CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 18, 2011

iKHLaS


Sejak kecil lagi mak selalu pesan kat aku..
kalau nak bagi sesuatu dekat orang..pastikan bagi dengan ikhlas walaupun hanya sekuntum senyuman..sebab apabila kita memberi sesuatu dengan ikhlas..orang yang menerima itu pasti akan merasainya..

Tentang ikhlas ni kekadang kita selalu pandang remeh..kita bagi sesuatu kat orang lain. Pastu, kita harap orang tu akan menghargai kita..padahal kita bagi tak ikhlas mana pun.bila orang tu tak menghargai kita dan apa yang kita lakukan..kita terus rasa kecik hati..

Ingat..sesuatu yang ikhlas pasti akan masuk ke dalam hati orang yang menerimanya..bukan setakat pemberian barang-barang, nasihat, teguran dan cinta pun harus diberi dengan ikhlas..ikhlas yang sebetul-betul ikhlas..

Adakalanya kita sedih kerana cinta kita tidak dihargai..padahal pernahkah kita terfikir..ikhlaskah kita mencintai dia?adakah kita mencintai dia hanya kerana rupa atau hartanya??
Setiap kali aku sedih dan merasakan orang yang aku sayang tidak menghargai aku..(sob~sob~)aku cepat-cepat cermin diri sendiri..ikhlaskah aku?

Adakalanya bila kita tolong kawan kita..pastu kawan kita take for granted ja..dan kita terus ungkit..marah-marah dan sakit hati..
tapi pernahkah kita terfikir..
padan la dia tak menghargai kita kerana kita sendiri tidak ikhlas melakukannya..

Bercakap pasal teguran atau nasihat..aku ambik contoh orang yang menegur aku kat facebook..dan adakalanya aku terima teguran itu dengan hati yang terbuka..sebab aku rasa teguran tu sangat sampai ke dalam hati aku..mungkin orang yang menegur tu ikhlas.
aku sangat percaya pada kata2 hati..kalau orang itu ikhlas dengan kita..pasti hati kita dapat rasa.

Sama jugak dengan pujian..kadang2 orang tu memuji kita berjela jela..tapi kita bleh rasa dia tak ikhlas puji kita..kadang2 orang tu puji kita dengan satu ayat ja..tapi masuk terus ke hati kita..

Adakalanya entry dekat blog aku ni..aku menulis dengan ikhlas..ada ketika aku menulis tentang hidup sampaikan air mata aku berjujuran..betapa aku ikhlas mahu berkongsi...(hehehe).
kalau2 ada entry yang masuk kat dalam hati sapa-sapa yang baca tu..tu tandanya aku menulis ketika hati sangat-sangat ikhlas..
tapi, kalau tak masuk kat dalam hati tu..tu tandanya aku menulis hanya sekadar nak update blog..simple~

Sebab tu aku nak sampaikan kat sini..ikhlas tu sangat penting..bukan pada kata2..ikhlas pada hati..buat sesuatu dengan ikhlas walaupun orang tak tahu..sebab orang yang menerima dengan ikhlas akan dapat merasakannya..

Suka aku nak share disini apabila kita sendiri ikhlas bersahabat dengan seseorang..ikhlas memberi dan menyayangi seseorang..pasti orang yang menerima itu dapat merasainya dan menghargai kita..

JIKA ENGKAU BERBUAT BAKTI KEPADANYA, DIA AKAN MELINDUNGINYA.

JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA, DIA AKAN MEMBALAS
PERSAHABATANMU.

JIKA ENGKAU MENGHULURKAN KEBAIKAN, DIA AKAN MENERIMA DENGAN BAIK.


JIKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN, DIA AKAN MEMBANTUMU.


JIKA ENGKAU MEMBERI SESUATU BANTUAN, DIA MENGHARGAI DAN MENYEBUT KEBAIKANMU.


JIKA ADA YANG TIDAK BAIK PADA DIRIMU,DIA AKAN MENUTUPNYA.

0 comments: