(calon-calon kategori B4 N1)
Assalamualaikum semua..
Lama sungguh aku menghilangkan diri dan tak update blog kesayanganku ini.. Hehe.
Bukan dah lupa tapi agak sibuk dengan tugasan-tugasan di Radio Malaysia Kedahfm dengan Latihan Amali selama dua bulan ni.
Selain itu,
cuaca di Kuala Kedah ni agak panas selama beberapa minggu sepanjang aku berada di sini.
Agak kerap aku mengalami sakit kepala dan demam yang mengganggu jiwa dan raga. Ewah.
Sepanjang aku berada di sini,
telah ramai orang yang aku temui dengan pelbagai kerenah yang ada.
Agak memeranjatkan aku pada mulanya namun kini ia sudah menjadi suatu kebiasaan dan inilah yang dikatakan kehidupan...kan..kan..
Banyak ilmu baru yang aku dapat pelajari dan itu semua adalah hasil kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan terutamanya oleh abang dan kakak-kakak disini. Contohnya abang Nazri, abang Faizal, abang Rizal, abang Ice, Pakcik Pauzi, Kak Sya, Kak As, kak Zaida dan sebagainya.
Sebenarnya,
kehidupan sebagai seorang pelajar amat berbeza dengan kehidupan realiti di alam pekerjaan sebenar. Banyak kelainan yang dapat aku rasakan.
Namun,
alhamdulillah kerana kehidupanku disini dipenuhi dengan warna-warni walaupun adakalanya hujan turun tanpa henti. Cewah.
Haaaa..
yang kat atas tu adalah calon-calon B4 N1.
Kalau nak tau,
B4 N1 ni merupakan satu virus yang amat bahaya dan kami bertiga sedang bertungkus lumus untuk menghasilkan satu antivirus ajaib bagi menangani virus tersebut.
Sekarang ni masih lagi di tahap percubaan.
Oklah, nanti aku sambung cerita lagi.
Nak update blog yang lagi satu lagi pulak.
Nanti merajuk pulak blog tu sebab dah lama kutinggalkan ia sendirian tak berteman.
Ewah.
Sekian, wassalam.



