Pagi, petang, siang kecuali malam..
Liku-liku kehidupan yang perlu kuharungi di dalam hutan..
Ulat bulu,semut dan juga lipan..
Haiwan-haiwan itulah yang menjadi peneman.
Tapi..
PACAT???
Oh Tidak !!!!
Mengapa si pacat itu juga nak menemani aku di dalam hutan???
Pergi !! Pergi !!!
Ku tak suka dirimu yang kenyal lagi hitam.
Sungguh geli dan ngeri untuk kukenang...
Kehidupan di dalam hutan ternyata amat sukar dan mencabar.
Hidup di dalam hutan bukanlah suatu perkara yang mudah bagi aku yakni seorang manusia biasa..
Manusia yang berjiwa merdeka dan inginkan kebebasan..
Mengapa sukar untuk kuharungi semua itu???
Memanglah sukar sebab aku bukannya orang hutan..Heheh.
13 Julai 2009..
Mungkin inilah di antara tarikh-tarikh keramat yang telah ditakdirkan di dalam hidupku.
Jika suatu masa dahulu diriku pernah jatuh tergolek di dalam hutan hingga meninggalkan parut kenangan di tangan kanan..
Kini...
Jeng..Jeng..Jeng..
Kejadian yang hampir sama berulang kembali.
Ternyata..
Hujan lebat bukan sahaja boleh membahayakan pengguna-pengguna di jalan raya bahkan juga kepada makhluk manusia yang menceroboh kawasan hutan
(dengan izin pihak berkuasa..lalala)
Cuaca yang agak buruk telah menyukarkan aku dan krew-krew produksi untuk melakukan penggambaran seperti yang telah termaktub di dalam skrip asal.
Banyak perubahan yang perlu dilakukan dan semuanya bergantung kepada kekreatifan idea yang datang..
13 Julai 2009..
(sengaja ulang taip sekali lagi)
Gara-gara melakukan aksi spontan iaitu aksi melompat bagi menghindarkan diri daripada seekor pacat hitam..
Tanpa diduga..tanpa kusangka..
Kakiku tergelincir dan buluh reput yakni tempat kuberpaut telah patah..
Maka..
bermulalah aksi lagak ngeri ala-ala payung terjun tak berkembang..
Segala jenis pokok, daun, akar, ranting dan dahan terasa menikam-nikam tubuhku hinggalah aku selamat membuat pendaratan terakhir di dalam anak sungai bersama-sama batu yang tajam..
Terdapat sedikit luka di tangan walaupun sakit yang terpaksa kutanggung adalah pada keseluruhan badan..
Tangan kananku terseliuh dan kini berbalut putih..cantik dan bersih..
Mujur juga hanya sedikit calar yang sempat 'di autografkan' di wajah comelku ini..
(kalau tidak, terpaksa pakai topeng la konvo nanti..wiwi)
Haih..
terasa macam nak menyanyi lagu Dewi Sukma pula sekarang ni..
Hohoho..
Aku kini sudah pun berada di kampung halaman..
Pulang bercuti buat beberapa ketika untuk mengembalikan semangat dan juga tenaga..
Penggambaran akan disambung semula setelah cuaca kembali tenang..
Jadi..
sebelum aku demam..
eloklah sekiranya aku 'publish'kan 'post' ini dahulu..
Buat tatapan blog yang kusayangi..
Can cin cau...
Sekian, wassalam.
Hello world!
1 year ago
4 comments:
kah3,perangai gila2 makin menjadi bila hang makin berusia.........
-ingat aku lagi x-
kak liza ni confirm dah demam la ni..
xpost blog
wah, siapa pulak si nomos ni...
ingat2...dirimu adalah si nomos x bernama..lalala
baru lega demam tapi xleh nak buat posting baru sbb tgn mcm robocop..heheh
Post a Comment