CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 16, 2011

iMaM GaNGster


Subhanal malikil ma'bud...subhanal malikil maujud..

"Woi! sapa yang dok bakaq mercun tepi masjid ni hah??!!! kacau aku sembahyang..aku terkejut hangpa tau dak!!!!"

Haaa...itu dia..kedengaran pekikan suara tok imam memecah hening malam..
mengalahkan watak Malik dalam KL Gangster.

"lu sapa nak halau gua?"
...Kl ni gua yang punya...
-Shark-

Terkejut para jemaah mendengar 'alunan' suara imam yang tetiba naik angin meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan bunyi kebaAA...bomMmM silih berganti ketika mengerjakan solat sunat tarawih semalam.

Jangan ingat Aron Aziz yang ensem tu ja boleh bertukar jadi gangster. Kat Simpang 3 ni pun tok imam boleh jadi gangster kalau dah banyak sangat bunyi pom pang pom pang..

Asal mengantuk terus jadi segar. Rasa macam nak tergelak walaupun hakikatnya memang patut pun budak-budak tu kena marah.

Sejak malam pertama tarawih lagi, bunyi mercun tak habis-habis berkumandang..meriah sakan ja.Dah tu, senang pulak nak beli mercun..pasar malam belambak..pilih yang mana suka.

Bukannya tak nasihat dan tak bagi amaran, tapi bebudak kampung aku ni memang tak makan saman. Tapi, masa aku kecik-kecik dulu pun sama jugak hahaha. Pakat lawan bunyi mercun sapa paling kuat. Eleh, setakat bunyi mercun tu apalah sangat. Tak boleh lawan la bunyi guruh huhu. Tapi, nasib baik rumah aku taklah dekat sangat dengan masjid. Jadi, taklah mengganggu jemaah menunaikan solat. (walaupun realitinya tetap mengganggu jiran-jiran terutamanya yang ada anak kecil..kesian baby tak boleh tidur..)

Paling syok, bakar mercun dalam tempurung. Kalau meletup..fuyooo..bergema satu kampung..Tapi, kalau kena tangan, boleh bersepai isi-isi tangan.

Bercakap soal mercun, kesian jugak dekat tok imam dan jemaah yang nak sembahyang. Pertama, susah nak khusyuk termasuklah aku. Kedua, asyik terkejut. Silap ribulan, terkujur kat situ..ehe~

Kepada sesapa yang suka main mercun, insaflah..ingat-ingatlah sama orang yang nak sembahyang. Kalau gian sangat nak main pun, main mercun bawang sudah la...koman-koman,baling kat simen meletup jugak...

Kesian kat imam kami..
terserlah sifat ke'gangster'annya gara-gara bunyi mercun yang berkumandang.

~ekeke~

- Sabar ya tok imam -

0 comments: