Aku adalah seorang pelakon. Aku melakonkan apa sahaja watak yang aku mahukan. Kau juga seorang pelakon, sama seperti aku. Kau melakonkan apa sahaja watak yang kau inginkan. Tapi, aku masih tercari-cari,apakah watak utamaku?
..kerana aku keliru. Di pentas dunia ini, aku hilang arah. Dan kau terus gah dengan lakonanmu..
Kita semua adalah pelakon..pelakon di pentas dunia.
Baik,jahat,iri hati,dendam,benci..kita yang memilih untuk melakonkan apa jua watak di pentas dunia ini.
Di dunia yang sementara ini, watak kau seorang yang hebat. Kau melakonkan watak yang cukup sempurna...dan aku melakonkan watak seorang yang hina di mata kau?
Di dalam watak kau?
Adakah kau terfikir ingin menjadi seorang yang hina seperti aku?
Tidak!!!
Aku juga tidak!!!
Menjadi seorang yang hina di mata pelakon lain.
..Tapi aku hanyalah watak yang menjayakan watakku di pentas dunia ini..
~ ekekekeke ~
0 comments:
Post a Comment