CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 26, 2011

Di PeNGHuJuNG RaMadHaN...


Hari ni dah 26/8/2011.
Dah tak lama dah nak raya..Saat-saat penghujung ramadhan ni terasa agak sayu..Sedih nak tinggalkan ramadhan walaupun kekadang terasa letih sebab bekerja sambil berpuasa. Ramadhan kali ni banyak mengajarku erti kesabaran terutamanya gagal dalam MISI yang benar-benar diharapkan..hehehe.

Alhamdulillah, sehingga hari ni aku mampu berpuasa penuh 26 hari..dan setiap malamku diisi dengan solat sunat tarawih di masjid. Syukur sangat sebab tahun ni dapat pi masjid waktu malam sebab dapat excuse untuk bekerja pada waktu malam. Semua tugasan boleh bawak balik rumah dan diserahkan secara berperingkat. Bulan ni sepenuhnya jasadku berada di Kedah (^-^)

Sepanjang 26 malam menghadiri solat sunat tarawih di masjid (ponteng 3hari sebab demam(1hari), hujan lebat(2hari) ), kesimpulan yang aku mampu buat ialah para jemaah sukar untuk BERSATU. Hal ini dapat dilihat berdasarkan pengisian saf. Kebanyakan jemaah suka duduk saf belakang (walaupun datang awal dan nak buat penuh solat tarawih). Sedangkan jemaah yang nak buat 8 (mungkin ada yang terdesak contohnya aku hehehehe) terpaksa penuhkan saf depan. Tapi, bila dah habis solat dan nak keluar, mulalah para jemaah lain marah-marah. Kadang-kadang hairan juga..tertanya-tanya..kenapa taknak duduk saf depan?

Itu satu masalah..Satu lagi masalah, bila imam dah niat untuk solat isyak, walaupun saf depan masih ada ruang kosong..tapi masing-masing berkeras nak duduk di tempat yang mereka dah duduk. Taknak ubah walaupun kosong. Waktu tu la, jemaah yang duduk belakang cuba ke depan untuk penuhkan saf depan.

Sekiranya dalam hal ni pun masing-masing berkeras dan taknak bersatu, apatah lagi diluar sana??? Persoalan inilah yang kerapkali berlegar-legar difikiranku tatkala melihat situasi sebegini.

Apapun, dikesempatan ini, aku ingin ucapkan Salam Akhir Ramadhan, Salam Kemerdekaan dan Salam Lebaran buat semua muslimin dan muslimat seluruh negara.

Semoga berbahagia di hari lebaran dan semoga ibadah puasa yang dilakukan mendapat seribu satu keberkatan dan diampunkan segala dosa yang telah kita lakukan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Tulus Ikhlas:
Nurul Azliza Nordin.

0 comments: