat tarian moto moto..

Namun,ada sesetengah pihak yang tersalah faham dan menganggap tarian moto moto adalah bersifat merapu dan lucah kerana ia adalah sejenis tarian blue hippo di dalam sungai...

Seekor gajah yang bergading sari telah membuat laporan kepada raja hutan iaitu Zuba..

Gajah bergading sari tersebut telah menghasut minda Zuba hingga Marty, Melman dan Gloria tidak dibenarkan lagi mengadakan tarian moto moto apatah lagi untuk mengajar haiwan-haiwan di sana..

Sejak peristiwa tersebut,Gloria, Marty dan Melman agak dipinggirkan lalu mereka membawa diri di bawah pohon rendang..

Mujurlah Alex atau nama sebenarnya Alakay masih mahu berkawan dengan mereka walaupun Alex sebenarnya adalah anak kepada Zuba..

Hanya kepada Alex tempat mereka mengadu nasib dan menumpang kasih..

Sebenarnya,
Marty, Melman dan Gloria bukanlah haiwan sempurna..
Mereka juga mempunyai kelemahan yang tersendiri..
Mungkin mereka pakar dalam tarian moto moto..
tapi mereka juga mempunyai kelemahan dari segi ilmu hutan..

Pernah suatu ketika..
singa tua enggan berkongsi ilmu iaitu cara-cara memanjat pokok kelapa..
puas Melman, Gloria dan Marty merayu untuk belajar namun setiap saat semangat mereka dipatahkan dan dihancurkan ibarat melenyek ubi kentang rebus dengan senduk kayu untuk membuat kuih keria..

Hakikatnya,Gloria, Melman dan Marty juga mempunyai asas dalam ilmu panjat-memanjat..
Apa yang membezakan ialah mereka pernah memanjat tiang dan bukannya pokok...

Melman, Gloria dan Marty bukanlah haiwan yang sempurna dan baik..
Mereka agak nakal dan kerap kali berbuat kejahatan..
Memang itulah perangai mereka...
Dah banyak duit Alex dan haiwan-haiwan lain mereka kikis untuk berbelanja....
Dah banyak juga kasut selipar itik kuning hilang kerana disembunyikan Gloria..
Dah banyak juga lakonan dan tipu daya yang mereka cipta..

Apa sekalipun...
Melman, Gloria dan Marty amat menyayangi Alex dan haiwan-haiwan di hutan Afrika.....

Kerana....
Disinilah titik pertemuan mereka.......
Disini jugalah memori tercipta......

SEKIAN, WASSALAM

6 comments:

Anonymous said...

biar apa kata singa tua,yg pasti kami tetap no wahid di hati alex....!

daud.montak.zakaria said...

Hmmmm...dengan SINGA TUA take gigi pun risau ke....

daud.montak.zakaria said...

pembetulan 'takde'

Anonymous said...

umphhh nice ur story...rasa macam boleh faham jer makna yg berselindung...

CikLieYzaOnline said...

hehe..
x risau..cuma agak menyeramkan sbb selalunya singa kan lebih dikenali sbg raja rimba..teiba nampak singa tua yg xde gigi..jd agak lucu hgga terpacak bulu roma..hehehehe

CikLieYzaOnline said...

utk nomos..
hehheehe...hanya yg mngerti akan mmahami...lalalala