CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 20, 2009

Bila Malam Menjelma...

Assalamualaikum semua..

Hari ini nak kembali bercerita..

Semalam,
aku bertugas di studio pada jam 9 malam hingga 6 pagi..

Aku menemani DJ-DJ di Kedah FM bersiaran..
Juga untuk melihat sendiri bagaimana mereka mengendalikan rancangan pada waktu malam..

Jam 9 malam,
suasana di dalam konti agak tenang dan biasa..
DJ Rizal dan Khadijah bertugas..
segmen apa entah..
lupa pulak dah..
heeee..

Sebelum tu,
DJ Sanjay bertugas untuk memberikan maklumat berkaitan perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Darul Aman..
Kalau tak salah, DJ Jamil kot yang melaporkan lintas lansung dari stadium..

Emm..
walaupun semalam Kedah kalah..
tapi..takpa la..
takda rezeki gamaknya...

Lebih kurang pukul berapa entah..
(heee.. tak ingat lagi)
berlangsunglah segmen "Kira OK La Tu.."

Waktu ni,
dah agak lewat malam sikit..

Segmen ni..best..
Ni segmen untuk pertandingan menyanyi..

Ramai juga peserta yang menelefon kami disini untuk turut serta "mensumbangkan" suara mereka..
macam-macam ada..
ada yang menyanyi macam gaya bersajak..
ada yang menyanyi macam baru bangun tidur..masih mamai dibuai mimpi..
ada juga yang menyanyi menggunakan suara mereka yang lunak.

Bagus juga segmen ni diadakan..
sekurang-kurangnya dapat hilangkan rasa mengantuk kami di konti.

Lebih kurang pukul 2pagi..
DJ Faizal masuk bertugas untuk segmen MESRA DINIHARI.
Topik yang dibicarakan pada malam semalam ialah
"Pernahkah anda tertarik pada hak orang lain.."

Pada awalnya,
ramai pendengar yang menelefon dan hanya berbual berkaitan minat pada bunga milik jiran sebelah, minat kereta orang, minat handphone orang dan seangkatan dengannya.

Namun,
bila suasana kian sunyi dek kerana malam yang penuh dinihari..
perbualan makin rancak..

Dah mula dah orang bercerita tentang cinta terhalang..
hehehehe...
macam-macam cerita yang diceritakan semalam..
agak kelakar dan dapat menghilangkan kebosanan..

Pun begitu,
bila suasana semakin dinihari..
ada seorang pemanggil yang namanya dirahsiakan..

Kesian dia ni..
makcik ni bercinta dengan seorang pemuda..
makcik ni kesepian sebab anak-anaknya langsung tak hiraukan kehidupannya..
tapi pemuda ni pulak seolah-olah sedang mempermainkan perasaannya..
haih.. teruk sungguh..

"Hak milik orang lain.."
hmmm...
dulu..
anak-anak adalah miliknya..

Namun,
bila semuanya dah berkahwin..
anak-anak adalah milik si suami atau si isteri..

Ish...
tak patut.. tak patut...

Kesian kat makcik ni..
penat dia lahirkan anak-anak..
akhirnya..
dia ditinggalkan dek kerana sebuah perkahwinan..

Jadi,
kepada semua anak-anak di dunia..
pulanglah ke pangkuan ibubapa anda..
janganlah meminggirkan mereka walaupun anda sudah berpunya..
ibubapa adalah insan yang paling berharga..

Ibubapa hanya satu di dunia..
hilangnya tak berganti..

Janganlah dilukakan hati mereka,
suatu hari..sesalan pasti menghantui anda..

Peluang yang ada,
jangan sesekali disia-siakan..
sayangilah ibubapa anda !!!

Buat makcik semalam,
sabarlah banyak-banyak wahai makcik..
setiap yang berlaku adalah ujian Tuhan..
percayalah..
suatu hari nanti..
pasti akan ada sinar yang menanti makcik dihujung sana...

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.



3 comments:

Anonymous said...

cian mkcik tu kan awak...

amu mejie said...

sian pemuda tu kan kakngah...he~

CikLieYzaOnline said...

kat den x sian ko?heeee