CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 27, 2011

Ho ! Ho ! Ho ! BaLiK KaMPuNG...



Raya dah nak dekat..mesti ramai yang nak balik kampung kan? Walau tinggal di bandar metropolitan mana sekalipun, confirm kampung jugak yang menjadi pilihan utama untuk berhari raya. Apatah lagi, tahun ni raya dan merdeka jatuh pada tarikh dan hari yang sama (kalau raya 31 laaa..kalau tak pun, cuma selang 1 hari ja)

Selalunya waktu-waktu camni, jalan raya mesti 'JAM' punya! kenderaan berduyun-duyun..nak bergerak pun macam siput..(silap ribulan, siput pun laju lagi)

Bila dah 'JAM' mulalah rasa bosan..dan bila dah bosan, benda bodoh pun boleh jadi bahan gurauan.

Selalunya kalau aku bosan.. nilah cara yang selalu aku gunakan masa kena bertugas dan bila perlu bergerak ke sini..ke sana...ke sini lagi dan ke sana lagi..
"MAIN TEKA NOMBOR PLAT"
Kadang-kadang tak puas hati jugak bila tengok nombor plat yang senang-senang belaka. Aku pun cuba la cari nombor yang susah sikit dan lebih mencabar.




Hah! Tak dapat lah tu. KALAH! KALAH! hahahahahahaha.

Jawapannya................

Dreba: tu RRK..bukan RMK !
Aku: ehhh....sungguh laaaa...alaaaa...maluuuu..nyampah~
Dreba: hahahahahahahahahaha.....



Semenjak hari itu, aku serius ketika berada di dalam kereta. *tipu*

Friday, August 26, 2011

Di PeNGHuJuNG RaMadHaN...


Hari ni dah 26/8/2011.
Dah tak lama dah nak raya..Saat-saat penghujung ramadhan ni terasa agak sayu..Sedih nak tinggalkan ramadhan walaupun kekadang terasa letih sebab bekerja sambil berpuasa. Ramadhan kali ni banyak mengajarku erti kesabaran terutamanya gagal dalam MISI yang benar-benar diharapkan..hehehe.

Alhamdulillah, sehingga hari ni aku mampu berpuasa penuh 26 hari..dan setiap malamku diisi dengan solat sunat tarawih di masjid. Syukur sangat sebab tahun ni dapat pi masjid waktu malam sebab dapat excuse untuk bekerja pada waktu malam. Semua tugasan boleh bawak balik rumah dan diserahkan secara berperingkat. Bulan ni sepenuhnya jasadku berada di Kedah (^-^)

Sepanjang 26 malam menghadiri solat sunat tarawih di masjid (ponteng 3hari sebab demam(1hari), hujan lebat(2hari) ), kesimpulan yang aku mampu buat ialah para jemaah sukar untuk BERSATU. Hal ini dapat dilihat berdasarkan pengisian saf. Kebanyakan jemaah suka duduk saf belakang (walaupun datang awal dan nak buat penuh solat tarawih). Sedangkan jemaah yang nak buat 8 (mungkin ada yang terdesak contohnya aku hehehehe) terpaksa penuhkan saf depan. Tapi, bila dah habis solat dan nak keluar, mulalah para jemaah lain marah-marah. Kadang-kadang hairan juga..tertanya-tanya..kenapa taknak duduk saf depan?

Itu satu masalah..Satu lagi masalah, bila imam dah niat untuk solat isyak, walaupun saf depan masih ada ruang kosong..tapi masing-masing berkeras nak duduk di tempat yang mereka dah duduk. Taknak ubah walaupun kosong. Waktu tu la, jemaah yang duduk belakang cuba ke depan untuk penuhkan saf depan.

Sekiranya dalam hal ni pun masing-masing berkeras dan taknak bersatu, apatah lagi diluar sana??? Persoalan inilah yang kerapkali berlegar-legar difikiranku tatkala melihat situasi sebegini.

Apapun, dikesempatan ini, aku ingin ucapkan Salam Akhir Ramadhan, Salam Kemerdekaan dan Salam Lebaran buat semua muslimin dan muslimat seluruh negara.

Semoga berbahagia di hari lebaran dan semoga ibadah puasa yang dilakukan mendapat seribu satu keberkatan dan diampunkan segala dosa yang telah kita lakukan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Tulus Ikhlas:
Nurul Azliza Nordin.

Monday, August 22, 2011

BiLa BerbiCaRa TeNTaNG CiNTa


Ni bukan sesiapa yang ada kaitan dengan aku..tapi, ni kawan sekolah adik aku..tinggal di Tg.Dawai dan tak sangka pulak yang depan rumah aku tu adalah abang dia..kebetulan, masa aku tercari-cari gambar untuk post entry ni..aku terjumpa gambar dia maka terpaksa la dia jadi mangsa untuk posting kali ni hehehehe..sorry~

Pernahkah anda rasa betapa sakitnya perasaan anda bila cinta yang dibina tak kesampaian??
Adakalanya..selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan..seseorang yang kita sayang meninggalkan kita, bila fikir balik masa yang dibazirkan bertahun-tahun tu..waaaah memang sakit dan seksa kan..

Time tu kita rasa dia sangat teruk..apa yang kita nampak semuanya yang jahat2 tentang dia..time tu la kita makan tak lalu..tidur tak lena..pastu menangis sambil makan aissekerim..memang masa awal2 tu kalau orang masukkan kita kat hospital bahagia..confirm kalau ada exam tahap kesewelan.. kita dapat nombor satu kan..

Tapi pernah tak kita terfikir..kekadang ada hikmahnya..takpalah kalau dia nak tinggalkan kita..hari ni kita nangis la sepuasnya..esok kita bergembira sambil makan kfc plak kan...
"If hes stupid enough to leave you, be smart enough to let him go!"
(pinjam ayat drama omputeh sikit)

..kerana manusia memang tidak sempurna..maka maafkanlah dia..itu yang terbaik..

dan..sakit jugak bila kita mengharapkan orang yang kita sayang hidup bersama kita..bermacam usaha kita lakukan..tapi kadang2 takdir ALLAH kita tak terlawan..bila dia tak ditakdirkan untuk kita..memang separuh sasau, apa pun nasihat kekadang langsung tak berbekas pada hati kan?sebab bagi kita..hanya kita yang tahu perasaan kita..

..but..
Don’t let someone become your everything, because when they’re gone you have nothing!”
(pinjam ayat lagi)

Cinta adakalanya tidak selalu menyebelahi kita..dia membunuh hati kita selumat-lumatnya..
tapi cuba kita fikir semula..Allah tidak akan pernah menzalimi kita..malah DIA sentiasa ada untuk kita..bila kita fikir camtu..baru kita akan insaf..

..dugaan melatih kita untuk menjadi kuat..
"Sometimes we must get hurt in order to grow..we must fail in order to know.."
(nak pinjam lagi hehehe)

apapun yang kita lakukan..
"just remember your pride..dont exchange it for nothing.."


Forget about the sad things..

Kesimpulannya..
pandanglah sesuatu itu dengan hati dan akal kerana setiap sesuatu kejadian Allah itu bersebab.

Sekian, terima kasih.

Just sMiLe aNd sMiLe (^-^)


Bil permohonan: 2307
Bil layak temuduga: 377
Kekosongan jawatan: 33

Mungkin, saya adalah orang yang ke-34.
Lagi 1 ja nak lepas.
kuakuakua..
tenkiu..
sedih gila!!!

T.T

..........................................................................................

"kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."
(tapi,kalau takut nak buat rumah, koman-koman pun kita masih boleh lagi main-main kat tepi pantai kan..watcha!)

..it's true that not everything WE HOPE FOR become reality..

sometimes..we failed..but be positive,dont be sad,dont give up.

face everything with smile..open your heart..when you are ready to cry..mean that u are ready to smile again.

see?..life not that easy..not that hard..just smile and smile..hehe

Tenkiu..

p/s: perasaan comot bagaikan musang pada hari ini.



PoKoK


Ada orang bertanya,
macammana hidup sekarang?
mesti boring kan?

Eh, taklah...
tak boring pun..
my life so busy here like im working in L.A fuyooohh hahaha...

Walau sibuk macammana pun..
hobi aku berkebun tak pernah aku tinggal..

Aku tak suka sangat makan sayur tapi aku sangat suka makan ulam.
Suka yang amat...
Jadi, setiap hari..balik ja rumah konfum aku akan luangkan masa koman-koman pun 15 minit kat kebun kat depan rumah..
macam2 sayur yang aku tanam..tapi,aku tanam sikit-sikit ja la..ala-ala tanaman Sara Diri yang macam aku belajar kat dalam buku sejarah form 4 dulu tu..

bila bangun pagi2..keluar rumah tengok pokok2 sayur yang subur..terus hati jadi berbunga- bunga..lantas dengan pantasnya aku amek tuala dan mandi dan terus pergi kerja..
bila kita mulakan hari dengan memandang sesuatu yang berkaler hijau..kita akan jadi segar tetiba dan bersemangat.. (^-^)
betul.tak bohong.

Time balik kerja plak..seharian yang meletihkan terus jadi hilang bila aku berbaik-baik dengan alam..Setiap hari,dalam pukul 6 aku sampai rumah..konfum, aku akan nampak mak dok siram pokok2 yang aku tanam ..pastu ada ayam bermain2 kat situ..pastu kucing aku yang comel tu pun selalu ja bermain2 kat situ..sumpah bila aku tengok fenomena sebegini..aku rasa indah dan bahagia sangat..alhamdulillah...

Jom tengok apa yang ada di kebun aku..


Selamat datang..
ni pokok ciku..
walaupun sama tinggi ngan anak menakan aku tapi dah berbuah 2 biji..


(asalnya 3 tapi sebiji lagi excited sangat nak luruh sebelum masak huhu)


ni delima..

ni kacang tanah


ni pokok ubi kayu yang senang sangat nak tanam..



pokok limau kasturi..

dan ini buah dia...

pastu ada banyak lagi yang aku tanam..tapi tak larat nak amek gambar banyak2..
jadi, sapa kata hidup aku boring??
hehe

SELAMAT BERPUASA




Friday, August 19, 2011

KisAH CuCU KeNa TinGGAi


Tokwan
cek cucu tokwan.
tapi..cek kuciwa dengan tokwan..cek memang xpuas hati..
dulu tokwan kamcing ngan cek..
dari cek kecik sampai cek besaq..
tup2 bila tokwan dah popular lani..tokwan lupakan cek..
kecik ati cek ngan tokwan..
walaupun tokwan sangat popular masa muda2..
warna motion pun dah maju lani..
tapi cek ni tetap cucu tokwan..

tokwan dah lupa ka..time cek kecik2 dulu..
tokwan dok tanam padi ngan cek..
ingat lagi dak,tokwan bagi duit suh cek pi beli cerut kat kedai man senget..

dulu masa tokwan dapat tawaran untuk berlakon drama Pak Kaduk kat tv2, tokwan takmau..tokwan kata dah tua..dah takdak orang kenai lagi dah berbanding tokwan muda2 dulu..muka dah tak ensem lagi dah..sapa yang sokong tokwan?cek ngan kawan2 cek yang sokong tokwan..tokwan xmau pi pun..cek paksa..tapi bila tokwan dah popular..tokwan langsung xingat cek dah..

cek ingat lagi aritu.tokwan naik qeta kaler putih..fuyoo agak kacak tokwan time tu..time tu cek naik motor kriss110 plat no PGE5904..ngam2 kat tepi tokwan..cek ngan kawan cek nampak tokwan..cek excited gila!!duk jerit panggil nama tokwan..tokwan!tokwan!
tapi,tokwan pandang cek sebelah mata..kecikk jantung hati cek..cek bengang betoi time tu..padahai moto buruk cek tu dulu la yang tokwan dok selalu pinjam time nak p dating ngn tok dulu..

hari tu pernah sekali..cek p makan ikan bakaq kat tanjung dawai..cek nampak tokwan makan ngan artis yang hot gila..cek pun p la tegur tokwan..cek ingatkan tokwan adalah tokwan yang dulu ..cek tegur la tokwan..

tokwan..lama xnampak..kemaih la tokwan lani..

tup tup tokwan cakap keyy ell ngan cek..

eh i ade jelah..busy sikit..shooting sane..shooting sini..

last2..ngn cek2 sekali terpaksa cakap key ell

oh ye ke..xpe la kalau lagu tu..kalau u free..datang la rumah i..

eh bengangnya cek rasa..

cek x kira la tokwan ni artis ka..popular ka..tapi tokwan kena ingat..
cek ni cucu tokwan dari kecik..
cek ni yg banyak tolong tokwan buat bendang.
cek ni yang selalu tolong p beli curut kat tokwan
cek ni yg selalu ajak tokwan teman cek p jalan2 walaupun time tu tokwan xhensem dan kemas macam la..

bila cek tulis macam ni..
tiba2 cek rasa mcm bersalah pulak..
tambah2 bulan posa camni..

sebab tokwan xpernah kenal cek pun haha!!
cek tipu ja..
tokwan sudi amek gambar ngan cek pun dah mujur sgt..

Moral of the story:
best oooo menipu..sesenang ABC..Haha..

JaNGaN KeJaR JaNGaN LaRi


"Aku tak tau camana nak cakap tapi..hati aku sangat hancur ...remuk redam.."
Dan setiap hari kita selalu fikirkan ayat tak berperikemanusian macam ni kat diri sendiri bila kita didatangi masalah.
kalaulah aku..
kalau..
kalau..
dan kalau lagi..
dan kalau tu memang sangat-sangat membunuh..
sebab ia macam kita menolak realiti..

Cuba 'delete' KALAU itu..
setel 1 perkara.

********************
Dan kesedihan tu kalau kita tak atasi..kita memang boleh jadi mereng..semakin kita menolak realiti..cuba untuk melarikan..semakin sakit dan menyakitkan..
Jadi, yang terbaik adalah..hadapi and bersemuka dengan kesedihan tu..apabila kita hadapi sesuatu tu depan2 mata..depan2 muka..memang ianya akan membuat kita 'double down' berbanding sekiranya kita cuba elakkan..tapi 'double down' itu hanya sekali ja kita rasa dan selepas tu, insyaallah kita ok.

Pengajaran:jangan lari dari masalah..hadapi dan lawan masalah tersebut.
setel 2 perkara
*************************************

Apabila sesuatu masalah itu perlu dihadapi and dilawan depan2 mata..memang..rasa down atau pedih dan sakit teramat sangat..
Jadi, jangan biarkan diri anda dok layan blues sorang2..itu akan buatkan kita berfikir 30juta kali ganda tentang apa yg terjadi..dan itu akan memudahkan jalan2 ke pintu utama Hospital Bahagia Tanjung Rambutan..

Nak jadi gila tak?
Taknak kan?

Jadi, sila ubah mood anda pada hari jumaat yang berbahagia ini!!!

..LIHATLAH DUNIA..
AKU TENGAH SENYUM DENGAN GEMBIRANYA
(^-^)

setel 3 perkara
**************************************************

Pesanan Khidmat Awam ini dibawakan khas untuk anda oleh:
-ciklieyzaonline.blogspot.com-
-semudah 1,2,3-
(^-^)..(^-^)


Thursday, August 18, 2011

kENaNGaN iTu KLaSiK


Hidup aku banyak dibayangi kenangan silam..
kenangan itu indah..
indah itu seni..
bila seni.. itu maknanya klasik..
bila klasik..bermakna lama..lama itu silam..
ya..akhirnya..aku harus bersetuju..kehidupanku banyak dipengaruhi masa silam..belajar dari kesilapan silam..bahagia dari kebahagian masa silam..

Motif entry ni..
yang lama jangan dilupakan walau kita sudah mendapat yang baru....kita harus belajar dari yang lama untuk menghadapi yang baru..
merepek??memang..hahaha

aku merepek sebab aku suka klasik..
klasik itu vespa:P


p/s: tekanan kerja yang belambak..hampir sakit jiwa..
~~~ 1 dan 2 Syawal juga aku wajib Qeja ~~~
T.T


iKHLaS


Sejak kecil lagi mak selalu pesan kat aku..
kalau nak bagi sesuatu dekat orang..pastikan bagi dengan ikhlas walaupun hanya sekuntum senyuman..sebab apabila kita memberi sesuatu dengan ikhlas..orang yang menerima itu pasti akan merasainya..

Tentang ikhlas ni kekadang kita selalu pandang remeh..kita bagi sesuatu kat orang lain. Pastu, kita harap orang tu akan menghargai kita..padahal kita bagi tak ikhlas mana pun.bila orang tu tak menghargai kita dan apa yang kita lakukan..kita terus rasa kecik hati..

Ingat..sesuatu yang ikhlas pasti akan masuk ke dalam hati orang yang menerimanya..bukan setakat pemberian barang-barang, nasihat, teguran dan cinta pun harus diberi dengan ikhlas..ikhlas yang sebetul-betul ikhlas..

Adakalanya kita sedih kerana cinta kita tidak dihargai..padahal pernahkah kita terfikir..ikhlaskah kita mencintai dia?adakah kita mencintai dia hanya kerana rupa atau hartanya??
Setiap kali aku sedih dan merasakan orang yang aku sayang tidak menghargai aku..(sob~sob~)aku cepat-cepat cermin diri sendiri..ikhlaskah aku?

Adakalanya bila kita tolong kawan kita..pastu kawan kita take for granted ja..dan kita terus ungkit..marah-marah dan sakit hati..
tapi pernahkah kita terfikir..
padan la dia tak menghargai kita kerana kita sendiri tidak ikhlas melakukannya..

Bercakap pasal teguran atau nasihat..aku ambik contoh orang yang menegur aku kat facebook..dan adakalanya aku terima teguran itu dengan hati yang terbuka..sebab aku rasa teguran tu sangat sampai ke dalam hati aku..mungkin orang yang menegur tu ikhlas.
aku sangat percaya pada kata2 hati..kalau orang itu ikhlas dengan kita..pasti hati kita dapat rasa.

Sama jugak dengan pujian..kadang2 orang tu memuji kita berjela jela..tapi kita bleh rasa dia tak ikhlas puji kita..kadang2 orang tu puji kita dengan satu ayat ja..tapi masuk terus ke hati kita..

Adakalanya entry dekat blog aku ni..aku menulis dengan ikhlas..ada ketika aku menulis tentang hidup sampaikan air mata aku berjujuran..betapa aku ikhlas mahu berkongsi...(hehehe).
kalau2 ada entry yang masuk kat dalam hati sapa-sapa yang baca tu..tu tandanya aku menulis ketika hati sangat-sangat ikhlas..
tapi, kalau tak masuk kat dalam hati tu..tu tandanya aku menulis hanya sekadar nak update blog..simple~

Sebab tu aku nak sampaikan kat sini..ikhlas tu sangat penting..bukan pada kata2..ikhlas pada hati..buat sesuatu dengan ikhlas walaupun orang tak tahu..sebab orang yang menerima dengan ikhlas akan dapat merasakannya..

Suka aku nak share disini apabila kita sendiri ikhlas bersahabat dengan seseorang..ikhlas memberi dan menyayangi seseorang..pasti orang yang menerima itu dapat merasainya dan menghargai kita..

JIKA ENGKAU BERBUAT BAKTI KEPADANYA, DIA AKAN MELINDUNGINYA.

JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA, DIA AKAN MEMBALAS
PERSAHABATANMU.

JIKA ENGKAU MENGHULURKAN KEBAIKAN, DIA AKAN MENERIMA DENGAN BAIK.


JIKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN, DIA AKAN MEMBANTUMU.


JIKA ENGKAU MEMBERI SESUATU BANTUAN, DIA MENGHARGAI DAN MENYEBUT KEBAIKANMU.


JIKA ADA YANG TIDAK BAIK PADA DIRIMU,DIA AKAN MENUTUPNYA.

Bus STOP !


Look people (acecewah)..
Dalam dunia yang serba advance ni (bukan dunia jam 10) akan wujud insan-insan yang suka mengambil kesempatan..kalau tak mengambil kesempatan pun..mereka suka layan kita sebagai "just in case person".

Manusia yang sebegini adalah orang-orang yang hanya mahukan kita apabila mereka perlukan kita..mereka hanya cari kita apabila mereka mahukan sesuatu dari kita or even mereka cari time kita senang dan tinggalkan kita time kita jadi macam ayam yang kais pagi makan petang.

Suatu masa dulu..
tak pernah nak baik-baik dengan kita..tetiba ja jadi baik..
dulu buat kita macam sampah-sarap..
tup tup datang..layan kita macam puteri gunung ledang.

Kalau dengan BF/GF plak..
asyik kita ja yang kena ikut masa dia..kita dok beria-ria nak cakap dengan dia tapi dia just cakap ngan kita time dia bosan ja..time dia takdak sapa-sapa nak sembang..selama ni dia buat kita macam tak wujud..tapi alih-alih cari kita.

..and at the end of this..

orang tu pun akan mulalah beritahu yang..emmm.. sebenarnya nak mintak tolong bla bla bla..

emmm...rasa macam meluat plak..

do we look like a bus stop? or a taxi? or an airport? or bank account? jabatan kebajikan masyarakat? do we?
(haa..tak pasai-pasai ja speaking)

Beware people..
ada orang yang sangat terrer memanipulasi keadaan..hati dia perlu dijaga..tapi hati kita dia campak kat Cintailah Sungai Kita..

not only strangers yang master buat kita macam tu..even our bestbuddy..or our partners..they always make us as an option..and because they want something from us...they suddenly make us as priority..
sedih ja kan?

sampai bila kita nak jadi orang yang suka "please" semua orang?
..pengalaman lepas really taught me so many harsh lesson..aku dah serik.now and forever..
I refuse to be taken advantage of.
..i try to be nice dengan semua orang..But if someone tries to fool me, I won't let it happen anymore...

***************************************************

Moral:
1. Jangan pernah bagi orang lain peluang untuk buli kita sesuka hati.

2. Kalau kita tak nak orang buat dekat kita..kita jangan buat dekat orang.

3. Bercinta dan berkawanlah dengan seseorang seikhlas hati..jangan mendekati seseorang hanya kerana kita tahu dia ada sesuatu yang boleh mendatangkan untung bagi kita.

**************************************
Terima kasih kepada drama (tak sempat nak tengok tajuk) untuk pinjaman beberapa ayat omputeh kat sini.
~ekeke~

Tuesday, August 16, 2011

SeheLai RuMPuT di TeNGah PaDaNG


Tarikh dan masa: Pada suatu hari
Lokasi: Di sebuah sekolah
Situasi: Ketika cikgu sedang mengajar
Subjek: Kasih Sayang

*******************************************
Pelajar: "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana kasih sayang tu nak berkekalan?"

Cikgu: "Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pi padang..kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang. Dan petik rumput yang paling cantik, bawa balik ke kelas.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Apabila pelajar itu pulang,
tiada sehelai pun rumput ditangannya.

Cikgu: "Laaa...Kenapa takdak pun rumput yang dipilih?"

Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya cari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Jadi, saya pun terus berjalan ke depan..mencari tanpa menoleh. Tapi, di penghujungnya, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada..tapi di belakang tadi agaknya. Tapi, cikgu cakap, tak boleh menoleh..Jadi, takdaklaaa.. T.T

Cikgu: "Ya, itulah jawapannya!!! Muahaha..Padan muka..last-last tak dapat apa.Tu la, sapa suruh ikut cakap cikgu kikikiki (^-^)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Apabila telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jangan mencari lagi yang lebih baik. Sebaiknya kita menghargai orang yang berada di depan. Usah menoleh lagi. Yang berlaku sudahpun berlaku. Semoga yang berlalu tak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang sebab jika diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi *



iMaM GaNGster


Subhanal malikil ma'bud...subhanal malikil maujud..

"Woi! sapa yang dok bakaq mercun tepi masjid ni hah??!!! kacau aku sembahyang..aku terkejut hangpa tau dak!!!!"

Haaa...itu dia..kedengaran pekikan suara tok imam memecah hening malam..
mengalahkan watak Malik dalam KL Gangster.

"lu sapa nak halau gua?"
...Kl ni gua yang punya...
-Shark-

Terkejut para jemaah mendengar 'alunan' suara imam yang tetiba naik angin meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan bunyi kebaAA...bomMmM silih berganti ketika mengerjakan solat sunat tarawih semalam.

Jangan ingat Aron Aziz yang ensem tu ja boleh bertukar jadi gangster. Kat Simpang 3 ni pun tok imam boleh jadi gangster kalau dah banyak sangat bunyi pom pang pom pang..

Asal mengantuk terus jadi segar. Rasa macam nak tergelak walaupun hakikatnya memang patut pun budak-budak tu kena marah.

Sejak malam pertama tarawih lagi, bunyi mercun tak habis-habis berkumandang..meriah sakan ja.Dah tu, senang pulak nak beli mercun..pasar malam belambak..pilih yang mana suka.

Bukannya tak nasihat dan tak bagi amaran, tapi bebudak kampung aku ni memang tak makan saman. Tapi, masa aku kecik-kecik dulu pun sama jugak hahaha. Pakat lawan bunyi mercun sapa paling kuat. Eleh, setakat bunyi mercun tu apalah sangat. Tak boleh lawan la bunyi guruh huhu. Tapi, nasib baik rumah aku taklah dekat sangat dengan masjid. Jadi, taklah mengganggu jemaah menunaikan solat. (walaupun realitinya tetap mengganggu jiran-jiran terutamanya yang ada anak kecil..kesian baby tak boleh tidur..)

Paling syok, bakar mercun dalam tempurung. Kalau meletup..fuyooo..bergema satu kampung..Tapi, kalau kena tangan, boleh bersepai isi-isi tangan.

Bercakap soal mercun, kesian jugak dekat tok imam dan jemaah yang nak sembahyang. Pertama, susah nak khusyuk termasuklah aku. Kedua, asyik terkejut. Silap ribulan, terkujur kat situ..ehe~

Kepada sesapa yang suka main mercun, insaflah..ingat-ingatlah sama orang yang nak sembahyang. Kalau gian sangat nak main pun, main mercun bawang sudah la...koman-koman,baling kat simen meletup jugak...

Kesian kat imam kami..
terserlah sifat ke'gangster'annya gara-gara bunyi mercun yang berkumandang.

~ekeke~

- Sabar ya tok imam -

Monday, August 15, 2011

Suara itu..daTaNG LaGi..


suara itu datang lagi
berbicara..melontarkan kata-kata
dalam sunyi ia berbunyi
walau tiada yang mendengar
dia percaya,ada yang memahami

suara itu sedang bergema
di suatu sudut ia berbicara
meluahkan apa yang terpendam di jiwa
jiwanya runsing..hatinya sepi
entah mengapa

dia tahu..
bicaranya hanya pada isu yang sama
berulang kali ia bertanya..
bertanya dan terus bertanya...

dia sedar..
ada yang mendengar
ada yang membisik kata-kata
jawapannya sudah tersedia
ah..sudahlah sudah..
usah dirungkai lagi persoalannya

dia tahu..dia sedar dan dia percaya
semua ini adalah takdir-Nya


Di SuatU Sudut HaTi


Diamku memberi seribu erti
Aku memberi pandangan sepi
Pabila orang melihatku menyendiri
Aku hanya senyum..diam tunduk mengerti...

Saat ini, aku hanya mampu berpuisi.
Tiada apa yang mahu dikongsi selain luahan hati cecewah (^-^)
Perkongsian memerlukan masa untukku bermuhasabah diri.
Terimalah bicara hatiku bahawa diam itu lebih baik ekeke~

***************......................***************

Lidahku terasa sakit. Sangat sakit.
Dulu-dulu, kalau mengadu dekat Ain, mesti Ain akan tanya camni,
"mati ikan ek?" (dengan slang Johornya)

Puas juga kujelirkan lidah dan suluh di cermin.
Tapi, tak pula ada rupa mayat ikan bergelimpangan di atas lidah ni.
-ehehe-

Hari ni dah 15 Ogos 2011.
Maknanya, dah 15 hari berpuasa dan dah 15 malam buat tarawikh.
Alhamdulillah, masih mampu meneruskan puasa seperti biasa.

Ramadhan kali ni sangat berbeza dengan Ramadhan yang lepas.
Sangat berbeza tetapi perbezaan ini terasa lebih aman dan tenang serta selesa walaupun pada mulanya sedikit tersentuh dengan perbezaan yang melanda. (tacing sikit)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Namun,
di suatu sudut hati..
mula timbulnya tanda tanya..

Pertemuan yang bermula di masjid..
terasa ada sesuatu yang berbeza..
walaupun selalu jumpa namun kehadirannya kali ini seakan terasa..
baru perasan..
baru terasa..
bahawa dalam dunia ini wujudnya dia..

Adakah dia?
mungkinkah dia?

hahahaha
takmau la bicara panjang-panjang..

masih banyak perkara yang harus difikirkan..
agak takut untuk berbicara terus-menerus.

Bicaraku..
biarlah kuberbicara hanya dengan Dia..
kerna kutahu..
hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.


Saturday, August 13, 2011

TerPeraNGkap dALaM DiRi


Langkah seakan terhenti.
Ada bias hampa di jiwa.
Berdesir dingin ditiup angin.
Apakah ingin kau tumpahkan cerita?
Atau sekadar duduk bersamaku di sana?

---------------------------------------------------

..permulaan yang tidak kita sedari
penghujung yang tidak kita ketahui..
keseronokkan, kebahagiaan, kesusahan dan kesedihan
menjadi rencah dalam kehidupan

berapa ramai yang sedar hidup ini sebuah pinjaman..?
berapa ramai pula yang menunaikan segala amalan?

tidak kita ketahui bilakah kita akan pergi..
jika kita tahu, pasti tiada lagi yang lalai terhadap diri sendiri.

Bukan engkau..bukan kamu..
yang aku nasihati adalah aku.
aku berusaha menjadi orang yang 'untung'
dimana setiap hari amalan dihitung
setiap hari dalam kebaikan
setiap hari membawa keuntungan

Namun, aku masih begini
sekadar berjanji tidak pada hati
apakah 'Nur' itu telah pergi?

Ya Allah..
tabahkanlah hati kecilku ini
agar setiap janji dapat kutepati
bukan sekadar berjanji tetapi masih begini
tolonglah dan bantulah..
ku tak ingin terperangkap di dalam diriku lagi.



sKetsa dALaM SuNYi (iii)


Aku adalah seorang pelakon. Aku melakonkan apa sahaja watak yang aku mahukan. Kau juga seorang pelakon, sama seperti aku. Kau melakonkan apa sahaja watak yang kau inginkan. Tapi, aku masih tercari-cari,apakah watak utamaku?

..kerana aku keliru. Di pentas dunia ini, aku hilang arah. Dan kau terus gah dengan lakonanmu..

Kita semua adalah pelakon..pelakon di pentas dunia.
Baik,jahat,iri hati,dendam,benci..kita yang memilih untuk melakonkan apa jua watak di pentas dunia ini.

Di dunia yang sementara ini, watak kau seorang yang hebat. Kau melakonkan watak yang cukup sempurna...dan aku melakonkan watak seorang yang hina di mata kau?

Di dalam watak kau?
Adakah kau terfikir ingin menjadi seorang yang hina seperti aku?
Tidak!!!
Aku juga tidak!!!

Menjadi seorang yang hina di mata pelakon lain.

..Tapi aku hanyalah watak yang menjayakan watakku di pentas dunia ini..

~ ekekekeke ~

Friday, August 12, 2011

sKetsa dALaM SuNYi (ii)


Bicara tentang manusia
sering meninggalkan titik-titik (macam ni ".............")
musykil yang tak bertemu
pada mana-mana paksi
kerana manusia makhluk aneh
sesukar mana ditafsir
serumit itulah gerak rasanya
hati manusia
adalah lipatan atas lipatan
ada bucu-bucu kelam
ada ruang lapang terang
ada lipatan yang tercarik, lalu bernanah dan membusuk
ada yang berkecai, lalu sukar dicantum kembali
kompleksnya manusia
aku teruja mentafsirnya!

*****************************************************
- 1 Syawal, aku dah dapat arahan bekerja hahahaha-
~ Kesiannya ~


sKetsa dALaM SuNYi (i)


Hidup umpama sebuah buku.
Setiap helaian mempunyai bab yang tersendiri.
Adakalanya yang pelik mampu jadi logik.
Dan yang patut berlaku tidak pula menjadi realiti.

Kata orang,
"hiduplah seperti benih yang baik, dilempar ke laut menjadi pulau."

Kata orang lagi,
"jadilah seperti pokok berbuah, dilempari manusia dengan batu tetapi dibalas pula dengan buah yang ranum." (boleh camtu? huhuhu)

Sesekali
kaki terpijak duri
berdarah kembali

Lihat di sana...

Jangan berpaling
berlari !!!
laju...laju...
lagi
pantas
pantas
pantas

Dongak ke langit
samar redup wajah ayah
di putihnya awan
terbayang lembut wajah ibu

lihat di sana....

Jangan berpaling
berlari!!!
laju..laju..
lagi
pantas
pantas
pantas

Penat aku
ibu ayah usah kecewa
sinar pasti ada.

Monday, August 8, 2011

TeRdiaM daLaM KaTA


Menyentuh pelangi bagaikan angan-angan Mat Jenin yang tidak kesampaian apatah lagi mendakapnya erat. Namun, cuba berlari mengejarnya itu suatu nikmat. Walau keletihan, rasa puas tetap saja terlakar bersama kerana lukisan tujuh warna itu mampu mengukirkan sebuah senyuman kepada pengejarnya.

**********************************



!!!!!!!!! -----------------!!!!!!!!!

~ Wahai pelangi ~
maafkan daku abaikan indahmu
sebab ia telah sebegitu rupa
melukiskan keindahan dihatiku

*************************************

Wahai Matahari, dimanakah kamu apabila malam menerjahku disaat ini?

Wahai Bulan, dimanakah kamu apabila siang datang membawa terik mentari?

Wahai pelangi, dimanakah kamu tatkala aku rindukan warnamu yang menarik hati?

Sungguh..
Terasa diri ini sendirian..

Tatkala datang kamu wahai Matahari membawa siang, aku bermain sehingga melekakan aku akan hakikat
hidupku sendiri..

Berlari..

Melompat..

Namun tidak sedikit pun aku mengenal apa itu penat..

Tapi…?
Mengapa kamu seperti menjauhiku?

“Wahai matahari?
Kemanakah kamu ingin pergi?
Tidak sudikah kamu menemaniku?

Kenapa kamu meniggalkan aku ini sendiri?

Kemudian datang kamu pula wahai Bulan yang menandakan kini berakhirlah siangku & bermulalah malamku..

Terpersona mata ini melihat cahayamu..
Sungguh indah..
Tidak terbayang dengan kata-kata..

Cahayamu ternyata lebih indah dari Sang Matahari..
Tapi…
Kamu sudahpun ditemani beribu bintang-bintang yang berkelipan..
Seakan mereka senang dengan kamu wahai Bulan..

“Wahai Bulan, sudikah kamu menemaniku dan senantiasa berada di sampingku?”

Terasa jawapan itu ku menjawabnya sendiri..

“Aku tahu, wahai bulan..engkau adalah sahabat baikku..tidak seperti Matahari.”

Berbunga-bunga hati ini..
Ternyata tersedia Sang Bulan sebagai pengganti..
Dan ternyata dia lebih baik dari Sang Mentari..

Aku bermain..
Dan terus bermain di bawah cahayamu..
Terasa dingin dengan kehadiran Sang Angin yang bertiup sayu..

Namun aku tetap cemburu..
Cemburu dengan Sang Bintang yang sepertinya tidak mahu melepaskan dirimu..

Biarlah..
Aku tahu, Sang Bulan itu tidak akan meninggalkanku..

Aku terus bermain..
Berlari..
Seharian aku bermain..

Kini terasa letih untuk aku terus berdiri..

“Wahai Bulan, Aku ingin tidur..Ku harap apabila jagaku nanti, masih ada kamu untuk terus menemani..”

Hari yang baru untukku..
Ku gagahi membuka kelopak mata ini..

Tatkala cahayanya masuk..
Seakan luruh hati ini..

“Wahai Bulan, dimanakah kamu?
Bukankah kamu akan bersamaku untuk hari ini?

Dimanakah kamu?
Dimana?
Dimana?”

Alangkah luluhnya hati ini..

Bercampur kecewa & juga kesal..
Terasa titisan air mengalir membasahi pipi..
Jiwa merenung berkata kepada diri..

“Sesungguhnya aku tetap sendiri. Mengapa tiada yang memahami?”

Ku dongakkan kepala menghadap langit..

Ternyata ada kamu wahai matahari..
“Kenapa engkau datang wahai matahari? Adakah untuk kembali menyakitiku lagi?”

Terus aku berpaling..
Dan aku tidak mempercayaimu lagi..
Ku atur langkah-langkah menuju pergi..
Tetapi aku tidak tahu dimana tujuannya..
Dan tiada siapa sudi menunjukkan jalannya..

Tiba-tiba..
Diri ini tergamam seketika..

Tatkala titisan air hujan melalui sinaran mentari..
Di situ kamu hadir wahai Sang Pelangi..

Warnamu yang cantik cukup untuk membuat diri ini jatuh hati..
Dan ternyata kamu lebih indah dari Sang Matahari & juga Bulan..

“Wahai Pelangi..Sudi tak kiranya engkau menjadi sahabatku?”

Belum sempat aku mendengar jawapan, engkau seakan memudarkan warna..

“Wahai Pelangi..Kemanakah kamu?
Kenapa engkau tinggalkanku?

Adakah aku ini tidak layak untuk terus berbicara denganmu.”

Sedih..
Kecewa..

Namun sedikitpun tidak mampu aku lahirkan melalui kata-kata..
Air sungai mataku mengalir deras..
Mengenang apalah nasib diri..

Siapakah yang mampu menemaniku?

Siapakah yang akan setia denganku?

Siapakah yang akan mencukupkan segala keperluanku?

Siapa?
Siapa?
Siapa?

Seketika aku terdiam..
Membisu terus tanpa kata-kata..

Lalu bersuaralah naluri hati ini..

“DIA-lah yang akan tetap setia menemanimu, walaupun kamu berdiri bersendirian mahupun dalam
keramaian..

Buktinya..
DIA tetap berada di sampingmu..
Dan Dialah yang membunyikan degupan jantungmu..
Meskipun kamu tidak mendengarnya..

DIA-lah jua yang mencukupkan dirimu meskipun pada pandangan manusia kamu serba kekurangan..

Buktinya..
Tatkala kelaparan, adanya DIA yang mengenyangkan..
Tatkala sakit, adanya DIA yang menyihatkan..
Tatkala kepenatan, adanya DIA yang menidurkan..
Tatkala kesempitan, adanya DIA yang melapangkan..

NAMUN??
Kenapa engakau lupa yang DIA sentiasa bersama??”

“Subhanallah..mengapa aku boleh melupakan kehadiranMu…
Sememangnya aku terleka..

Namun mengapa diciptakan teman yang lain buatku??”

Ku lontarkan persoalan kepada hati nuraniku sendiri lalu dia membalasnya..

“Diciptakan teman yang lain sebenarnya adalah satu KURNIAANNYA..
Melalui mereka, mungkin hatimu terasa bahagia..

Namun mereka tetap HAMBA kepada Sang Pencipta..
Yang terkadang tidak terlepas dari kesilapan & khilaf..
Yang juga tidak sempurna kerana dihiasi kekurangan..

Oleh itu..
Marilah kita bersangka baik akan segala perkara..
Kerana DIA lebih mengetahui akan segalanya..
Kerana setiap KITA semua ada kekurangannya..
Namun kita saling melengkapi agar kita bisa sempurna..”





Thursday, August 4, 2011

DaN WaKTu TeRus BeRJaLaN..



Hari ini dingin, sama seperti semalam.

Tapi hari ini berbeza dengan tiga hari yang lalu.
Berjalan seperti pelangi setelah hujan membasahi tanah kering, berwarna dan segar.
Berlalu seperti cahaya bintang di kala malam..
bergemerlapan, indah dan memberi erti.
Berhenti sejenak seperti embun di hujung daun..
>>>>> menanti saat yang tepat untuk melangkah pergi <<<<<

**************************
Hari ini masuk hari ke-9 aku jatuh sakit.
Bermula dengan sakit di bahagian perut ketika berada di Permatang Ara sampai terguling-guling, kemudian bergerak ke kepala hingga hampir pitam dan seterusnya demam + selesema sampai tak larat nak celik mata dan bersin tanpa henti.
Mata dan hidung turut berair hingga sesak nafas jadinya.
Mengalir tanpa henti dah macam tengok drama sedih. Sob~sob~
Mata putih dah tak seputih sebelum ini, agak kelabu dan kekuningan.
Tapi,kata kaklong, KUNING itu BERSIH.
wiwiwi

****************************************
Alhamdulillah,
bahagian dapur rumah dah hampir siap.
Dah siap lekat bata dan bubuh tingkap serta pintu.
Cuma perlu runtuhkan satu lagi bahagian untuk buat pintu sebelah kiri, plaster dan tukar bumbung. Lepas tu, nak sapu cat, hampar tikar getah baru dan susun semula barang-barang.

Tak susah sangat nak buat rumah.
Cuma perlukan kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah nak 'membina' berbanding 'meruntuhkan'.
Nak bancuh simen,perlukan kesabaran. Bancuh simen bukannya macam bancuh air oren.

Nampaknya, tukang rumah dulu-dulu memang seorang yang sangat penyabar.
Buat rumah memerlukan seni yang sangat halus dan teliti.
Zaman sekarang kebanyakannya orang lekat bata. Sapu dan lekat dan ulang semula proses hingga tamat. Berbanding tukang dulu-dulu, rumah dibina menggunakan kayu. Berdasarkan pemerhatian aku, setiap kayu ada ukiran yang tersendiri. Nak gergaji, nak paku...oh....sangat dahsyat.

Untuk meruntuhkan bahagian dapur rumah,
bukanlah terlalu mudah seperti yang kufikirkan sebelum ini.
Perlu kopak beberapa bahagian, cabut paku satu persatu dan keluarkan kayu serta papan yang ditindan berselang-seli.

Sangat penat !

******************************************
Lupakan seketika tentang rumah.

Hemm..baru-baru ini, aku kehilangan kamera. Sedihnya. Terasa sedih sangat. Sebab , gambar rumah lama ada dalam memori kad. Proses-proses pembinaan rumah pun ada dalam tu, belum sempat transfer ke ext. hard disk.Tapi, takpalah nak buat macam mana. Bukan rezeki aku agaknya.

****************************

Sekarang,
dah masuk bulan ramadhan.
Alhamdulillah, puasa dan tarawikh masih mampu kuteruskan.

Adakalanya,
aku sedar.

Berfikir sejenak tentang diri sendiri.

Ada 'benda' dan 'perkara' yang Allah 'hilangkan' dalam hidupku.
Namun, tatkala diri diuji, aku dapat rasakan diriku menjadi semakin tabah dalam mengharungi hidup ini. Dan, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik (mungkin sesuatu itu diluar jangkaanku)

Ya, aku bukanlah ahli sufi yang sentiasa tabah dan tak pernah goyah tatkala diri diuji bertubi-tubi. Namun, semakin ku diuji, hatiku semakin tenang kerana ujian yang diberi tandanya Allah masih 'memerhatikan' diriku dan Allah menyayangiku.

Alhamdulillah,
walaupun aku hamba yang sentiasa melakukan kesalahan namun diriku tetap dalam 'pemerhatian-Nya'.

Semoga perjalanan hidupku sentiasa dalam redha-Nya.
Insyaallah.