Hari ini dingin, sama seperti semalam.
Tapi hari ini berbeza dengan tiga hari yang lalu.
Berjalan seperti pelangi setelah hujan membasahi tanah kering, berwarna dan segar.
Berlalu seperti cahaya bintang di kala malam..
bergemerlapan, indah dan memberi erti.
Berhenti sejenak seperti embun di hujung daun..
>>>>> menanti saat yang tepat untuk melangkah pergi <<<<<
**************************
Hari ini masuk hari ke-9 aku jatuh sakit.
Bermula dengan sakit di bahagian perut ketika berada di Permatang Ara sampai terguling-guling, kemudian bergerak ke kepala hingga hampir pitam dan seterusnya demam + selesema sampai tak larat nak celik mata dan bersin tanpa henti.
Mata dan hidung turut berair hingga sesak nafas jadinya.
Mengalir tanpa henti dah macam tengok drama sedih. Sob~sob~
Mata putih dah tak seputih sebelum ini, agak kelabu dan kekuningan.
Tapi,kata kaklong, KUNING itu BERSIH.
wiwiwi
****************************************
Alhamdulillah,
bahagian dapur rumah dah hampir siap.
Dah siap lekat bata dan bubuh tingkap serta pintu.
Cuma perlu runtuhkan satu lagi bahagian untuk buat pintu sebelah kiri, plaster dan tukar bumbung. Lepas tu, nak sapu cat, hampar tikar getah baru dan susun semula barang-barang.
Tak susah sangat nak buat rumah.
Cuma perlukan kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah nak 'membina' berbanding 'meruntuhkan'.
Nak bancuh simen,perlukan kesabaran. Bancuh simen bukannya macam bancuh air oren.
Nampaknya, tukang rumah dulu-dulu memang seorang yang sangat penyabar.
Buat rumah memerlukan seni yang sangat halus dan teliti.
Zaman sekarang kebanyakannya orang lekat bata. Sapu dan lekat dan ulang semula proses hingga tamat. Berbanding tukang dulu-dulu, rumah dibina menggunakan kayu. Berdasarkan pemerhatian aku, setiap kayu ada ukiran yang tersendiri. Nak gergaji, nak paku...oh....sangat dahsyat.
Untuk meruntuhkan bahagian dapur rumah,
bukanlah terlalu mudah seperti yang kufikirkan sebelum ini.
Perlu kopak beberapa bahagian, cabut paku satu persatu dan keluarkan kayu serta papan yang ditindan berselang-seli.
Sangat penat !
******************************************
Lupakan seketika tentang rumah.
Hemm..baru-baru ini, aku kehilangan kamera. Sedihnya. Terasa sedih sangat. Sebab , gambar rumah lama ada dalam memori kad. Proses-proses pembinaan rumah pun ada dalam tu, belum sempat transfer ke ext. hard disk.Tapi, takpalah nak buat macam mana. Bukan rezeki aku agaknya.
****************************
Sekarang,
dah masuk bulan ramadhan.
Alhamdulillah, puasa dan tarawikh masih mampu kuteruskan.
Adakalanya,
aku sedar.
Berfikir sejenak tentang diri sendiri.
Ada 'benda' dan 'perkara' yang Allah 'hilangkan' dalam hidupku.
Namun, tatkala diri diuji, aku dapat rasakan diriku menjadi semakin tabah dalam mengharungi hidup ini. Dan, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik (mungkin sesuatu itu diluar jangkaanku)
Ya, aku bukanlah ahli sufi yang sentiasa tabah dan tak pernah goyah tatkala diri diuji bertubi-tubi. Namun, semakin ku diuji, hatiku semakin tenang kerana ujian yang diberi tandanya Allah masih 'memerhatikan' diriku dan Allah menyayangiku.
Alhamdulillah,
walaupun aku hamba yang sentiasa melakukan kesalahan namun diriku tetap dalam 'pemerhatian-Nya'.
Semoga perjalanan hidupku sentiasa dalam redha-Nya.
Insyaallah.

2 comments:
saya takut Allah benci diri ini..terlampau banyak dosa yang saya lakukan...dan adakalanya berulang kali...
Allah tu kan Maha Penyayang...pernah ka dengar Allah Maha Benci?xdak kan?dalam hidup ni,sangat mudah untuk kita tergelincir....sentiasa la doa mohon dikuatkan iman dan sentiasa berada dalam langkah yang diredhai-Nya..ada org pesan kat kakliza,banyakkan solat taubat...insyaallah pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba2-Nya...
Post a Comment