CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

Inikah Adat Dunia?


"Hidup umpama roda.
Kadang di atas, kadang di bawah."

Itu kata mereka.

Mereka itu siapa?
Itu haaaa..manusia di luar sana.

Hidup ibarat bil air.
Bila bayar bil, air mencurah-curah.
Kolah mandi pasti dipenuhi dengan air.

Bagaimana pula dengan mereka yang tak berkemampuan?
Hmmm..
Bagi penduduk kampung,
telagalah alternatif bagi mereka mendapatkan bekalan air selain sungai.

Bukan mudah nak mengangkut air di telaga.
Lepas mandi pun pasti berpeluh lagi.
Kan..kan..

Hmmm..
apa sebenarnya yang aku nak sampaikan ni???

Semalam,
aku bersama-sama krew Kedah FM ke Tesco Sungai Petani bagi menjayakan Pertandingan Bintang Kecil dan Tesco Talent.

Aku dan Sha (pelajar praktikal) menaiki kereta yang dipandu oleh DJ Ice.
Kami bertiga bertolak dari RTM pada pukul 9.30 pagi.
Laju sungguh DJ Ice pandu kereta.
Lebih kurang sejam, kami dah pun tiba di sana.

Setibanya kami di Tesco,
DJ Ice mengendalikan program sebagai MC.
Aku dan Sha berada di kaunter pendaftaran.
Tugas kami ialah untuk menyerahkan borang pendaftaran kepada peserta-peserta pertandingan.
Juga untuk mencari lagu kepada peserta-peserta yang tidak membawa CD.

Pada awalnya,
kami agak sibuk melayan kerenah-kerenah peserta dan juga ibu bapa yang hadir.
Macam-macam kerenah yang ada.
Tak apalah, kita layannnnnnnn...

Hmm..
bila pertandingan dah mula..
seorang demi seorang penonton yang hadir mula mendekati kami.
Tujuannya ialah untuk mengenali kami.
Hahahaha.
Kami kan dj baru.
heeeeeeeee.
perasan lagi.

Hmm..
puas kami menyembunyikan identiti kami supaya tak dikenali.
tapi, akhirnya penonton dapat tau juga bahawasanya kamilah DJ Liza dan DJ Sha yang cute miut di Kedah FM tu.
heheheheheh...yang ni perasan lagi tinggi.

Bila dah kenal,
haaaaaa... mulalah tu..

Mulanya,
aku hanya berbual-bual dengan peminat.
cewah..
kalau tak sembang, nanti dikatakan sombong pula.

Aku memang suka menyembang.
Jadi, aku pun sembang la selagi boleh sembang.
Sedang aku bersembang dengan sorang peminat ni,
tetiba datang lagi sorang untuk bergambar.
Hahahahahahaha.
Tak tahan aku dibuatnya.
Selama ni,
aku yang berkejar-kejaran untuk bergambar bersama-sama orang..

Sungguh tak kusangka,
ada juga orang yang nak bergambar dengan aku.
kah..kah..kah..

Jadi,
dengan malu-malunya,
aku pun bergambar bersama-sama mereka.
Hehehehe.

Kemudian,
datang lagi yang berbual-bual sambil mengeluarkan buku nota kecil.
Pada mulanya,
dia (lelaki) hanya bertanyakan nama penuh aku.
Jadi, aku pun beritahulah apa nama aku.
Lepastu, siap minta nombor telefon.
Haaaaaa..
yang ni..mana boleh..
Entah sapa-sapa yang datang dari mana-mana..
tetiba minta nombor telefon..
ish...tak boleh..tak boleh..
Jadi, aku pun tolaklah dengan penuh sopan.
Aku kata,
"nanti aku bagi.."

Lepas tu,
datang pula sorang lagi..
juga minta nombor telefon..
yang ni perempuan (lagak gaya sebagai seorang makcik)..
siap hulurkan telefon suruh aku isi.
haih..tergamam aku dibuatnya..
nak tak nak..
terpaksa juga aku isi..

Lepas tu,
datang pula seorang pakcik ni..
tanya latar belakang aku..
lepastu terus mengaku adik beradik..
katanya kami ni saudara-mara.

Lepastu,
ada pula yang datang..
katanya kami satu sekolah..
dia kenal aku..
dan mukanya memang aku kenal..
kami memang satu sekolah.
tapi, masa di sekolah dulu,
kami tak pernah bertegur sapa pun..
tapi, bila kat sana..
habis dia beritahu bahawasanya aku adalah kawannya semasa di sekolah dahulu.
kawan baik...!!!
padahal,
setahu aku..
dia berusia 2 tahun lebih tua dariku..
kalau tak silap la..
Jadi????
Hmmmm...

Kemudian,
datang pula seseorang yang mencuri tangkap gambar aku dan Sha.
kami hanya membiarkan sahaja kerana kami sendiri pun tergamam tak tau nak kata apa-apa.

Kemudian,
datang pula 'buluh miang' yang nak belanja kami makan.
hahahaha..
kesian aku dan Sha..
puas kami melarikan diri daripada 'buluh miang' ni..
satu Tesco kami pusing..
semata-mata nak lesapkan diri..

Kemudian,
masa kami nak makan,
puas kami tukar tempat duduk supaya agak tersembunyi daripada seorang 'buluh miang' ni..

Waktu petang pula,
tatkala Tesco Talent sedang berlangsung,
aku dan Sha telahpun dijemput oleh DJ Faizal untuk duduk di barisan hadapan..
Sekali dengan Kak Hanim..
Juri kami..
hehehehe..
terasa macam kami ni pun juri juga..
heheh.

DJ Faizal telah memperkenalkan diri kami secara rasminya sebagai DJ baru di Kedah FM..
Jadi, dengan segan silunya,
maka terbongkarlah identiti kami pada petang tersebut.
Jadi, disebabkan takut kami dikejar lagi..
maka kami pun hanya duduk di situ dan tak bergerak ke mana-mana lagi.

Tapi kan,
hahahahaha..
masa pertandingan diadakan,
ada la sorang abang ni..
lagak gaya macam penyanyi..
tapi kan,
bila nyanyi..
hahahahahaha...
puas aku gelak..
suara dia...hahahahahaha..
aku ni kira jahat la jugak..
puas aku tunduk ke bawah meja untuk cover gelak..
sebab nanti orang nampak..
maklumlah, duduk di barisan hadapan sekali..
hahahaha..
kesian juri..dia pun tergelak sekali bila tengok aku gelak tak henti-henti..
sepatutnya kami tak boleh gelak..
sebab nanti peserta bertambah gemuruh..
dan..apa pula kata penonton nanti..
tapi, aku tak tahan sangat dah..
memang tak boleh nak control..
puas aku gelak tak henti..
hahahahahahahah.
kalau ada orang komen aku ni suka gelakkan orang nanti..
hahaha..
nasib aku la pasni...
janji aku puas gelak waktu tu...
heeeeeeeeeeeeeee.

"Sebenarnya,
minta maaf ye bang..
saya ni tak tahan nak tergelak waktu tu..
sebab tu saya gelak sakan..
maaf ye, pasni saya tak gelak dah..
heeeeeeee."

Sepanjang aku di Tesco,
aku dihadiahkan cenderamata set alat solek bernilai RM 100.
Hahahaha..
yang ni..lagilah aku nak tergelak..
macam-macam alat solek yang orang tu bagi..
sampaikan ada sesetengahnya aku sendiri pun tak tau apa kegunaannya..
sebab aku bukanlah kaki solek menyolek..
wiwi..
simpan sajalah untuk kegunaanku masa kahwin nanti..
heeeeeeeee.

Aku juga dapat bauhulu dan soya free.

Juga nasi ayam claypot free.

Hmm..
berdasarkan apa yang aku ceritakan ni..
adakalanya aku sendiri pun pelik..

aku bukanlah sesiapa..
aku hanya orang biasa..
bagi yang mengenali aku,
mereka akan tahu siapa aku sebenarnya..

Tapi,
adakah glamor tu penting di dalam dunia?

Bila dah glamor,
semua benda kita dapat free.
semua orang nak bergambar dengan kita.
semua orang nak berbual-bual dengan kita.
semua orang mengaku kita ni adalah saudara mara dan kawan mereka.

Cuba fikirkan,
bila kita tiada apa-apa..
masih adakah sesiapa yang sudi berbuat sedemikian dengan kita?????

Jawapannya???

Wallahua'lam..

Monday, May 25, 2009

Dah Demam Dah..

Assalamualaikum..

Dah demam dah...
Waaaaaaaaa...
Sekarang berada di dalam konti dengan DJ Faizal sampai la pukul 6pagi nanti..
Lepastu nak balik tidur..
Demam..
wuwuwuwuwuwu..
esok bos bagi cuti..
sebab demam tak terperi..
heeeeeeeeeeee..

Sekian,wassalam

Sengal Sendi...

Assalamualaikum semua..

Sekarang berada di konti bersama DJ Sanjay dan DJ Nazri.
Kelakar dua orang abang ni..
riuh rendah jadinya..
asyik gelak tak henti-henti..

Semalam bergandingan dengan DJ Ice dan DJ Daniel dari pukul 10malam hingga 2pagi.
Kemudian sambung pula dengan DJ Faizal hingga 6pagi..
Alhamdulillah..
DJ-DJ disini semuanya baik-baik belaka...
Senang bekerja dengan mereka semua.

Tapi,
tak larat nak cerita apa untuk hari ni sebab letih dan sengal sendi..
macam nak demam dah jadinya..
wuwuwuwuwu..

Tapi kan,
pagi tadi..
abang Daniel belanja aku makan..
sarapan pagi..
hahahahaha...
malu gak tapi aku sendiri yang mintak sebenarnya..
heeeeeeeeeee..

Lepas tu,
terus balik rumah lena..

Sebenarnya,
setakat aku berada di konti kini..
banyak kelemahan yang aku temui dalam diri..
nampaknya..aku kena lebih berusaha keras lepasni..

Emmm..

Sabtu ni nak kena pergi Tesco Sungai Petani..
dengan krew-krew RTM.
Pertandingan Bintang Kecil..

Jadi,
tak dapatlah aku balik kampung minggu ni..

Oklah..letih sangat..

Sekian, wassalam

Saturday, May 23, 2009

Ada Lagiiii....

Assalamualaikum semua..
Sekarang dah pun pukul 3.30 pagi..
juga masih berada di dalam konti bersama DJ Ahmad Pauzi Zakaria.
Segmen Mesra Dinihari.
Tapi, aku hanya menemaninya hingga ke pukul 6 pagi nanti.
Segmen ni, aku tak on air sebab kami tak buka topik.
Hanya putar lagu.
Jadi, cukuplah kalau seorang saja yang mengendalikannya.
Aku pun apa lagi..
Inilah kerja aku..
Buat posting baru.
Ambik kesempatan tumpang ada internet ni ha..
Kan..kan..
percuma..
depan mata...
apa tunggu lagi..
heeeeeeeeee
Hari ni aku masuk kerja awal sikit..
Pukul 8 malam lebih sikit2 macam tu la..
Dan waktu tu..waaaaaa..
bertuahnya aku sebab DJ Makngah Syatirah sedang mengendalikan segmen Mesra Nurani..
Dapat jugak la bergandingan dengan dia buat seketika..
Ish..terharu dan bertuahnya rasa..
Bukan senang tu sebab dialah DJ yang paling terkenal di Kedah FM selain arwah Pak Din..
Bangga aku dapat bergandingan dengan Makngah semalam..
Alhamdulillah..
mungkin inilah takdir dan rezeki dari-Nya..
kan..kan..
Kemudian,
haaaa..
pukul 10malam-2pagi..
yang ni paling rancak..
aku bergandingan dengan DJ Rizal dan DJ Faizal..
segmen Mesra Interaksi, P&P dan Kuiz..
Memang kaw2 gila dan riuh rendah kami bertiga..
banyak dapat panggilan dan SMS yang diterima.
riuh rendah hora-hora..
semua pendengar yang hubungi kami pun turut ceria bersama kami..
heeeeeeee..
sebenarnya,
aku bukannya pandai kendalikan sangat..
tapi, dah ada dua orang abang yang riuh rendah ngan aku..
jadi, aku pun mencelah2 la sama..
tapi memang riuh rendah la segmen tadi..
terima kasih buat dua abang DJ tadi sebab bagi aku join supaya turut gila bersama mereka..
hehehehehe..
Memang puas gelak tadi..
Satu pengalaman berharga..
Kemudian,
beralih ke segmen Mesra Dinihari..
Bersama DJ Ahmad Pauzi..
Sebenarnya,
aku tak tau nak panggil apa kat DJ ni..
mulanya nak panggil uncle..
tapi, dia suruh aku panggil pakcik..
jadi, aku pun hentam kromo la panggil pakcik juga..
heeeeeeee..
Dan apa yang istimewanya,
ramai DJ-DJ disini yang terkejut sebab aku boleh "masuk" dengan pakcik DJ ni..
kata mereka,
bukan senang pakcik ni nak sembang dengan orang..
tapi, dengan aku dia OK dan kami masih boleh bergelak ketawa..
entahlah..aku rasa biasa je..
tak ada apa-apa pun..
hahahahaha...
selalu je jadi kat aku macam ni..
yang mana orang tak ngam dan takut..
yang itulah aku boleh "masuk"..
hahahahaha..
ALHAMDULILLAH..
Dan sekarang ni,
aku berada di dalam konti dengan pakcik DJ tu la..
kesejukkan kami berdua di konti dengan air cond yang dingin.
beku juga aku jadinya..
lupa bawak baju sejuk..
wuwuwuwu
Tadi kan,
aku dijamu kek sebab hari ni besday Mak Long yang jaga kat bahagian teknikal..
konyang den ni ha tolan kek free..
hahahaha...
masa tu tengah bersiaran dengan DJ Rizal dan DJ Faizal.
Ni waktu ni pulak,
pakcik ni nak keluar beli air teh panas..
tapi guard pulak kunci pintu..
hmmmm..
tahan je la kami kat sini..
kan..kan..
heeeeeeee
Dan kepada semua pembaca,
harap maaflah ye kalau posting baru-baru ni hanya berkaitan bidang tugas aku disini sebab inilah hidup yang aku alami kini..
celik-celik mata,
masuk konti..
lepastu bila mentari menyinari hari,
aku pulak yang pejam mata sampai tengahari..
heheheheh...
dah macam kelawar dah aku rasa..
Dan buat semua rakan yang sedang praktikal sekarang ni tak kiralah di mana sahaja anda berada,
sama-samalah kita menimba ilmu sebanyak mana yang boleh..
inilah masanya..
kan..kan...
Tapi,
praktikal ni macam ok la juga sebab penat buat kerja,
balik terus lena.
tak payah fikir assignment lain dah..
heeeeeeee.
Setakat ni,
alhamdulillah..
aku kira ok la disini dan harap2 ia kekal ok buat selama-lamanya sepanjang aku praktikal disini.
kan..kan..
mudah-mudahan..
AMIN...
Dan.
em..
apa lagi nak tulis..
lupa pulak..
Haaa..
aku kat sini juga ada terlibat dengan MCP lagi sekali..
hahahahaha..
sejarah MCP berulang kali..
wuwuwuwuwu..
Katanya,
punca MCP ni sebab muka aku terpampang kat header si studio tu..
hahahaha..
padan muka aku..
nak tumpang glamor sangat..
last-last kena buat MCP..
hahahahaha..
demam lagi la aku lepasni..
Hmmm..
itu sajalah yang dapat aku tulis disini buat ketika ini..
Dan pesanan aku,
"rebutlah peluang yang ada tapi jangan sesekali mengambil kesempatan ke atas apa jua yang kita lakukan."
Sekian, wassalam.

Friday, May 22, 2009

Macam nak gelak lagi.. heheh

Assalamualaikum semua..


Sekarang jam dah pun menunjukkan pukul 3.36 pagi.

Masih berada di dalam konti bersama DJ Ahmad Pauzi Zakaria dalam mengendalikan segmen Mesra Dinihari bermula jam 2 pagi tadi sampailah ke pukul 6 pagi nanti.


Nampaknya,

kami berdua agak mengantuk malam ni.

Heeeee...

Terasa macam lambat pula jam berjalan pagi ni..

Tiada panggilan yang dibukakan pada malam ni..

Jadi, mungkin sebab tu la mengantuk datang lagi!!!

heeeeeeeeee


Emm...

hari ni, aku masuk ke konti pada jam 9 malam..

berjalan kaki terkedek-kedek keseorangan..

ada la juga dua tiga orang budak lelaki jalanan yang mengacau aku..

tapi, aku buat rilex je..

dalam hati..berdoa sambil mengucap sakan..


Alhamdulillah,

selamat juga sampai ke RTM ni dengan selamatnya.


Bila masuk konti,

kelihatan DJ Zaida sedang mengendalikan rancangan Evolusi Remaja.


Kemudian,

aku bergandingan dengannya dalam segmen Seleksi Dua Evolusi Remaja.

Pertandingan pilih lagu antara DJ..

Hehehehehe..


Pusingan pertama,

aku kalah sebab pendengar yang hubungi kami menyokong lagu kak Zaida..

aku kalah 2-1..


Pusingan kedua,

aku menang penuh..

heheheheh..


Pusingan ketiga,

aku jugalah pemenangnya..


Hahahaha..

Kali pertama masuk bersiaran dalam segmen ni dah pun menang dan berjaya menewaskan kak Zaida..


Kebiasaannya,

rancangan ini dikendalikan oleh DJ Zaida dan DJ Rizal.


Tapi,

DJ Rizal tak sihat hari ni..

Jadi, akulah penggantinya..

wuwuwuwu..perasan je kan..

hahahaha.


Sebenarnya,

saja je tu aku nak buat gimik..


Kebetulan je tu aku ganti dia..

heeeeeee..


Tapi kan,

heheheheeh..

terima kasih buat pendengar yang menyokong aku tadi..

hahahaha..

puas aku promot lagu aku..

akhirnya menang jua..

wah..bestnya..!!!

memang berbaloi..

heeeeeee


Kemudian,

aku bergandingan pula dengan DJ Nazri dalam segmen Mesra Interaksi.


Hahahaha..

kali pertama bergandingan dengan abang Nazri..

lawak je rasa..

masih terasa macam takut-takut sikit..

apa tidaknya..

dari pukul 10 malam sampai 2 pagi kena cakap..

huhuu..takut wooo..


Masa tu kami kendalikan segmen Pilih dan Putar.


Hehehe.

Kalau malam semalam aku main tipu dengan DJ Ahmad Pauzi dengan main hentam je aku letakkan nama-nama semua orang yang aku ingat..

ampun ye..

wuwuwuwu..


Tapi kan,

malam ni..

kami tipu sikit-sikit je pada awalnya..


Masa tengah bersiaran kan,

hahahahaha..

aduh, sekali lagi dapat beberapa panggilan daripada pendengar..

haih..soal selidik latar belakang..

malu..malu..

serba salah jadinya..


Jadi,

semalam..

maka habis bocorlah serba sedikit maklumat peribadi aku..

haih..sembunyi punya sembunyi..

orang asyik nak tanya je..

macam lawak je kan..

aku yang comot2 ni pun orang nak kenal..

hahahahahaha..


Lepas tu,

kiriman SMS lagilah kelakar..

hahahaha..

tak tahan aku baca..

dah la aku kena baca apa yang orang hantar..

abang Nazri pulak asyik gelak je..

heeeeeeeee


Kami buka topik 'Kembara'..

Haih..

pakat tanya habis aku ni orang mana..

abang Nazri pula pecah tembelang yang aku ni pelajar UKM.

wuwuwuwu..


Macam-macam SMS yang aku dapat daripada sahabat Kedah FM ni..

hahahahaha..

nak kenal la apa la..


haih..

dilema..dilema..


Lagi kan,

masa aku tengah bersiaran..

keluarga aku kat rumah pun apa lagi..

asyik SMS hantar mesej gelakkan aku..

wahahahahaha...


Liza yang suka baling batu kat lembu orang sebelah rumah aku ni dah pun jadi DJ untuk negeri Padi Paddy..

hahahahaha..

jap..jap..

aku sendiri pun nak tergelak juga..

hahahahaha...

jadilah..

DJ praktikal..

heeeeeeeeeee..


Emm..

lagi kan,

adik aku ni si Fitri ni pun apa lagi..

terus SMS..


"kakngah, letak la nama aku..aku nak tujukan lagu untuk awek aku.."


hmmm..

menyampah betul aku..

miang sungguh adik aku..

haih..

tapi..sebagai seorang kakngah yang baik..

aku pun tunaikanlah apa yang adik aku nak..

dan adik aku si Fitri tu sangat bertuah semalam sebab aku sendiri yang melaungkan namanya di radio negeri...

waaaaaaaa..

apa tunggu lagi..

motif aku tulis ni???

heeeeeeee...

kalau baca tu,

sila-silalah bayar royalty kat kakngahmu ini..

heeeeeeeee


hmmm..

Macam lawak je kan suara aku yang macam tak cukup umur ni berkumandang di satu negeri..

hahahahaha..

sungguh ku tak percaya aku adalah aku yang sekarang ni..


Dan yang sukar lagi untuk kupercayai..

para pendengar yang telefon memanggil aku DJ Liza..

hahahahahahahahaha..

puas aku tahan gelak setiap masa..

hahahahahaha...

gelak lagi..

hahahahahahaa..

Sekian, wassalam.

Thursday, May 21, 2009

Hahahaha

Assalamualaikum semua..
Baru habis bertugas..
tapi sekarang masih berada di dalam konti.
nak balik..takut..
masih awal pagi..
heeeeeee..
Jadi,
teruskan berada di konti hingga mentari pagi mula menyinari hari..
bersama DJ Sya dalam segmen Mesra Pagi..
Segmen MESRA DINIHARI tadi..
pukul 2 pagi sampai 6 pagi..
hahahahaha..
percaya tak..
aku bergandingan dengan DJ Faizal untuk sama-sama on air..
macam kelakar je..
wuwuwuwuwu..
Walaupun sebelum ni aku dah ada pengalaman on air di Radio MIDAS..
Tapi,
takut gak bila on air di radio sebenar..
radio yang didengari oleh ramai pendengar..
satu negeri..
Jelapang Padi..
heeeeeee...
Terima kasih abang Faizal..
bagi peluang untuk on air dengan tetiba..
Tapi kan,
aduh...
kali pertama on air..
dah dapat panggilan pendengar..
kirim salam..haha..
siap tanya tinggal kat mana..
sekolah kat mana..
rumah yang tepat lokasinya kat mana..
haih..dilema rasa..
Ada gak dapat mesej daripada sahabat kedah fm..
katanya suara aku manja..
hahahahahaha...
malu..malu..
aduh..
macam kelakar je bila dapat berinteraksi dengan pendengar melalui talian telefon..
hahaha..
penat gak rupanya nak melayan para pendengar ni kan..
macam-macam kerenah ada..
nak mengorat la apa la..
haih..
takpala,
anggap je ia sebagai satu cabaran..
penuh dugaan diikuti senyuman..
heeeee
oklah,
sekian wassalam

Wednesday, May 20, 2009

Inikah Praktikal ???

Praktikal..

Pada mulanya,
aku hanya menganggap prakikal sebagai suatu perkataan..

Praktikal hanyalah suatu gambaran bahawasanya aku kini sedang menjalani latihan amali demi memenuhi syarat wajib UKM untuk aku bergraduate kelak..

Namun,
Apa yang kurasai kini..
Praktikal bukanlah suatu perkataan biasa..

Praktikal adalah suatu bentuk perubahan..
Perubahan yang wajib kulalui demi mematangkan fikiran..

Sesungguhnya..

Manusia sering berubah..

Manusia pasti berubah..

dan

Manusia akan berubah..

Perubahan pasti akan datang menjenguk manusia walaupun diri sendiri tidak mengizinkannya..

Perubahan pasti ada di mana-mana..

Setiap makhluk yang bergelar manusia pasti mengalami perubahan setiap detik dan masa.

Aku kini turut merasai 'perubahan' itu..

Bukan mudah untuk berubah..
Apatah lagi untuk melakukan perubahan..

Disini,
ternyata aku mengalami perubahan yang agak tragis..
heeeeeee..

Sekiranya di UKM dahulu aku disediakan kolej kediaman..
disediakan kafeteria untuk aku mencari makanan..
disediakan bas untuk aku berjalan-jalan..
diberi panduan untuk aku menyelesaikan tugasan..
ada rujukan dan seseorang untuk dirujuk..

Kini,
Liza yang baru terpaksa mengalami perubahan yang agak mendadak..

Aku perlu mencari sendiri tempat tinggal..
Makan minum perlu kucari sendiri di mana-mana kedai yang 'berkelayakan'..
Makanan sini mahal...
waaaaaaaaaa...

Bilik sewa aku..
agak tragis sikit..
berlantaikan simen..
berbumbungkan siling putih..
berdindingkan papan kayu dan berlapikkan bata.

Kuala Kedah ni merupakan kawasan mudah banjir.

Jadi,
semua peralatan di dalam bilik aku perlu dilapikkan dengan timbunan batu bata bagi mengelakkan ia terselamat dan tidak menjadi mangsa sekiranya air naik dengan tetiba.

Aku ni bukannya apa..
Setakat meja tu jika nak dilapikkan bata,
aku tak kisah sangat..

Tapi,
siap dengan katil pun berlapik bata..
risau juga aku kalau roboh dengan tetiba..
heeeeeeee..

Katil aku..
tinggi..
gayat aku rasa..

Bilik sewa aku..
nak kata macam stor..
macam gudang pun ada..
nak kata macam bengkel..
macam gua pun ada gaya..

Kepanasan bilik aku adalah di tahap maksimun siang dan malam kerana tiada kipas disediakan.
Kesian kan...
tragis tak?
wuwuwuwuwu...
RM70 sebulan..
berbaloi tak?
Boleh la..

Bukannya apa..
rumah yang kusewa biliknya ini agak berdekatan dengan RTM..
Pagi-pagi boleh pergi bekerja dengan berjalan kaki.
Tak perlu kumenunggu bas di awal pagi kalau aku duduk dekat dengan RTM ni..

Sebenarnya,
aku malas nak bangun pagi..
Heeeee..

Em,
selain itu,
terasa Liza yang baru agak skema sedikit..

Dari segi pakaian,
aku dah mula berkasut tinggi..
hahahahahahaha..
siap bersilang tudung lagi..
heeeeeeeee...
Bawa beg tangan kesana kesini..
ishh...malunya rasa..

Sebab,
Liza yang lama adalah manusia yang paling simple di muka bumi..

Tapi,
nak buat macam mana,
imej UKM punya pasal..
terpaksalah aku menyekemakan diriku ini..
wuwuwuwuwu..

Hari pertama aku ke RTM..
terasa sakit kakiku ini berkasut tinggi..
(taklah tinggi mana pun tapi tinggi la jugak)

Hari pertama di RTM,
Aku berkenalan dengan seorang penerbit muda..
Rizal Ismail namanya..
dialah yang membuka pintu untuk aku masuk ke dalam Jabatan Penyiaran..
waaaaaaaa...
terharunya..
heeeeeeeee..
bukannya sebab apa..
nak masuk sana, kena ada pas pelawat untuk scan..
baru boleh masuk..
kalau tidak..minta maaf sajalah..

Hari pertama juga,
aku berkenalan dengan beberapa orang DJ seperti Abang Faizal dan Kak Khadijah..

Hari pertama di sana,
aku sorang saja yang terpaksa melaporkan diri.

Orang lain semua lapor diri hari Isnin tapi aku pula kena lapor pada hari Ahad.
wuwuwuwuwu...
tersengih-sengih juga aku dibuatnya..
keseorangan membawa diri..
malu..segan..semua ada..

Tapi,
akhirnya disebabkan kebanyakan staf bercuti kerana ada rakaman pada malam sebelumnya hingga lewat pagi,
jadi..aku pun berkeliaran seperti seekor kambing..
jula juli senyum kambing...

Hari kedua,
alhamdulillah..
dah rilex sikit..
tak malu dah..

Hari kedua,
aku berkenalan dengan Ketua Bahagian Rancangan..
Tengku Abdullah Tengku Ahmad..
Juga berkenalan dengan rakan baru iaitu Fahmi (UMS) dan Syakirin (USM)..
Merekalah sahabat baru aku disana..

Nak bercakap tentang tugas..
nantilah..
belum sesuai agaknya..
kerana aku masih baru disini..
kan...kan..

Tapi kan..
Jabatan Penyiaran Kedah ni ada tv rupanya..
wuwuwuwu..
baru aku tau..
heeeeeeee...

Ops, lupa pulak..
aku kini ditempatkan di Unit Bencana..
Situlah bilik aku rehat atau nak bersuka ria..
Aku tiada meja khas macam yang kawan aku dapat di Jabatan Penerangan..

Tapi,
aku ada bilik istimewa..
ada tv di dalamnya..
puas menonton semua rancangan..

Maklumlah,
nama pun Jabatan Penyiaran..
Kalau dipendekkan..jadi siaran..
kalau buang imbuhan..jadi siar..
kalau digandakan..jadi siar-siar..
heeeeeeee..
itulah tugas aku kini..
bersiar-siar...

Oklah,
dah lewat ni..

Pukul 8 malam nanti aku akan masuk studio hinggalah pukul 6pagi..

Jumpa lagi di lain waktu.

Sekian, wassalam.

Bila Malam Menjelma...

Assalamualaikum semua..

Hari ini nak kembali bercerita..

Semalam,
aku bertugas di studio pada jam 9 malam hingga 6 pagi..

Aku menemani DJ-DJ di Kedah FM bersiaran..
Juga untuk melihat sendiri bagaimana mereka mengendalikan rancangan pada waktu malam..

Jam 9 malam,
suasana di dalam konti agak tenang dan biasa..
DJ Rizal dan Khadijah bertugas..
segmen apa entah..
lupa pulak dah..
heeee..

Sebelum tu,
DJ Sanjay bertugas untuk memberikan maklumat berkaitan perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Darul Aman..
Kalau tak salah, DJ Jamil kot yang melaporkan lintas lansung dari stadium..

Emm..
walaupun semalam Kedah kalah..
tapi..takpa la..
takda rezeki gamaknya...

Lebih kurang pukul berapa entah..
(heee.. tak ingat lagi)
berlangsunglah segmen "Kira OK La Tu.."

Waktu ni,
dah agak lewat malam sikit..

Segmen ni..best..
Ni segmen untuk pertandingan menyanyi..

Ramai juga peserta yang menelefon kami disini untuk turut serta "mensumbangkan" suara mereka..
macam-macam ada..
ada yang menyanyi macam gaya bersajak..
ada yang menyanyi macam baru bangun tidur..masih mamai dibuai mimpi..
ada juga yang menyanyi menggunakan suara mereka yang lunak.

Bagus juga segmen ni diadakan..
sekurang-kurangnya dapat hilangkan rasa mengantuk kami di konti.

Lebih kurang pukul 2pagi..
DJ Faizal masuk bertugas untuk segmen MESRA DINIHARI.
Topik yang dibicarakan pada malam semalam ialah
"Pernahkah anda tertarik pada hak orang lain.."

Pada awalnya,
ramai pendengar yang menelefon dan hanya berbual berkaitan minat pada bunga milik jiran sebelah, minat kereta orang, minat handphone orang dan seangkatan dengannya.

Namun,
bila suasana kian sunyi dek kerana malam yang penuh dinihari..
perbualan makin rancak..

Dah mula dah orang bercerita tentang cinta terhalang..
hehehehe...
macam-macam cerita yang diceritakan semalam..
agak kelakar dan dapat menghilangkan kebosanan..

Pun begitu,
bila suasana semakin dinihari..
ada seorang pemanggil yang namanya dirahsiakan..

Kesian dia ni..
makcik ni bercinta dengan seorang pemuda..
makcik ni kesepian sebab anak-anaknya langsung tak hiraukan kehidupannya..
tapi pemuda ni pulak seolah-olah sedang mempermainkan perasaannya..
haih.. teruk sungguh..

"Hak milik orang lain.."
hmmm...
dulu..
anak-anak adalah miliknya..

Namun,
bila semuanya dah berkahwin..
anak-anak adalah milik si suami atau si isteri..

Ish...
tak patut.. tak patut...

Kesian kat makcik ni..
penat dia lahirkan anak-anak..
akhirnya..
dia ditinggalkan dek kerana sebuah perkahwinan..

Jadi,
kepada semua anak-anak di dunia..
pulanglah ke pangkuan ibubapa anda..
janganlah meminggirkan mereka walaupun anda sudah berpunya..
ibubapa adalah insan yang paling berharga..

Ibubapa hanya satu di dunia..
hilangnya tak berganti..

Janganlah dilukakan hati mereka,
suatu hari..sesalan pasti menghantui anda..

Peluang yang ada,
jangan sesekali disia-siakan..
sayangilah ibubapa anda !!!

Buat makcik semalam,
sabarlah banyak-banyak wahai makcik..
setiap yang berlaku adalah ujian Tuhan..
percayalah..
suatu hari nanti..
pasti akan ada sinar yang menanti makcik dihujung sana...

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.



Sunday, May 17, 2009

TAG DARI EDAN COBA



Terima kasih buat Edan Coba yang telah menghadiahkan aku award ni..

Ini adalah AWARD yang diiringi dengan TAG..

Mungkin juga ini adalah TAG yang diiringi dengan AWARD..

Mana satu entah..

Heeeeeee


Jadi,

untuk menunaikan TAG berAWARD dari sahabatku Edan Coba..


Maka aku tunaikanlah hasratnya untuk "melangsaikan" tag aku..


Syaratnya ialah aku kena hadiahkan AWARD ni kepada 10 orang blogger yang banyak memberikan inspirasi kepadaku selama ini..


Tapi,

den nak pusing sikit boleh tak Edan?

Heeee..


Den nak kasi award ni kepada 10 orang yang belum pernah dapat award dari sesapa lagi..


Boleh yo Edan?

Heeee..


Maka,

disini ialah senarai nama 10 orang pemenang bertuah berikut:


PAK MALAU
TERIMA KASIH

Thursday, May 14, 2009

Refresh F5

Assalamualaikum semua...
Hmmmm...
Dalam hati.. banyak nak diceritakan di sini..
Tapi..
entah mengapa..
setiap kali nak menaip kata-kata..
idea hilang entah kemana..
Ada benda yang nak disampaikan..
tapi rasanya macam tak kesampaian..
Apa sekalipun..
Aku dah selamat sampai ke Kedah Darul Aman..
Emmm..
nanti la aku tulis panjang-panjang..
Terasa macam nak menangis bila masuk ke blog ni..
Macam tak sampai hati..
Tetiba rasa macam sebak di hati..
wuwuwuwu..
Maaf buat semua..
Bukan niatku taknak buat posting lagi..
Tapi belum tiba waktunya..
Mungkin...