Wednesday, November 18, 2009
Friday, November 13, 2009
ABC 123
Hari ini genap 5 hari 4 malam aku jatuh sakit.
Duduk berehat di rumah dengan mengenakan baju tebal ala-ala orang eskimo dan berbaring sepanjang masa bagaikan si baby kiko.
Demam + sakit kepala + sakit tekak + batuk + muntah + selesema.
Bagaikan satu pakej lengkap yang tiada bandingannya.
Suara pun dah macam Udit Narayan menyanyi lagu hindustan..
Walaupun ada tanda-tanda bahaya, mujur juga aku tak terkena 'cecema bebeh'.
Risau juga aku dibuatnya.
Hmm, nampaknya Jelapang Padi kini dilanda hujan.
pagi hujan, petang hujan, malam pun hujan.
Musim hujan camni, banyak pula makhluk halus yang datang dengan tetiba.
sudahlah datang tanpa diundang..
buat konsert tanpa permit..
suka hati je nak hisap darah orang.
Cik Mok yang datang punyalah banyak..
dah macam temucut aku tengok..
kurus-kurus..panjang-panjang..
spesis tiruk agaknya..
dah la cecungutnya tajam..
bisanya amat gatal...
Begitu juga dengan Cik Mut.
Kaum Cik Mut Gata Ai tetiba menyerang tanpa dipinta.
Terharu rasanya melihat barisan tentera Cik Mut Gata Ai yang beruniform lengkap berwarna merah berkawat dengan riak wajahnya yang cengey-cengey belaka.
Sekali kena gigit, oho pedihnya menusuk jiwa.
Hmm,
nampaknya misiku kini tergendala buat seketika.
Posted by CikLieYzaOnline at 11:37 AM 6 comments
Monday, November 9, 2009
Jemputan Kahwin
Bingkisan Dari Putera Merindu
Kehadiran Tuan Kami Nantikan
Bersaksikan Hebatnya Cinta Nan Satu"
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada perkataan 'comment' di bawah.
Sekian, terima kasih.
Posted by CikLieYzaOnline at 5:49 PM 13 comments
Tuesday, October 13, 2009
Misi PERTAMA
Posted by CikLieYzaOnline at 1:45 PM 5 comments
Saturday, October 10, 2009
Bila 9 bertemu 10
Hmm...
Wo jiao Liza.
Wo jin nian er shi san sui.
Wo zai yi jiu ba liu, shi yue jiu ri chu sheng.
Jin tian shi wo de sheng ri.
Zhu ni sheng ri kuai le !!!
Jin tian, wo jue de bu shu fu.
Wo zuo wan bu neng ru mian.
Wo de du zi cong zuo tian yi zhi tong dao xian zai.
Wo gai zen me ban?
Huhuhu..bu kai xin.
Hao ba.
Nak cerita dalam bahasa Melayu pulak.
9 Oktober 2009.
Hari ini merupakan hari lahirku yang ke-23.
Dah tua rupanya.
Pada usia 23,
aku bukanlah sesiapa.
Aku masih lagi terkedek-kedek mencari kerjaya.
Ibarat itik angsa mengejar manusia untuk disodoknya
tanpa punca.
Apa yang aku lakukan kini hanyalah sebagai landasan
yang mungkin akan membawaku ke suatu titik garisan
yang lebih bermakna kelak.
InsyaAllah.
Itulah yang aku harapkan.
Impian aku amat mudah.
Tapi, untuk mencapainya terasa agak susah.
Kata orang..
(Entah la sapa yang kata..mungkin aku agaknya..)
"Kalau kita lahir sebagai anak ikan,
kita akan terus berenang.."
Tapi,
"kalau kita lahir sebagai anak katak,
kita perlu melompat dahulu,
kemudian perlu bertatih untuk berjalan,
lepas tu barulah kita boleh gabungkan teknik
melompat dan berjalan untuk memudahkan
kita berenang di dalam sungai,paya atau longkang.."
(bergantung pada tempat lahir katak tersebutlah ye)
Tapi,
aku bukanlah seekor ikan.
aku juga bukanlah seekor katak on, katak puru atau
katak pisang...
Aku adalah MANUSIA.
Aku dilahirkan sebagai seorang manusia dan perlu
jalani kehidupan seperti MANUSIA.
Aku tahu, bukan mudah untuk menjadi MANUSIA.
Dugaan dan cabaran silih berganti.
Tapi,
apa sekalipun yang terjadi..
ingat Liza..
JALAN MESTI KE DEPAN..
kalau tak jumpa jalan, cuba cari simpang..
lalu beloklah ke kiri atau kanan mengikut pertimbangan.
9 Oktober 2009.
Tepat jam 12.04 tengah malam,
aku menuruni anak tangga menuju ke bilik seseorang.
Bilik mak.
Yup !!
Aku beruntung kerana pada hari lahirku yang ke-23,
aku berada di tempat asal kelahiranku.
Rumahku.
Cuma, struktur rumah dan suasananya mungkin berbeza jika dibandingkan dengan 23 tahun yang lalu.
Bagaikan seekor pocong kacukan penguin,
aku mengusik mak di muka pintu.
Menyanyi-nyanyi lagu selamat hari lahir untuk diri sendiri.
Terima kasih mak kerana melahirkan aku.
Pagi itu,
aku menerima pesanan SMS daripada adik-adikku.
Beberapa orang rakan juga mengucapkan Selamat Hari Lahir termasuklah 'kembar'ku yang turut menyambut hari lahirnya pada hari tersebut.
Lebih kurang jam 8.56 pagi,
aku menerima 'hadiah' hari lahir daripada seorang abang yang baik hati.
Kedengaran lagu 'Selamat Ulangtahun Sayang' nyanyian Imran Ajmain berkumandang di udara.
Hehehehe.
Terharunya.
Waktu tengahari,
suatu lagi kejutan aku terima.
Kaklong dan Mukmin pulang membawa 'hadiah' istimewa.
(sebenarnya dah agak dah..saja buat-buat tak tahu je..hahaha)
Kami sekeluarga meraikannya bersama-sama.
Petang tu,
kami buat ketupat macam hari raya.
Maklumlah,
hari raya dulu tu..
tak semua orang ada.
Tangan mak pun cedera.
Jadi, aku dan adik-adik terpaksa mengambil alih tugas mak buat beberapa ketika.
Bukan mudah nak jadi seorang IBU.
Aku sendiri pun belum bersedia.
Hahahaha.
Diringkaskan cerita,
terima kasih kepada semua atas segala-galanya.
Aku amat menghargainya.
"Ucapan dan hadiah itu tidak penting,
tetapi ingatan dan silaturrahim itulah yang paling bermakna."
Posted by CikLieYzaOnline at 1:30 PM 4 comments
Seketika Cuma
Langkahku terhenti.
Ku tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu.
Ku tak tahu di mana puncanya.
Ku hanya dengar ia bergema.
Terasa sesuatu yang berbeza.
Ku pandang ke kiri dan kanan.
Ku lihat orang berjalan.
Ku ingin ukirkan senyuman.
Ku teruskan perjalanan.
Terasa TESCO itu aku yang punya.
Kerana apa?
Kerana...........
Lagu Dewi Sukma sedang berkumandang di udara.
Huahuahua...
Sukanya...
Hari ini (8 Oktober 2009) telah berlangsung majlis perasmian TECSO Sungai Petani (S).
Wah! 'grand' sungguh tempat tu.
Macam tak wajar pula diberikan nama TESCO.
Dah rasa macam KOLUMPO.
Kalau masuk ke dalamnya, anda akan terlupa bahawasanya Kilang Sharp ada kat sebelah...hehehe
Nampaknya, Kedah dah semakin maju.
Aku pula bila lagi???
Ish...tak boleh jadi ni.
Posted by CikLieYzaOnline at 1:20 PM 2 comments
Tuesday, September 29, 2009
Akhirnya Disini.......
Posted by CikLieYzaOnline at 5:34 PM 2 comments
Sunday, September 27, 2009
Kerana Dia Adalah ADIK

Adik
adakalanya meletihkan
adakalanya memeningkan
adakalanya menyakitkan
adakalanya eiii geram sangat
Tapi..
Adik juga..
adakalanya menggembirakan
adakalanya menyeronokkan
adakalanya 'menggilakan'
adakalanya mengharukan
Adik
seringkali menyukarkan kita membuat pilihan
seringkali menjadikan kita sebagai landasan
seringkali menjadikan kita sebagai titian
Adik
wajahnya kekadang mencerminkan kebahagiaan
wajahnya kekadang monyok semacam
wajahnya kekadang bagaikan tiada perasaan
Adik
diwajahnya terlakar sejuta harapan
dihatinya terselit seribu impian
Adik
berlembut kita kalah
berkasar kita salah
Adik
walaupun sukar dimengerti sikap dan sifatnya
namun adik tetap adik
tak perlu dikira satu dua tiga
tak perlu dihitung berapa usianya
kerana dia adalah adik
dahulu, kini dan selamanya
Posted by CikLieYzaOnline at 11:04 AM 2 comments
Thursday, September 17, 2009
Salam Lebaran
Diriku kembali setelah lama menghilang.
Ewah...Hehe.
Tatkala langsir berjemuran di ampaian,
itu tandanya raya nak datang.
Kawan-kawan semua,
maaf ye sebab terpaksa tutup blog ni buat beberapa ketika.
Ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan.
Jadi, blog ni terpaksa dihentikan operasinya buat sementara waktu.
Tapi sekarang, dah selesai dah.
Jadi, operasi bermula kembali...!!!
Yeehaaa !!!!
Ramadhan bakal pergi dan Syawal bertandang lagi.
Di hari lebaran nanti,
sama-samalah kita berkumpul seisi keluarga bagi meraikan hari raya yang mulia.
Tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan dapat bertemu dengan ahli keluarga tercinta.
Buat semua pengunjung blog,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Kalau ada salah faham atau kesalahan yang dilakukan,
ampunilah diriku ini.
Sesungguhnya,
diriku hanya insan biasa.
Tulus Ikhlas,
Cik Liza
Posted by CikLieYzaOnline at 12:23 PM 2 comments








