Hehehe..
Sebenarnya kan..
Posting ni dibuat khas untuk rakan-rakan yang telahpun kalah dalam pertandingan pantun yang diadakan baru-baru ni..
hahahahaha...
Jadi,
atas permintaan beberapa orang rakan yang masih lagi belum dapat menerima hakikat bahawasanya diri mereka telah kalah dan tak dapat pulang bersama-sama trofi idaman, maka dengan ini, bermulalah kembali 'Pesta Pantun' khas yang diadakan bertempat di blog Jelapang Padi ni.
Kepada sesiapa yang nak lepaskan geram atau nak tunjukkan kehebatan masing-masing,
silalah sila...amat dialu-alukan...
Sebelum tu,
izinkan patik memulakan bicara...
"pat mat tempe pergi ke bagan,
pergi ke bagan membawa rotan,
janganlah malu janganlah segan,
bersama kita eratkan persahabatan."
"pat mat tempe pergi ke bagan,
pergi ke bagan membawa rotan,
setelah persahabatan sudah dieratkan,
marilah kita hangatkan perhubungan."
"pat mat tempe pergi ke bagan,
pergi ke bagan membawa rotan,
bile hubungan sudah dihangatkan,
janganlah kita lupa tuntutan."
Haaa...
sambung..sambung..
sila...sila...
heeeeeeeee
24 comments:
.ni pantun pakmat tempe ke?
..ape2 la ja'a
...hrp yg lain jgn setakat komen
....bg input skali eh
pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
Buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buanglah emak buanglah saudara
kerana kasih hamba turutkan
kalau roboh kota melaka
papan dijawa hamba dirikan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga hamba serahkan
.ha
..jgn ingat ni pantun klasik
...ni pantun makan dalam tau
....sambil ingat2 balik pantun2 lama
.....hayati maksud tersirat
adik sambung ek..huhu
'pat mat tempe pergi ke bagan,
pergi ke bagan membawa rotan,
kalo kita lupa tuntutan,
tiada iman dari Tuhan..."
ahaha..try jer ek kak..
Sauh berlabuh di Tanjung Tuan
Ikan timbul di Kuala Sepetang
Berseri sungguh wajahmu tuan
Tersenyum simpul pagi dan petang...
kah kah kah..
sambung....sambung....
-mixfar-
asm.
lama tak berpantun, bleh ar try hehehe...
Pagi petang makan ABC,
ABC dicampur gula melaka,
manakan tidak senyumanku berseri,
kan senyuman itu amalan mulia lagi berpahala?
hahha...
masih tak habis2 kisah ABC nie,
nak balas tak tahu tapi tengah fikir idea nak membalasnyer...
okeylah...kalau nak ABC jugak okeylah nanti orkid belanjaer itupun kalu terserempak dengan Encik Fauzan la yyer....kak ilham jom join okey.
senyum itu penyeri diri,
pengubat duka dan lara dihati,
kalau hari2 makan ABC,
nanti boleh dapat penyakit diabeties.
kurangkan gula dalam pemakanan,
lebihkan senyuman dalam kehidupan,
ukirkanlah senyuman yang lahir dari hati kerana ia akan memberikan
kemesraan sesama insan.
main hentam prono jer nie....sorry lah tak tahulah ianya membalas ke tidak.
Usah bertangguh ke Tanah Rata
Bawakan ikan kuih keria
Memang sungguh bagai dikata
Semoga tuan kekal ceria
Kalau tuan memburu seladang
Jangan lupa membawa guni
Kalau makan ABC di Serdang
Jangan dilupa ikan di sini
Embun pagi jatuh menitis
Bercampur ABC menjadi manis
Kalau Orkid takut diabetes
Makanlah ABC tanpa pemanis
hehehehehehe......
ade sape2 nk jwb???
lizaaaaa....hehehehe...thanks hiburkn hati kami kmbli...hehehehe
gula merah sira melaka,
adalah ABc punyer pemanis,
kan lebih baik mencegah
dari merawat hehehhe...
embun menitis tiada lah rasa,
hanya dingin dan tawar sahaja
bukannyer ABC tak boleh tanpa pemanis
cumernya pengambilannya kurang sahaja.
Pagi petang makan ABC,
Tengahhari malam makan ABC,
Ketawa dan senyum tak nak lagi,
Sebab mulut takdak gigi.
alamak semua terer berpantun.saya ni dok je melaka tapi pantun tak reti.sebab bukan anak jati melaka
orkid, kalau makan free akak memang laju je lagi2 ABC
malam bahagia penuh ceria,
menyaksikan bulan purnama,
jangan asyik bermuram durja,
nanti kelak badan binasa.
susah tul nak buat pantun
pakcique belanje ABC
sekali terserempak dengan putra
kalau takut kena diabetis
jangan lah makan yang bergula
merosakkan bahasa aje saya ni
budak2 bermain besi
kena marah dengan fauzan
kalau pergi minum ABC
mana boleh lupakan Ikan
adik orkid harum mewangi
harum semerbak seluruh library
jangan asyik makan ABC
nanti rosak semua gigi
ikan emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
ikan..oh ..ikan kemaner pergi...
marilah tolong sambung pantunyer.......
Waaaaaaa...
cepatnya beli pntun...
dh ramai pmbeli rupanya..
hehehehe..
nak balas gak...
emmm...
Ambil tayar bawa ke darat
Buat menjejak asal dan usul
Ikan belayar ke Asia Barat
Untuk berkunjung ke makam Rasul
Anak panda berlari-lari
Anak kuda di atas peti
Rindu di hati tidak terperi
Kepada Dia si jantung hati
Si StudioUKM pergi berkelah
Wajah ceria tak pernah suram
Bila hati ingatkan Allah
Jiwakan pasti tenang tenteram
MANDI BUNGA HILANGKAN GERUN,
GERUN TERKEJUT DISERGAH PENERBIT
KENAPA HARI INI TIBA2 BERPANTUN,
ADAKAH GEMBIRA SUDAH TERBIT.
wahai LIZA adik ku sayang
bila memuji bikin melayang
jangan dikau gila bayang
nanti boleh mabuk kepayang
kAH...kAH..kAH.....
Ketuk paku pakai mertun
Mertun dipinjam di rumah mak bedah
Hari ini rasa nak pantun
Hajat dihati tertunailah sudah
Daun semalu terbang melayang
Jatuh ke sungai di makan kelah
Sayang bukan sebarang sayang
Sayang dan cinta kerana Allah
Kalau liza pergi sekolah
Penerbit 'bigfoot' jangan dsergah
Selagi ikhlas kerana Allah
Ikan tak larang, ikan tak tegah
haha...haha..hahahahaaa
smbung le smbg....keh3
anak bigfoot suka diagah
bila diagah berdekah-dekah
bila senang bersedekahlah
agar hidup diberkati ALLAH
untuk teman yang dikasihi
ku ciptakan serangkap puisi
terima kasih tidak terperi
kerana menyedarkan diriku ini
budi bahasa budaya kita
memartabatkan budaya warisan bangsa
usah dicerca usah dihina
pada mereka yang tidak berupaya
kuciptakan pantun ini
bukan untuk membangga diri
sekadar sebagai penyeri hari
supaya kalian sentiasa berseri
Burung Ababil terbang berjihad
Anak kanggaroo memasang jerat
Tuntutlah ilmu hingga ke lahad
Semoga bahagia dunia akhirat
kalau tuan membeli lada
Izinkan saya membeli rusa
Apalah guna ilmu di dada
Andainya hidup tidak berjasa
Badak air tertelan peria
Peria ditanam di dalam taman
Senyum tawamu mengundang ria
Semoga bahagia bersulam iman
jangan marah jangan baran
bila pantun berkemundang
jangan terkejut jangan heran
bila ikim siarkan nukilan korang
ilham dicipta
ulam mendatang,
jutaan syukran jazilan
buat kak ilham
seronok bila berbalas pantun
tak kira dewasa atau budak
kita tunggu minggu depan
entah dipilih entah kan tidak
Kah kah kah......
pandai bermadah usah berhelah,
pantun warisan zaman berzaman,
ungkapan mudah bahasa indah,
jadi pilihan memang idaman....
ahaha.....
dh ler tu,penat dh berpantun,trofi tetap x dpt gak...hik3
anyway,thanks liza.....dpt ktorg sume cz hburkn hati ktorg yg ngah lara neh.hek3.ktorg sume dh nk blik dh...ko jge dri baik2 erk.syg ko...muah..ahaks
hahahaha...
dah agak dh mesti berkongsi laptop yg sama...hahaha...
ok la tu..bukan kalah .. cuma xmenang je...cuba lagi..nt mesti menang dpt trofi yg besar2 berat2 sampai lenguh bahu nk mngangkatnya..hehehehe
apapun,thniah sbb dpt masuk smpi final...tp xde rezeki utk mengalahkn phk lawan...len kali,ajak power rangers sama utk dptkn lebih kuasa...ok,babai...
hmmmm..lega dpt hiburkan hati org...heeeeeee
Post a Comment