CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 6, 2009

Senyum-Senyum Kambing


Bagi merungkai persoalan seorang kawan mengenai siapakah gerangan kambing-kambing yang terlibat di dalam gambar di atas, maka dengan ini lahirlah hikayat baru yang penuh kepurbaan.

Hikayat ini adalah sekadar bahan bacaan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun 6 bulan.

Bagi sesiapa yang berkelayakan, silalah baca dengan penuh perasaan.


...SELAMAT MEMBACA...


Alkisah maka tersebutlah cerita di sebuah daerah yang diberi nama Padi Paddy.

Suatu masa dahulu,
di daerah tersebut terdapat sebuah taman permainan bernama BLOG HIHI yang gemar dikunjungi oleh seekor kambing putih yang bernama Bing Lily.

Bing Lily selalu bermain-main keseekoran dek kerana tiada sesiapa yang nak temankan.
Kambing-kambing lain lebih gemar bermain di taman yang ada jongkang jongket dan juga buaian.

Namun,
Bing Lily lebih gemar menghabiskan masa dengan bermain dan mengembek di bawah pohon mempelam sambil meragut rumput segar berhampiran sawah bendang.

Tidak lama kemudian,
jeng..jeng..jeng..
datang seekor kambing putih yang sama spesis dengan Bing Lily ke tempat Bing Lily duduk melepak petang-petang. Tujuannya ialah untuk bermain lumpur di bendang. Jadi, Bing Lily pun mula berkenalan dengan kambing putih tersebut. Kambing putih tersebut memperkenalkan dirinya dengan panggilan Bing Mary.

Bing Mary dan Bing Lily kini lebih kerap menghabiskan masa bersama-sama.
Oleh sebab Bing Mary ni suka sangat bermain lumpur maka Bing Lily pun turut serta dan akhirnya bulu mereka yang cantik putih berseri dah pun bertompok-tompok hitam.

Suatu hari,
ketika Bing Lily dan Bing Mary sedang bermain-main lumpur,
tiba-tiba datang seekor kambing cokelat jantan yang mengintai mereka di sebalik pohon mempelam. Kambing cokelat jantan ni sebenarnya teringin nak bermain lumpur tapi disebabkan warna bulunya dah pun cokelat maka dia takut nanti bulunya makin hodoh dek berlumpuran.
Lainlah Bing Lily dan Bing Mary kan..kan...bulu putih cantik berseri..heeee.

Tatkala kambing cokelat jantan mengintai-intai di bawah pohon mempelam, tiba-tiba dia terdengar suatu suara embekkan.
"Eembekkk..embekkkk..!!!"

Ya...
tak syak lagi, itu suara Bing Lily. Kambing cokelat jantan pun keluar dari persembunyian dan berlari-lari menuju ke arah Bing Lily dan Bing Mary.

"Mmmbeekk..mbekkkkk....kenapa ni?mbekkkk...kenapa mnjerit ni?",
soal kambing cokelat jantan.

Rupa-rupanya,
ada seekor lintah sedang melekat di badan Bing Lily. Bing Mary pulak tak berani nak buang sebab kegelian. Maka kambing cokelat jantan pun menunjukkan kegagahannya sebagai seekor anak kambing jantan dengan mencungkil keluar lintah miang tu dari badan Bing Lily menggunakan tanduknya yang tajam. Bing Lily dan Bing Mary sangat kagum dengan keberanian si anak kambing jantan. Mereka mula berkenalan. Anak kambing cokelat jantan memperkenalkan dirinya dengan nama Bang Dady. Hahaha. Ops...jangan gelak. Teruskan penceritaan.

Hmm..
sejak kejadian si lintah miang tu melekat di badan Bing Lily, maka Bing Lily, Bing Mary dan Bang Dady kini mula menjalinkan persahabatan. Mereka gemar bermain bersama-sama....bersuka ria di sawah bendang. Mereka juga sering berangan-angan agar kawasan tempat mereka bermain itu menjadi milik mereka suatu hari nanti. Hal ini kerana kawasan permainan mereka seluas sawah terbentang. Jadi, pasti akan ada manusia atau mesin padi yang akan menceroboh masuk ke kawasan mereka suatu hari nanti jika dibiarkan sahaja tanpa ada 'pagar' yang dapat memisahkan kawasan permainan mereka dengan kawasan sawah bendang.

Suatu petang,
Bing Lily dimarahi ibunya kerana gemar bermain lumpur hinggakan bulunya yang cantik pun dah bertompok hitam. Ibu Bing Lily memarahinya kerana dia degil dan nak juga bermain lumpur dengan Bing Mary. Jadi, oleh sebab Bing Lily merajuk dengan ibunya maka dia pun berjalan-jalan keseekoran di bendang kerana ingin menghilangkn rasa sedih akibat dimarahi ibunya sebentar tadi.

Sedang Bing Lily berjalan-jalan, dia terserempak dengan Bing Mary. Bing Lily cuba mengelak diri daripada Bing Mary kerana tak nak hati Bing Mary terluka seandainya dia terkasar bahasa nanti. Maklumlah, Bing Lily kan tengah merajuk. Nanti tak pasal-pasal pula ditanduknya Bing Mary. Kan..kan..kan..

Maka,
Bing Lily pun menukar arah haluan jalan. Bing Lily berjalan melalui jalan hutan untuk menuju ke sawah bendang yakni tempat kesukaan Bing Lily melepak di waktu petang.

Bing Lily jalan dan terus berjalan..
Sambil-sambil tu, Bing Lily menyanyi girang bagi menghilangkan rasa rajuk di hatinya.

Bing Lily mula menyanyi...
"Kemana dia anak kambing saya..anak kambing saya ada di tengah bendang..."

Tiba-tiba,
Bing Lily terdengar suara garau si kambing jantan yang menyambung nyanyian Bing Lily..

"Kemana dia Bing Lily saya..Bing Lily saya mukanya comey tembam..."

Bing Lily cuba mencari arah suara yang garau itu.
Puas ditolehnya ke kiri dan kanan.
Namun, Bing Lily tetap tidak menjumpai siapakah tuan empunya badan.

Tetiba..
Bing Lily ternampak ekor panjang yang berjuntaian di dahan pohon rambutan.

Oho..
rupa-rupanya itu suara Bang Dady.

Bang Dady sedang mencuri makan buah rambutan di dusun Pak Ma tak bergigi.

Maka,
Bing Lily pun membatalkan niatnya untuk ke bendang dan singgah makan buah rambutan curi bersama-sama dengan Bang Dady.

Bang Dady bertanyakan Bing Lily kemanakah dia ingin pergi.
Maklumlah, Bing Lily kan jalan melalui jalan hutan...
Jadi, Bang Dady bimbangkan keselamatan Bing Lily sebab Bing Lily ni kambing putih betina.
Bahaya jalan sesorang.

Bing Lily pun menceritakan kepada Bang Dady bahawasanya dia baru sahaja dimarahi oleh ibunya kerana bulunya yang putih cantik berseri telah pun bertompok hitam akibat seronok bermain lumpur dengan Bing Mary. Ibunya melarang Bing Lily bermain dengan Bing Mary lagi demi mengembalikan keaslian bulu Bing Lily. Tapi, Bing Lily tetap nak main dengan Bing Mary sebab Bing Lily suka bermain dengan Bing Mary.

Sambil-sambil makan,
mereka juga bergelak ketawa mengumpat Pak Ma tak bergigi yakni pemilik dusun buah-buahan curi yang sedang mereka telan. Mereka gelakkan Pak Ma kerana Pak Ma merupakan si kambing tua yang harapkan janggut sahaja panjang..kasut punyalah smart tapi seluar tak pakai. Maka nampaklah "sesuatu" yang berjuntaian dan terkontang-kanting ketika berjalan-jalan. Hahahaha.

Sedang asyik mereka bergelak ketawa dan mengutuk Pak Ma si bapak kambing tu..
rupa-rupanya perbualan mereka telah didengari oleh Bing Mary.

Bing Lily dan Bang Dady terlupa bahawasanya Pak Ma tak bergigi tu rupa-rupanya ialah bapak kambing Bing Mary.
Nama penuh Bing Mary ialah Mary Anak Kambing Ma.

Oh tidak..!!!

Bing Mary telah tersalah faham dan mula naik tanduk.

Tanduknya seakan-akan nak menanduk sesiapa sahaja yang datang berhadapan termasuklah Bing Lily mahupun Bang Dady.

Puas Bing Lily dan Bang Dady menerangkan kebenaran dan hakikat bahawasanya Pak Ma memang tak bergigi dan tidak berpakaian. Ia bukanlah cerita palsu tapi fakta semata-mata.

Namun,
Bing Mary tetap tak dapat menerima hakikat bahawa bapak kambingnya iaitu si Pak Ma berperwatakan sedemikian.

Sejak kejadian itu,
Bing Mary tidak lagi ingin berkawan dengan Bing Lily dan Bang Dady.

Bing Mary mula menjauhkan dirinya dengan Bing Lily dan Bang Dady.

Puas Bing Lily memujuk dan mengembek namun Bing Mary tetap berkeras hati.

Akhirnya,
Bang Dady juga berkeputusan untuk mendiamkan diri dan taknak mengembek lagi.

Maka,
tinggallah Bing Lily keseekoran.

Bing Lily sayangkan Bing Mary dan Bang Dady.

Hajat di hati,
Bing Lily nak satukan semula Bang Dady dengan Bing Mary.

Bing Lily pun mula membina pagar di sekeliling taman permainan mereka iaitu BLOG HIHI agar mereka dapat bermain semula bersama-sama.

Ia juga sebagai tanda kawasan sawah bendang itu adalah milik mereka dan takkan ada sesiapa yang dapat menceroboh masuk ke sana lagi.

Bing Lily mula memasang pagar setiap hari.
Hari berganti hari..
Minggu berganti minggu..
Akhirnya..
Pagar yang Bing Lily bina telah pun siap.

Maka,
Bing Lily pun menjemput Bing Mary dan Bang Dady ke taman permainan.

Alangkah sukanya hati Bing Lily tatkala melihat Bing Mary dan Bang Dady gembira melihat kawasan permainan mereka yang telah mempunyai pagar berkayu.

Maka ..
Mereka pun bergayut-gayut kesukaan.

Untuk pengetahuan adik-adik..

Bing Mary dan Bang Dady kini bersatu semula macam gambar di atas sana.

Bing Lily pula memerhatikan mereka sambil tersenyum girang.

Sekian, wassalam.


18 comments:

Iezah said...

Cutenyer citer anak kmbing neh.he.suke3.....citer ar lagi akak...huk3

Iezah said...

Kalu msuk ptndgn citer mst akk menang neh,citer ank kmbing,teringt zmn knk2 tdika dlu.hik3

Cik Tie Amin said...

Liza,ak blk ari neh......
wah3,tershashul ak mnyebt bing lily,bing mary & bang dady di daerah padi paddy neh.wakakaka.bc utk adk ak ms nk titow psti nyenyak titiownye...keh3

daud.montak.zakaria said...

NASIB BAIK BING LILY DAN BING DADY BERDUA-DUAAN, TIADA KUMPULAN PENCEGAH MAKSIAT YANG TERDIRI DARIPADA BING-BING YANG BERJANGGUT DATANG MENANGKAP MEREKA BERKHALWAT...KAN...KAN...KAN...KALAU TAK NAYA MEREKA BERDUA...KAN...KAN...KAN..

adul said...

Hahhah!pe susah,kne tgkp khalwat kawenkn trus jer!!dpt kmbgnkn benih2 bing kt dnie neh.hak3

mcm2 hikayat ar ang neh liza......dh mcm bang bang boom lak rse.tp ne tukar sket.bang bang bing!!!huhuw

adul said...

dul rase kn,baek anta kt mn2 cmpany psl himpunan hikayat neh.selain jln cite menarik n dpt tarik prhatian org,ada nilai moral yg leh didik knk2.hak3.cover pn dh menarik tuh.keh3.tmbh duet poket.huhuw

Anonymous said...

memorable gler citer ni beb!
anak kmbing tuuuuuuuu....kah3
otak knk2 le ko neh!
-mixfar-

Iezah said...

KakLiza,sye dh 5x ulg bce citer ni.best ler......kelakar je kan....hehehehehehehe

ct_saggie said...

heeeeeeeee
wah...BING MARY??
macam nama......tuttttttttttt
BING LILY?
ahaks.....mcm nama tuan umpanya blog..
BANG DADY??
huhu....nama tuan studio...hahaha
saje agak2.agak2..hhaaa
muah
cinta dan kasih terhalang.huhu

adul said...

Hahahahahahahaha......kah kah kah kah kah kah kah kah kah...ini ke rhsianye ct????hahahahaha.ksh ank kmbing ni ke???hahahahahahahahaha....penat ar gelak..korg neeee...mmg giler ar!!!

adul said...

PECAH TEMBELANG!!!

CikLieYzaOnline said...

Iezah,
heeeeee...
tkasih kerana sudi mmbaca hikayat purba versi kanak2 ribena..heheh

Cik Tie,
huhuhu..tinggal la aku sorg nnt...
Dr Mus enggan melepaskn aku pergi...
wuwuwuwuwu....
tp hg balik mlm kan?
jlnkn tgs hang dulu sblm balik..
heeeeeeeee

si studio,
hahahahahaha...
ekau ni....
bing2 janggut yg lain pun sama spesis ngan bing lily dan bang dady gak...cmano nk tgkp.hrp jnggut jo pjg,diorg pun x berpakaian gak...hahahahaha...sapa la bing lily dan bang dady tu yo..haih..buat malu yo jd spesis kambing..heeeeeee

adul,
hahaha..tggu la hang ada anak nnt,aku bg kat hang kisah ni free.hg amik la bercerita kat anak hg nnt.heeeee

mixfar,
heeeee...
kanak2 yg comel...
huhuhu

cik ct,
heheheh..
mana ada..
itu bukan den la..
tapi xtau la pulak kalo itu adalah ekau ngn tan sri studio ...hahaha..emmmbekkkkkk...

adul,
rahsia apa pulak ni...

CikLieYzaOnline said...

Ops,lupa lak...
heeeee...x sangka bahawa anda semua yg komen di sini adalah terdiri dpd kanak2 bwh umur rupa2nya..haha..
12 tahun 6 bulan...
wahhhhhhhhhh...comelnya......

tkasih ye kpd adik2 semua yg sggup baca hikayat purba kakliza ni...hehehe...ingat ye adik2,persahabatan sejati perlulah bermula dari hati..ikhlaskn hati pasti adik2 akan bertemu shbt sejati.

Fauzan said...

asm.

hahahaha!!!
kelakar cite ni.
kmbing pn kmbing laaaaaa...
he.comel.

Iezah said...

Best la citer ni kak,nk pjm leh x?utk msuk prtndingn bercerita?hehe.utk adik saye..hehehe

Anonymous said...

x sgka rupa2ny ada ksh disebalik gmbr eh.comel je........huhu

CikLieYzaOnline said...

hehehehe..

kpd sesapa yg nk amik cerita ni utk masuk pertandingan ke,nk tidurkan anak masing2 ke,nak apa2 ke..amik la..den x kisah.den kasi free je sbb cerita ni x memerlukan masa panjang utk siapkan.ia hanyalah idea spontan yg entah dari mana ia datang.sekadar cerita rekaan.amik la...jgn malu jgn segan.tkasih kerana sudi mmbaca.ia sekadar tatapan para pembaca.heeeee.

amu mejie said...

kesimpulan dr citer ni den dpt rskan yg dengan menternak kambeng anda akn hepi...jdlah pengembala kambeng..wawa~ (pelik tp benar)