CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 22, 2009

Tinggalkan padaku simen di tangan

Ini bukan tangan aku..lalala..
Gara-gara melakukan aksi di luar dugaan..
Inilah kesan yang aku terima kini..
Setelah ujian X-Ray dilakukan..
terdapat sedikit keretakan di tangan..
Jadi,
apa yang aku lakukan kini ialah...
"dah tak boleh nak buat apa dah la...."
~Duduk di rumah~
Senyum kambing sepanjang masa.
Adakalanya terasa aku seolah-olah Ultrocop..
Ultraman yang nak berubah menjadi Robocop.
Haih...
dugaan..
sabar aje la...
p/s: duduk kat rumah boleh la aku cover tidur..yehaa..
Sekian, wassalam.

Tuesday, July 14, 2009

Sebelum Aku Demam...

Pagi, petang, siang kecuali malam..
Liku-liku kehidupan yang perlu kuharungi di dalam hutan..
Ulat bulu,semut dan juga lipan..
Haiwan-haiwan itulah yang menjadi peneman.

Tapi..
PACAT???
Oh Tidak !!!!
Mengapa si pacat itu juga nak menemani aku di dalam hutan???

Pergi !! Pergi !!!
Ku tak suka dirimu yang kenyal lagi hitam.
Sungguh geli dan ngeri untuk kukenang...

Kehidupan di dalam hutan ternyata amat sukar dan mencabar.
Hidup di dalam hutan bukanlah suatu perkara yang mudah bagi aku yakni seorang manusia biasa..
Manusia yang berjiwa merdeka dan inginkan kebebasan..

Mengapa sukar untuk kuharungi semua itu???
Memanglah sukar sebab aku bukannya orang hutan..Heheh.

13 Julai 2009..
Mungkin inilah di antara tarikh-tarikh keramat yang telah ditakdirkan di dalam hidupku.

Jika suatu masa dahulu diriku pernah jatuh tergolek di dalam hutan hingga meninggalkan parut kenangan di tangan kanan..

Kini...
Jeng..Jeng..Jeng..
Kejadian yang hampir sama berulang kembali.

Ternyata..
Hujan lebat bukan sahaja boleh membahayakan pengguna-pengguna di jalan raya bahkan juga kepada makhluk manusia yang menceroboh kawasan hutan
(dengan izin pihak berkuasa..lalala)

Cuaca yang agak buruk telah menyukarkan aku dan krew-krew produksi untuk melakukan penggambaran seperti yang telah termaktub di dalam skrip asal.
Banyak perubahan yang perlu dilakukan dan semuanya bergantung kepada kekreatifan idea yang datang..

13 Julai 2009..
(sengaja ulang taip sekali lagi)

Gara-gara melakukan aksi spontan iaitu aksi melompat bagi menghindarkan diri daripada seekor pacat hitam..
Tanpa diduga..tanpa kusangka..
Kakiku tergelincir dan buluh reput yakni tempat kuberpaut telah patah..

Maka..
bermulalah aksi lagak ngeri ala-ala payung terjun tak berkembang..
Segala jenis pokok, daun, akar, ranting dan dahan terasa menikam-nikam tubuhku hinggalah aku selamat membuat pendaratan terakhir di dalam anak sungai bersama-sama batu yang tajam..

Terdapat sedikit luka di tangan walaupun sakit yang terpaksa kutanggung adalah pada keseluruhan badan..
Tangan kananku terseliuh dan kini berbalut putih..cantik dan bersih..
Mujur juga hanya sedikit calar yang sempat 'di autografkan' di wajah comelku ini..
(kalau tidak, terpaksa pakai topeng la konvo nanti..wiwi)

Haih..
terasa macam nak menyanyi lagu Dewi Sukma pula sekarang ni..
Hohoho..

Aku kini sudah pun berada di kampung halaman..
Pulang bercuti buat beberapa ketika untuk mengembalikan semangat dan juga tenaga..
Penggambaran akan disambung semula setelah cuaca kembali tenang..

Jadi..
sebelum aku demam..
eloklah sekiranya aku 'publish'kan 'post' ini dahulu..
Buat tatapan blog yang kusayangi..
Can cin cau...

Sekian, wassalam.

Sekadar Pesanan...

Khas untuk abang Rizal..
(kalau terbaca kat sini)

Nak minta maaf..
Janjiku padamu belum dapat kutunaikan ..
Hal ini kerana keadaan kesihatan tak mengizinkan diriku berbuat demikian..
ampun..ampun..
apa sekalipun..akan diusahakan..

Sebenarnya,
nak cerita sesuatu kat sini..
tentang aksi lagak ngeri ala-ala payung terjun tak berkembang..
tapi, tangan yang terseliuh dan berbalut ini tak mengizinkan untukku berbuat demikian..

La ni dapat MC..
Boleh berehat..
Balik rumah..
yeyey!!!

Jumpa lagi..tata..

Sekian, wassalam

Sunday, July 5, 2009

Tamat Sudah... Lalalala





11 Mei 2009..
Inilah tarikh keramat bagi tiga orang "BINTANG"...

Titik pertemuan calon-calon B4N1..

Kami dipertemukan di suatu tempat..
di sebuah bangunan yang agak suram..
sebuah bangunan yang agak digeruni oleh orang ramai..
sebuah bangunan bak bintang angkasa..
walaupun agak klasik penghuni-penghuni di dalamnya..
hehehehehe....
Ampun..ampun..

Serius kembali..

Liza, Fahmi dan Sha..
Kami bukannya datang dari IPTA yang sama..
UKM, UMS dan USM..
Bukan sahaja namanya berbeza bahkan lokasi dan kedudukannya juga terletak jauh di antara satu sama lain..

Masing-masing membawa identiti yang berbeza...

Hari pertama kami berjumpa kelihatan Sha agak diam dan sukar untuk ditegur sapa...
Duduk bersendirian di atas sofa lembut yang terletak di unit bencana..
Sekali ditanya..sepatah dijawab...
Susah juga nak cari idea untuk berkenalan dengannya...

Fahmi pula..
walaupun perwatakannya agak skema kerana memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher kemas namun ada cerita yang dapat kami bualkan...

Sungguh tak kusangka..
Fahmi merupakan seorang pelajar daripada produksi UMS yang turut tercalon sebagai Top 5 di dalam Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia suatu ketika dahulu (walaupun kemenangan berpihak pada produksi UKM..lalalala)

Disebabkan aku dan Fahmi pernah menyertai pertandingan festival filem tersebut maka dari situlah kami mula berbual panjang dan panjang dan panjang....

Minggu pertama kami di RTM..
Aku hanya berbual panjang dengan Fahmi..
Makan tengahari juga bersama Fahmi..
Sha..masih sukar untuk aku dan Fahmi bergaul dengannya..
Ternyata Sha telah dipulaukan oleh aku dan Fahmi pada ketika itu..
hahaha..kesiannya..

Namun..
keakraban dan kasih sayang kami mula berputik tatkala kami bertugas di konti pada waktu malam..
8 malam hingga 6 pagi..

Bak kata orang..
"Tak kenal maka tak cinta.."

Benar..
tapi kalau nak kenal..kenalah duduk bersama..

Bila masing-masing duduk bersama..
macam-macam kisah yang akan tercipta..
dan itulah yang terjadi pada kami bertiga...

Sejak kami bertugas di konti pada waktu malam..
kami mula rapat dan mula mengenali antara satu sama lain..

Walaupun luaran kami agak berbeza namun perangai kami semuanya sama...

Aku dan Sha suka bergelak ketawa manakala Fahmi pula gemar menjadi ahli panel untuk kami berforum di dalam unit bencana..

Pernah suatu ketika..
aku dan Sha hampir merosakkan program di konti pabila kami terlalu banyak ketawa dan tak dapat nak berkata-kata..
Fahmi pula asyik tidur di atas sofa dan sukar untuk dikejutkan walaupun handphone berbunyi kuat di sebelah telinga.

Hubungan kami bertambah erat pabila tercetusnya suatu peristiwa di luar dugaan...
Suatu peristiwa yang menyebabkan kami popular dan sentiasa bertiga tak kira ke mana sahaja kami melangkah pergi..

Mujur masih ada insan-insan yang menyayangi kami dan tidak percaya dengan kata-kata dusta tak berfakta..

Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kami selama ini...Cewah..

Terima kasih juga kepada Bahagian Rancangan, Berita, OB dan Kejuruteraan yang banyak membantu kami selama ini...

Juga buat TATA, DJ-DJ yang kami sayangi,seluruh warga RTM Kedah termasuklah Bahagian Pentadbiran, pakcik-pakcik guard, makcik-makcik cleaner, tukang kebun dan semua....terima kasih kerana menerima kami dengan hati terbuka..

Buat Musalmah..
lalalala...
selalulah dengar Jinbara..
kami tak kisah..
kami tetap kami..
dan anda tetap anda..

Jumpa lagi di lain masa..
suatu hari nanti..
yehaaaa!!!!

Cik Din Kusayang














2 jun 2009..
Sekiranya dilihat di dalam rekod dan surat tawaran..
Inilah tarikh akhir untuk aku menjalani latihan praktikal di RTM Kedah.

Agak hiba dan pilu dihati kerana pelbagai memori yang tercipta disini..

Hari ni,
abang Din dari Unit Berita..
bertugas sebagai seorang Penyunting..
Juga merupakan seorang photographer terhebat di Rantau Asia telah membawa aku, Fahmi, Sha, Fikri dan Liza B ke sebuah restoran bernama Old Village sebagai tanda majlis perpisahan kami bertiga..cewah..
Kemudian, kami dibawa bersiar-siar di sekitar kawasan Masjid Zahir untuk bergambar kenangan..

Sayang sangat kat abang Din...
Terima kasih kerana sudi melayani pelbagai kerenah kami selama ini...

Babai abang Din..
Jumpa lagi di lain masa...
Muah!!!



Saturday, July 4, 2009

Tamat sudah......







p/s: "gambar dan catatan akan diupdate dari masa ke masa.....kerana tuan punya blog agak sibuk kebelakangan ini.....terima kasih...sayang semua..."