Assalammualaikum, salam diberi,
buat sahabat yang bijak lestari.
Pagi-pagi menguli roti,
Kita berpantun riangkan hati.
Petang-petang tengok kartun,
Cik Tie, jom berpantun!
Amaran keras:
"HANYA PANTUN DUA KERAT WAJIB DIGUNAKAN"
Heeeeeeeee
p/s:
sesapa yang nak join, silalah sila...
buat sahabat yang bijak lestari.
Pagi-pagi menguli roti,
Kita berpantun riangkan hati.
Petang-petang tengok kartun,
Cik Tie, jom berpantun!
Amaran keras:
"HANYA PANTUN DUA KERAT WAJIB DIGUNAKAN"
Heeeeeeeee
p/s:
sesapa yang nak join, silalah sila...
22 comments:
hem,susah jugak nak reka pantun dua kerat nie hah...
Pagi-pagi nampak pelangi,
Marilah kita sayang menyayangi
bunga melati kembang di pagi hari ,
Cik Tie ucap selamat pagi.
Beli bunga bersama nyonya,
Cik Liza oiii, mana pantunnya?
semalam makan ketupat palas,
sory pantun lambat balas....
heeeeeee
perut sudah berbunyi macam diperli-perli,
juallah pantun biar aku yang beli
kalau setakat pantun2 basi,
aku tak ingin nak beli!
limau purut limau kasturi,
pantun2 yang menarik jer aku beli!!!
kah3
Biji getah melantun-lantun,
Lama sudah tidak berpantun...
Musafir berlabuh di alam fana,
Apa khabarnya orang di sana?
heeeeeeee
anak bigfoot kena sergah,
baik Alhamdulillah
lainkali kita sambung
jangan jadi sombong
Kupinta akar, kau beri rotan,
Sombong itukan amalan syaitan....
cicah petai dgn cuka,
sombong2 Allah tah suka...
apa gunanya nak sombong diri,
kelak nanti mukanya akan ditelungkupkan dlm api neraka
baik kita merendahkan diri,
Allah akan mengangkat ke langit yang ketujuh nanti.
pagi-pagi siram bunga ,
mari2 kita siram diri dengan iman dan taqwa.
waaaaaaaaa...
panjangnya pantun hang ni...
ni bukan pantun 2 kerat ni..
ni pantun berkerat2...
hahahaha
petang2 main hantu galah,
tegurlah saya kalau ada buat salah
ekikikiki
Insan budiman berjiwa kaya,
Teguran membina pemaju jaya...
Bayi comel suka tertawa,
Pujian ikhlas penyubur jiwa.
baca buku di masa terluang
teruskan berjuang....
pergi pasar beli kobis
bestnya exam dah habis
kah3
penat study nak gak berpoya-poya,
esok nak exam, wish me luck ye...
heeeeeee
hahaha......
gud luck!!!!
dah ar,ak nk gi bangi jap umh kakak ak....nnti kite smbg erk......
cik siah bini pak lebai
babaiiiiiii..........
heheh...
Hujan rahmat mencurah-curah,
Selamat kembali kepada fitrah....
assalamualaikum, salam diberi,
diucapkan selamat kembali...
babai..sekian,wassalam...
emmmm..dh hilang pening...
salam...nanti kasi jual pada dbp...la......hu3
heheh..kalau laku...
Post a Comment