CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 28, 2009

Ku Cek Wa...

Assalamualaikum semua.. (sapa tak jawab..dosa)

Semalam, aku , Sha dan Fahmi melangkah masuk ke Regency Hotel (ejaannya macam mana entah).
Kami ke sana untuk menghadiri ujibakat pencarian IKON RTM.
Kami adalah antara peserta-peserta terawal yang hadir.

Fahmi merupakan peserta yang memegang nombor 0003, diikuti aku 0004 dan Sha 0005.

Nak kata berdebar tu, taklah sangat sebab beberapa hari sebelum ni, kami dah lalui ujibakat untuk penyampai berita di Radio Malaysia Kedahfm.

Jadi, segala perasaan takut dan berdebar dah pun kami campakkan disana.

Semasa menunggu giliran, rasa nak tergelak pun ada. Kami bertiga duduk dalam barisan yang sama. Kemana sahaja kami pergi, pasti akan bertiga. Trilogi Cinta katakan... cewah !

Setelah menunggu buat beberapa ketika, Fahmi diminta masuk ke dalam bilik yang dipenuhi kamera (macam rancangan reality show)..
Memang realiti pun.. Heheh.

Sejenak kemudian..Tatkala pintu dibuka....ku melihat Fahmi melangkah keluar dengan muka skema untuk ke stage kedua...wah..wah..tahniah !!

Kini, tibalah giliran aku pula untuk beraksi disana..
Dengan muka slambernya, aku duduk untuk membaca berita sambil mataku menjerling ke arah kamera sekali-sekala.

Kritikan yang aku dapat daripada para juri:
"suara bagus, intonasi pun ada.."
Yey!! Aku juga berjaya ke stage kedua!!Aku terus keluar dan menekan butang lif untuk ke stage seterusnya.

Tiba giliran Sha pula untuk berentap..tak taulah macammana keadaannya...

Tatkala kumelangkah keluar dari lif berkotak empat segi tu, kelihatan Fahmi berada di depan pintu. Beberapa minit kemudian, kelihatan Sha muncul dari pintu lif dan berjalan menuju ke arah aku dan Fahmi.

Fahmi:
"Ku tak dapat bah..suara perlahan tapi cakapnya laju..muka dan gaya dah macho tahap hero malaya."

Liza:"Cek punya suara bagus..intonasi pun ok tapi tak macam ikon..ikan ada la..heheh"

Sha:"Wa punya mata cantik tapi wa pakai spek.. dia tarak mau terima maaaaa..lu pikir la sendiri"

Akhirnya..dengan kecewanya..ku, cek dan wa pun pulang ke RTM Kedah semula.

TAMAT

p/s: "Stage kedua tu adalah rekaan semata-mata.
Kami dahpun disingkirkan masa stage pertama.wakakaka..."

2 comments:

wulan said...

ceh, ingtkan berjaya la..hehehe.wei, hg tukaq no baru ker?????

CikLieYzaOnline said...

x berjaya..hehehe..
x tukaq cuma sekadar mggunakannya buat seketika..