CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 5, 2009

Tamat Sudah... Lalalala





11 Mei 2009..
Inilah tarikh keramat bagi tiga orang "BINTANG"...

Titik pertemuan calon-calon B4N1..

Kami dipertemukan di suatu tempat..
di sebuah bangunan yang agak suram..
sebuah bangunan yang agak digeruni oleh orang ramai..
sebuah bangunan bak bintang angkasa..
walaupun agak klasik penghuni-penghuni di dalamnya..
hehehehehe....
Ampun..ampun..

Serius kembali..

Liza, Fahmi dan Sha..
Kami bukannya datang dari IPTA yang sama..
UKM, UMS dan USM..
Bukan sahaja namanya berbeza bahkan lokasi dan kedudukannya juga terletak jauh di antara satu sama lain..

Masing-masing membawa identiti yang berbeza...

Hari pertama kami berjumpa kelihatan Sha agak diam dan sukar untuk ditegur sapa...
Duduk bersendirian di atas sofa lembut yang terletak di unit bencana..
Sekali ditanya..sepatah dijawab...
Susah juga nak cari idea untuk berkenalan dengannya...

Fahmi pula..
walaupun perwatakannya agak skema kerana memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher kemas namun ada cerita yang dapat kami bualkan...

Sungguh tak kusangka..
Fahmi merupakan seorang pelajar daripada produksi UMS yang turut tercalon sebagai Top 5 di dalam Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia suatu ketika dahulu (walaupun kemenangan berpihak pada produksi UKM..lalalala)

Disebabkan aku dan Fahmi pernah menyertai pertandingan festival filem tersebut maka dari situlah kami mula berbual panjang dan panjang dan panjang....

Minggu pertama kami di RTM..
Aku hanya berbual panjang dengan Fahmi..
Makan tengahari juga bersama Fahmi..
Sha..masih sukar untuk aku dan Fahmi bergaul dengannya..
Ternyata Sha telah dipulaukan oleh aku dan Fahmi pada ketika itu..
hahaha..kesiannya..

Namun..
keakraban dan kasih sayang kami mula berputik tatkala kami bertugas di konti pada waktu malam..
8 malam hingga 6 pagi..

Bak kata orang..
"Tak kenal maka tak cinta.."

Benar..
tapi kalau nak kenal..kenalah duduk bersama..

Bila masing-masing duduk bersama..
macam-macam kisah yang akan tercipta..
dan itulah yang terjadi pada kami bertiga...

Sejak kami bertugas di konti pada waktu malam..
kami mula rapat dan mula mengenali antara satu sama lain..

Walaupun luaran kami agak berbeza namun perangai kami semuanya sama...

Aku dan Sha suka bergelak ketawa manakala Fahmi pula gemar menjadi ahli panel untuk kami berforum di dalam unit bencana..

Pernah suatu ketika..
aku dan Sha hampir merosakkan program di konti pabila kami terlalu banyak ketawa dan tak dapat nak berkata-kata..
Fahmi pula asyik tidur di atas sofa dan sukar untuk dikejutkan walaupun handphone berbunyi kuat di sebelah telinga.

Hubungan kami bertambah erat pabila tercetusnya suatu peristiwa di luar dugaan...
Suatu peristiwa yang menyebabkan kami popular dan sentiasa bertiga tak kira ke mana sahaja kami melangkah pergi..

Mujur masih ada insan-insan yang menyayangi kami dan tidak percaya dengan kata-kata dusta tak berfakta..

Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kami selama ini...Cewah..

Terima kasih juga kepada Bahagian Rancangan, Berita, OB dan Kejuruteraan yang banyak membantu kami selama ini...

Juga buat TATA, DJ-DJ yang kami sayangi,seluruh warga RTM Kedah termasuklah Bahagian Pentadbiran, pakcik-pakcik guard, makcik-makcik cleaner, tukang kebun dan semua....terima kasih kerana menerima kami dengan hati terbuka..

Buat Musalmah..
lalalala...
selalulah dengar Jinbara..
kami tak kisah..
kami tetap kami..
dan anda tetap anda..

Jumpa lagi di lain masa..
suatu hari nanti..
yehaaaa!!!!

2 comments:

mohad said...

tentu seronok berada di rtm ya..

CikLieYzaOnline said...

ya...sangat seronok..