CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 1, 2009

WIRAku Lari Gagah Berani

Hai blog.
Hehehe...
Maaf ye blog sebab lambat update.
Semalam,
tuanmu pi menyembang dengan blog yang lagi satu sampai terlupa pulak janjiku nak update tentang kisah hari ketiga exam kat sini.
Hmm..
Hari ketiga exam kan blog,
waaaaahhhhhh...
best...!!!
Pukul 11.20 pagi,
aku dan Ain keluar dari bilik menuruni anak tangga macam biasa la.
Kalau tangga tu ada mak, ayah, kakak, abang, adik, pakcik ke makcik ke...
kami ni pasti akan menuruni pakcik-pakcik tangga jugakla..
sebab bilik kami ni letaknya di atas bukit.
Tiada cara lain untuk turun ke bawah selain menggunakan tangga yang telahpun disediakan sejak zama berzaman.
Terima kasihlah kepada buruh binaan yang buat tangga tu ya.
Lepas tu,
bila sampai kat TSS,
dah nampak la muka Wan Asma yang sedang menunggu kami.
Jadi,
kami bertiga pun berjalan la menuju ke DECTAR untuk menduduki exam SKKC 3123 Pengurusan dan Persembahan Estetik.
Hhuhuuhu..
Takut juga nak jawab exam.
Sepanjang perjalanan kami ke DECTAR,
jantungku ni dah berdegup pantas dah sebab takut tak boleh nak jawab exam nanti.
Takut juga kalau-kalau ditanya tentang MCP lagi.
Hehehehe.
Tapi kan blog,
masa berjalan tu kan,
wahhhh seronoknya...
perasaan gigil ni terubat sedikit apabila melihat WIRA AEROBACK menyusur laju dengan megahnya di jalan raya.
Jadi,
aku pun kira la berapa banyak WIRA AEROBACK yang kujumpa sepanjang perjalanan menuju ke DECTAR.
Macam-macam warna ada...
Cantiknya..
Sukanyaaaa.....
Sampai la di suatu ketika,
Wan tanya soalan apa entah kat aku..
tapi aku langsung tak dengar..
sampai Wan hampir marah la jugak kat aku sebab dah ulang banyak kali tapi tetap tak dengar.
Hehehehehe.
Bukannya apa,
aku terlalu asyik mengira WIRA kesayanganku..
Hehehe
Bila sampai DECTAR,
sebanyak 29 buah WIRA AEROBACK yang aku jumpa.
Lepas tu,
terus aku masuk dewan dan jawab soalan.
Bila baca saja soalan exam tu,
wuwuwuwwuwu...
bahagian A agak menggigilkan tubuhku.
Tetiba saja aku tak tau apa yang aku nak jawab.
Jadi,
aku jawab la soalan di bahagian B dulu dan diikuti dengan bahagian C.
Dah selesai menjawab bahagian B dan C,
aku berpatah balik kepada bahagian A.
Puas juga aku fikir apa yang aku nak 'goreng'.
Hehehehe.
Sambil 'menggoreng'.. sambil aku tersenyum simpul..
Hahaha
Tuanmu ni memang macam tu,
kalau nak temberang tu mesti nak tergelak dulu.
Pastu baru la dapat temberang dengan tenteramnya.
Heeeee
Tapi kan blog,
masa nak jawab bahagian C,
sekali lagi tuanmu nak tergelak sebab masa tulis jawapan tu,
tuanmu terpaksa menggunakan perkataan 'studio'..
hahaha..
macam nak tergelak pulak sebab tetiba saja rasa 'studio' tu nama seseorang..
Maka,
sekali lagi fikiran tuanmu ini melayang mengenangkan 'seseorang'..
sambil ketawa perlahan-lahan sambil menulis menggunakan 'perkataan' tersebut sampailah selesai.
Alhamdulillah...
Dapat juga selesaikan kesemua soalan walaupun tak pasti la 'gorengan' tuanmu ni bertepatan atau tak dengan selera Dr Asiah Sarji..
Hehehehe...
Lepas tu kan,
aku pun keluar la dewan..
Aku dan Ain berjalan pulang ke Kolej Amin..
(Kolej mana lagi kami nak pi.. kan..kan..)
Masa perjalanan pulang,
sekali lagi aku menyambung kiraan jumlah WIRA kesayangan.
Bila sampai saja kat Amin,
jumlah WIRA yang aku temui sepanjang hari semalam adalah sebanyak 49..
Puas aku perhatikan ke kanan dan kiri agar dapat menggenapkan ia menjadi 50 sebelum aku sampai ke bilik.
Malangnya,
dah tiada lagi WIRA kesayangan yang lalu kat depan atau belakang aku waktu tu.
Hmmm...
Tercari-cari aku 1 lagi WIRA tambahan yang bertuah tu.
Tapi,
tetap tiada juga.
Apapun,
aku pulang ke bilik dengan hati yang gembira kerana telah bertemu dengan WIRA kesayanganku sepanjang hari...
Tu je la ceritanya.
Hehehehe

Wednesday, April 29, 2009

Satu bintang di langit kelam

Hai blog.
Hmm..
Sekarang dah pun pukul 4.15 pagi..
Hmmm..
Sebenarnya, apa aku nak tulis ni???
Tiada apa-apa yang istimewa.
Sekadar bercerita segarkan minda.
Tadi kan,
lebih kurang pukul 9.25 malam,
aku teringin sangat nak tengok bintang.
Jadi,
aku minta Ain temankan.
Kami keluar dari bilik lebih kurang pukul 9.25 malam.
Kami berjalan kaki menuju ke jalan belakang Amin.
Penat juga mendaki bukit di tengah malam camni..
Jalan yang berbukit-bukau lampunya kurang.
Agak gelap sedikit dan juga menyeramkan.
Kata orang (walaupun aku tak tau sapa yang kata sebenarnya)
"berdua lebih baik"..
ya betul..!!!
memang pun berdua lebih baik.
Kalau seorang,
hehehehe..
tak beranilah aku nak mengembara di tengah malam camni.
Puas kami mencari bintang..
Malangnya,
satu bintang pun tak muncul malam ni.
Entah kemana ia menyepi..
Selalunya,
bertaburan bintang berkerlipan di angkasa sana.
Dekat bilik pun dah boleh nampak cahayanya..
Hmmm..
sedihnya..
tak capai juga hajatku nak tengok bintang..
Lepas tu,
disebabkan memang tiada bintang walaupun satu di langit kelam,
aku dan Ain teruskan perjalanan mendaki bukit yang suram..
Huhuhu..
takut juga sebenarnya..
sebab kami berjalan di dalam hutan..
kesian Ain..
selalu aku buat dia macamni..
hehehehe..
Mujur Ain tu jenis yang sporting..
Ikut je aku tanpa banyak bicara..
Tapi,
seronok juga rupa-rupanya berjalan di kawasan bukit pada waktu malam..
angin malam terasa begitu dingin..
Tapi kan,
bila sampai kat atas bukit,
tetiba rasa macam dingin semacam..
jadi, kami pun cepat-cepat la patah balik untuk pulang ke bilik..
huhuhu..
laju juga kami jalan..
rasa macam lain macam je..
tunggu apa lagi..
pakat lawan lari sambil tarik tangan masing-masing..
hehehehe
Sampai kat bilik,
terasa lenguh pulak kaki ni..
terus sapu minyak angin..
Dah puas sapu minyak angin,
kami pun sambung study..
Itu je la sebenarnya aku nak cerita..
Hehe.
Boring kan?
Haha.
Kesian hang blog..
menjadi mangsa tuanmu yang boring ni untuk bercerita..
Hmm..
Tapi kan blog,
sedihnya tak boleh tengok bintang..
wuwuwuwu
Semalam kan,
aku ada bermimpi..
mimpi tengok bintang di langit..
cantik sangat..
bersinar-sinar dan bercahaya terang..
dan bintang-bintang tu telah menghasilkan satu ayat al-Quran..
masa mimpi tu,
aku ada baca ayat tu sambil memandang ke arah langit..
tapi, bila dah jaga..
terus terlupa apa ayat yang aku baca..
hmmmm...
ayat apa agaknya???
sampai sekarang aku masih memikirkannya..
Beberapa hari yang lalu,
aku bermimpi seorang lelaki berjubah putih datang jumpa aku..
sambil senyum dia bawa aku pergi..
Pergi mana entah la..
Belum sempat aku sampai ke destinasi yang dibawa..
mata aku dah tercelik dengar bunyi azan..
tak sempat aku nak ber'dating'..
hehehe
Hmm..
sebelum ni pun aku ada mimpi..
mimpi arwah seseorang datang sambil senyum kat aku..
aku pun balas la senyuman dia tu..
moga-moga rohnya tenang di sana..
aminnn...
Huhu..
sejak beberapa hari ni,
aku asyik mimpi yang pelik-pelik saja..
Jadi,
untuk mengelakkan aku bermimpi lagi..
sebab tu la aku tak tidur malam..
hehehehe...
Hmm..
sebenarnya kan blog..
ada beberapa perkara yang aku teringin nak buat..
Hmm..
aku teringin nak memancing di sungai..
airnya yang sejuk...sambil menikmati suasana hutan..
waaaa... seronoknya...!!!
Lagi kan..
hmmm..
kalau bila aku bangun pagi,
tiba-tiba aku dapat hadiah..
bila celik je mata,
ada hadiah kat tepi katil aku..
waaaaaaaa....
bertuahnya rasa..
Lagi,
emmm..
aku teringin nak makan chicken chop..
hahaha..
dah lama kempunan..
emmm..yummy !!!
Lagi,
emmmm...
apa ya???
Emm..
dah la..
tetiba rasa macam tak larat pulak nak senaraikan..
Babai blog..
Sekian, wassalam

Monday, April 27, 2009

Ohooo.. Keris Mas tuuuuu....

Hai blog.
Hmm..
Hari ini merupakan hari kedua aku menduduki peperiksaan akhir UKM..
Oho..
pelbagai dugaan terpaksa kutempuh demi menjejakkan kaki ke Bilik Seminar Keris Mas, yakni tempat peperiksaanku bakal berlangsung..
Tepat jam 11 pagi,
aku yang secara tak sengajanya telah melakukan suatu kes pembunuhan di bilikku..
Ain, rakan sebilikku masuk ke bilik air.
Aku pula masuk ke bilik untuk bersiap.
Tatkala keluarnya Ain dari bilik air,
kedengaran satu suara memanggil namaku..
"Liza !! Liza !!"
"Haih..
apa pula si Ain ni nak.."
Bisikku di dalam hati.
"Liza... tu.. tengok tu..!!!"
Hahahaha..
Oh, tidak !!!
Seekor cicak kobeng yang kepalanya telahpun kemek melekat di celahan pintu bilikku.
Darah beku masih merah di situ.
Huhuhu
Ain yang kegelian mula la suruh aku angkat mayat cicak tu untuk dikebumikan.
Ain tu memang...
Kalau benda2 yang geli geleman ni semua dia serah kat aku..
Kalau nak cuci tandas ke, nak bersihkan sinki yang tersumbat ke,
memang semua tugas tu diberikan kepadaku..
Tapi,
kalau nak sapu bilik ke,
nak mop lantai ke..
kerja tu semua..Ain la yang buat..
Hmm..
jadi, aku pun apa lagi..
terpaksa la ambil masa sikit untuk mengeluarkan mayat cicak yang tersepit di pintu bilik tu..
Kesian sungguh la..
tapi nak buat macam mana..
ajal dah tiba agaknya.
Tepat jam 11.08 pagi,
pengebumian cicak pun selesai..
aku dan Ain melangkah keluar dari bilik menuruni anak tangga untuk ke hentian bas.
Tapi,
bila sampai saja kat bawah,
bas langsung tak ada.
Haih,
tak boleh jadi ni.
Dah pukul 11.10 pagi.
Aku dan Ain saling berpandangan.
Nak tunggu kat sini atau nak jalan kaki???
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjalan.
Tiba di FSSK,
jam menunjukkan pukul 11.15 pagi..
Huhuhuhu..
gelabah sungguh aku dan Ain waktu tu..
Kami berjalan punyalah laju..
terasa sengal kaki ni..
betis kering ni rasa macam sakit je..
tapi, exam punya pasal..
kami tetap jalan juga..
Masa kami tiba di depan FSSK,
Ain bercadang nak naik tangga Ibu Zain untuk shortcut..
tapi, malangnya kami bukannya tau jalan..
buat sesat dalam hutan..
lagi la tak pasal-pasal exam dengan simon kan???
Jadi,
kami pun apa lagi..
tetap teruskan perjalanan tanpa henti..
Masa kami tengah berjalan,
sempat lagi kami gelak kat Pak Arab yang naik 'tenggiling'..
hehehee..
padahal.. diri sendiri tak sedar hanya jalan kaki..
tenggiling2 pun, cepat lagi sampai dari kami ni..
Lepas tu,
kami berjalan dan terus berjalan..
Setibanya kami di hentian bas FSSK,
ada la bas Zon 2 berhenti kat situ..
Mulanya, kami nak naik..
Tapi setelah berfikir panjang..
Kami tak jadi..
Sebab bas Zon 2 nak pergi Zaba..
Oho..
kalau naik, lagi la tak pasal-pasal menangis tanpa henti..
Elok-elok dah sampai FSSK..
sengaja cari pasal nak patah balik ke Zaba di hujung dunia tu..
huhuhu..
Jadi,
kami pun teruskan perjalanan kami..
Berjalan dan terus berjalan..
Kami pandang kanan dan juga kiri..
wuwuwuwu..
semua naik motor dan kereta..
hanya kami yang berjalan kaki..
semua bawa laju-laju..
kami yang jalan kaki ni cuma boleh merasai asap hitam je yang berterbangan kat udara tu..
Sampai di hadapan Rahim Kajai..
jam dah pukul 11.30 pagi..
Kaki ni dah naik lenguh berjalan tanpa henti..
belakang baju ni pulak dah basah macam orang yang baru mandi..
Nafas pun dah tercungap-cungap dah..
Ain kata kepala dia dah pening..
Dahaga tekak ni kering saja rasa..
Apa tidaknya..
Tengahari camtu rajin nak berjoging..
Panas terik lagi la tak tau nak kata apa..
Aku kata kat Ain,
Takpa Ain, jom kita teruskan juga perjalanan kita ni..
Dah nak dekat dah tu..
Sambil berpandangan,
masing-masing gelak kat diri sendiri..
ni semua cicak punya pasal la tu..
mati pun kat pintu bilik kami..
mati la kat tempat yang strategik sikit..
haih...
Jam dah pukul 11.35 pagi,
masih lagi dalam kawasan Rahim Kajai..
sejurus kemudian,
kelihatan Zilla dan Hindun lalu di sebelah kami..
memecut laju menaiki motor..
meninggalkan kami di belakang..
kesian..
Selang beberapa minit kemudian,
kelihatan kereta kak Salmi pula yang memecut laju..
tinggal la kami lagi yang berjalan..
wuwuwuwuwu..
Waktu tu,
sedih sangat..
terasa macam kami ni kerdil sangat..
3 tahun dok UKM..
bukan kata motor,
basikal pun kami tak mampu beli..
Lepas tu,
tiba di hadapan DG,
jam dah pukul 11.40 pagi..
masa tu, memang penat sangat..
dah penat tahap apa tak tau la..
tiada perkataan untuk menggambarkannya..
Masa tu,
aku nak tahan je kereta sesiapa yang lalu lalang..
takut tak sempat nak ke Keris Mas..
Tapi,
Ain kata dia segan..
setiap kali aku nak angkat tangan tahan kereta orang,
Ain mula la gelak kat aku..
aku pun tak jadi la nak teruskan niat aku tu..
malu la juga rasanya nak buat macam tu..
huhhuhu
Lepas tu,
Ain yang keletihan sangat ni suruh aku berhenti dulu.
sebab kepala dia dah pening..
Tapi,
disebabkan jam dah pukul 11.42 pagi..
aku tarik juga tangan Ain untuk berjalan..
asalkan berjalan tanpa henti,
perlahan-lahan pun takpa..
janji tetap berjalan..
jangan sesekali berhenti..
takut nanti tak sempat nak sampai..
Maka,
kami pun teruskan perjalanan..
masa kami nampak bangunan buruk Keris Mas yang terbengkalai tu,
rasa macam nak melompat saja..
tapi, waktu tu pun,
kaki ni dah rasa macam tak pijak tanah..
kaki ni macam automatik pulak berjalan tak boleh nak henti..
rasa macam tak boleh nak control kaki ni..
penat woooo..
Lepas tu,
kami pun jalan dan jalan..
Tepat jam 11.45 pagi,
kami tiba di hadapan Kolej Keris Mas..
Masa tu,
elok-elok kami sampai..
dengan peluh yang membasahi pipi dan semua anggota tubuh ni..
kelihatan sebuah kereta Gen 2 parking kat depan kami..
Oho..
budak-budak media satu kelas dengan kami..
Waktu tu kan,
ish...tak tau la nak kata apa..
lagi la rasa yang kami ni kerdil sekerdil-kerdilnya..
apa yang kami boleh buat..
sekali lagi kami gelakkan kat diri sendiri...
Dengan peluh yang mengalir tap..tap..
kami pergi mencari Bilik Seminar..
dan kami terus masuk untuk menjawab peperiksaan...
Fuh..
bila duduk saja dalam dewan yang ada air-cond tu..
nyaman...aman...tenteram...
tapi, kaki ni mula la rasa sengal semacam..
Hmm..
sempat juga kami sampai tepat pada waktunya..
Lepas tu,
bila balik,
kami dah bertekad..
kalau kena tunggu bas 2jam pun kami sanggup..
asalkan kami tak lagi berjalan..
Tapi,
ada pula bas waktu tu.
Kami pun naik la bas sampai ke FSSK sebab kami ada hal sikit nak ke pejabat MENTION.
Masa pergi pejabat kan...
hehehehe..
terserempak dengan abang Mie..
hehehehe..
sukanya..lama tak jumpa..
hahahaha
Lepas tu,
pergi jumpa Kak Liza..
hehehe..
Kak Liza dah selamatkan aku daripada 'dibaham' dengan Dr Mus..
hhuhuhu..
Nasib baik Kak Liza ada..
kalau tak,
mati la aku nak kena present Kertas Projek tu..
Alhamdulillah..
itu la..
aku ni..selalu saja bernasib baik..
hehehe
syukur....
Lepas tu,
disebabkn perut ni tak tahan sangat dah..
tekak ni pula dahaga..
aku dan Ain singgah makan di PUSANIKA.
Dah kenyang,
kami berjalan pulang ke bilik.
Masa berjalan tu,
kami pun mula la bersembang tentang angan-angan kami nak beli kereta..
dan kereta pilihan aku..
macam biasa la..
WIRA AEROBACK dan HYUNDAI GETZ
warna silver..
Ain pula suka kereta SWISS..
warna merun..
hehehe..
sepanjang kami berjalan kaki nak balik Amin..
macam-macam kami sembang pasal kereta idaman kami ni..
Ain pun ada cakap..
kalau aku diberi pilihan sama ada untuk memilih WIRA atau HYUNDAI..
apa yang aku nak beli..
Huhuu..
aku pun tak tau..
sedihnya..
kalau aku terpaksa buat keputusan sama ada nak ambil WIRA atau HYUNDAI..
mesti aku menangis tak tau nak buat keputusan..
sebab kedua-duanya aku suka..
(tapi,macam la aku ni ada duit nak beli kan? hahaha)
Tapi kan,
sedar-sedar je kami dah berada di hadapan Amin..
hmmmm..
sekali lagi kami ketawakan diri kami sendiri..
berangan je lebih..
last-last naik kaki jugak..
huhuhu..
Jadi,
disebabkan kami ni dah penat sangat nak gelak kat diri sendiri..
kami pun hanya memerhatikan kereta yang lalu lalang tanpa bersuara lagi..
Akhirnya kami tiba di bilik lebih kurang pukul 3.30 petang..
Kami sembahyang zohor dan rehat sebentar.
Ain tengah tidur tu..
Aku ni pula,
hehehehe...
ni la kerja aku..
update blog kesayanganku !!!
Sekian, wassalam

Saturday, April 25, 2009

Aku dan U3 !!!


Hehehehe...

Hai blog.

Petang semalam kan,
aku dah mula menjejakkan kakiku ke DG untuk jawab exam..

Subjek U3..

Hehehehe..

Oleh sebab aku ni diserang virus demam yang degil takmau lega..
Jadi, aku terpaksa la bungkuskan badan aku demi menjawab juga exam tu..

Aku bawa kain selimut tebal warna oren dan aku bungkuskan semua anggota badan..
aku cuma tinggalkan ruang untuk tangan saja...
yang lain, semua aku bungkus..
macam buah nangka pun ada..
hahahaha...

Malunya muka aku..

Semua orang pandang aku waktu tu..
tapi aku buat muka sekupang..
hehe

Muka aku merah sangat waktu tu..
entah sebab apa entah..
mata aku ni pulak dah lebam..
macam burung hantu ja aku rasa..
tangan aku ni pula berbalut dengan kain putih..
sebab doktor dah cucuk tangan aku..
macam zombi ja aku rasa diri aku ni..
hehehe

Tapi,
apa boleh buat..
Exam punya pasal..
selimut pun selimut la..
janji aku dapat hadirkan diri juga..
dengan terketar-ketarnya..
seakan-akan seperti seorang nenek tua..
sambil memegang pensil kayu..
aku tandakan juga jawapan..

Tapi kan,
masa tengah menjawab soalan nombor 12..
tetiba ja aku rasa macam nak tergelak..
entah kenapa entah..
puas aku kawal perasaan aku ni..
akhirnya, berjaya juga..
aku tak jadi gelak.
aku cuma senyum simpul je..
tapi, lama juga aku terpaksa melayan senyum aku tu..
dalam 5 minit macam tu..
pastu baru aku dapat sambung jawab soalan balik dengan tenang..

Lepas tu kan blog,
masa aku tengah jawab soalan nombor 27..
tetiba aku mengantuk sangat..
asyik menguap dan kepala tersengguk-sengguk..
puas aku geleng-geleng kepala ni..
tapi rasa macam dah nak lali nak tido..
nak pusing-pusing pun tak boleh sebab aku ni dah berbungkus..
haih..letih...letih...

Lepas tu,
masa tengah jawab soalan nombor 38,
aku tetiba terkenangkan seseorang..
nak tau tak sapa dia?
haaaa...
ni la orangnya...
Entah macam mana entah tetiba terkenangkan hero korea ni..
Jadi, aku pun tersengih la kejap sambil mengenangkannya..
Dah puas aku kenangkan dia..
Aku sambung balik jawab soalan periksa..

Lepas tu,
aku dapat jawab la soalan peperiksaan aku tu sambil la ke akhirnya..

Alhamdulillah..
Boleh juga aku jawab walaupun macam-macam dugaan yang terpaksa aku tempuh demi menyelesaikan kesemua soalan..

Amin..
Sekian,wassalam


Abah


Abah..
Abah ingat tak?
Masa kecil-kecil dulu,
mak kata...
abah yang mengasuh kakngah..
sebab mak kena tahan dekat wad..
masa mak lahirkan kakngah..
Jadi,
abah yang bagi kakngah minum susu..
mak kata..
abah beli susu yang paling mahal waktu tu..

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kecil-kecil dulu..
kakngah suka tengok tarian naga masa Tahun Baru Cina..
tapi kakngah takut nak tengok..
Jadi,
abah dukung kakngah ke simpang jalan..
abah bawa kakngah pergi tengok naga menari..
waktu tu, kakngah suka sangat..
sebab kakngah dah tak takut dah..

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kakngah darjah 4 dulu,
abah larang kakngah mandi sungai..
sebab sungai tu ada lintah..
sungai tu pula ada batu tajam-tajam..
tapi kakngah mandi juga..
akhirnya kakngah balik dengan luka dan calar-calar di badan..

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kakngah darjah 5 dulu,
abah larang kakngah main dengan budak laki..
tapi kakngah main juga..
kakngah balik waktu senja..
muka comot..baju kotor..hitam legam..
abah marah-marah..
tapi kakngah buat tak kisah..
kakngah tersengih tak kata apa-apa..

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kakngah darjah 6,
abah larang kakngah main dekat bendang..
tapi kakngah tetap main juga..
akhirnya kaki kakngah terseliuh tak dapat nak jalan..
kawan kakngah panggil abah kat rumah..
abah datang dengan muka garang..
tapi akhirnya abah dukung kakngah bawa balik ke rumah..
satu minggu kakngah tak pergi sekolah..
sebab kaki tak boleh jalan..
abah cari orang ubatkan kakngah..

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kakngah darjah berapa entah..
abah larang kakngah main kat hutan..
tapi kakngah degil main juga..
akhirnya kakngah kena gigit dengan tebuan..
tapi kakngah tak beritahu abah..
kakngah pergi rumah sebelah..
kakngah minta dia sapukan minyak angin..
bila balik..kakngah buat muka sekupang..
hehehehe

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kakngah darjah berapa entah..
abah larang kakngah panjat pokok..
tapi kakngah panjat juga..
kakngah panjat pokok kabu..
sampai kat atas dahan patah..
kakngah jatuh atas kawad berduri..
huhhuhu..sakit sangat masa tu..
tangan dan kaki habis berdarah..
tapi kakngah tak beritahu abah..
kakngah pergi rumah tok..
kakngah minta dia balut..
bila balik rumah..
kakngah jalan dengan steady..
hehehehe

Abah,
Abah nak tau tak?
Dulu, abah pernah bawa balik buah manggis..
ada satu manggis tu kakngah suka..
tapi abah ambil dekat abah..
bila kakngah berebut nak manggis tu..
abah ambil dan terus makan..
sejak hari tu sampai sekarang..
kakngah tak pernah makan buah manggis dah..
sebab kakngah tak boleh nak telan..
bila abah bawa balik manggis sekarang ni..
selalu abah paksa kakngah makan..
tapi kakngah tetap tak makan..kan?
abah selalu sedih sebab abah kata..semua salah abah kan?
hehehehe
itu la..kenapa abah berebut dengan kakngah?
kenapa abah makan gak manggis yang sebiji tu?
sampai sekarang dan buat selama-lamanya kakngah takkan makan manggis lagi..
sebab bila kakngah tengok manggis..
kakngah akan sebak..
huhuhu..
manggis yang sedih..

Abah,
Abah nak tau tak?
Sebenarnya..masa kakngah sakit tak sedarkan diri dulu tu...
kakngah tak boleh kata apa-apa..
tapi kakngah masih boleh dapat rasa apa yang terjadi..
kakngah masih boleh dengar suara abah..
kakngah tau abah yang dukung kakngah masuk dalam kereta..

Abah,
Abah nak tau tak?
Sehari sebelum kakngah koma,
abah marah kakngah kan?
dan masa kakngah berada di hospital,
abah datang melawat sambil bawa hadiah..
abah kata, hadiah tu kawan abah yang bagi..
tapi sebenarnya kakngah tau abah tipu..
hadiah tu abah yang beli sendiri..

Abah,
Abah nak tau tak?
Kakngah nak buat pengakuan..
Sebenarnya kan abah..
burung merbok abah tu bukannya dicuri orang..
tapi kan..
masa kakngah balik rumah bulan 1 hari tu..
kakngah kesian tengok dia terkurung dalam sangkar tak berteman..
jadi, kakngah panjat tingkap dan kakngah lepaskan..
huhuhuhu..
ampun ya abah..
kakngah suka tengok burung terbang..
sebab tu kakngah lepaskn burung tu tanpa pengetahuan abah..

Abah,
sebenarnya kan..
kakngah sayang kat abah..
tapi kakngah tak boleh nak ucap secara berdepan..

Semua orang cakap muka kakngah macam muka abah..
muka kita nak sama..
sebab tu kita selalu tak sefahaman..

Abah,
maafkan kakngah ya abah..
lepas ni, kakngah janji kakngah akan jadi anak yang baik..
tapi, kalau ter'jahat' sikit tu..
hehehehehe..
maafkanlah kakngah ya..
kakngah cuba...

Hmm,
abah nak tau tak?
kakngah suka sangat..
sebab tahun lepas kita semua pergi sembahyang raya sama-sama..
tahun ni boleh tak kita pergi lagi bersama-sama agaknya?



Tuesday, April 21, 2009

Penyiasatan Bemula.....!!!!



To find the TRUTH...

You must BELIEVE....

Demam exam kini kembali..!!!

Di dalam kesibukan nak study,
sempat lagi aku nak membuka satu file baru yang langsung tiada kena mengena dengan soalan yang bakal ditanya di dalam kertas subjek-subjek yang telahpun aku daftarkan sejak awal semester dahulu.

Sengaja aku nak buat kerja tambahan ni.
Hehe.

Dah la,
nanti aku sambung tulis lagi.

Ada hal ni.
Tata titi ..
Tak titik kali ni..
heeeeeee

Aku dan 2.15 pagi


Hai blog.
Hehehehehehe.

Sebenarnya,
aku tengah study ni.
Tapi, macam letih pulak.

Dah rasa macam nak termuntah bila study lama-lama camni.
(walaupun study tak habis lagi.wuwuwu)

Jadi,
bila dah penat camni,
nak berehat seketika untuk 'bertemu' dengan studio tercinta.

Sambil-sambil tu,
aku tengah menenangkan fikiran aku dengan mendengar
"Solatullah Salamullah"
Tenang ja rasa...

Haih,
tadi kan blog,
ada orang kena histeria.
Tu ha kat depan bilik aku.
Lebih kurang pukul 1 pagi tadi.
Ish..aku yang duduk sorang ni lagi la seram.
Musim-musim exam camni,
macam-macam benda pulak yang jadi.
Haih...
Apa la nak jadi.

Lepas tu kan,
tadi masa aku keluar pi tengok,
pastu bila aku nak masuk bilik,
entah sapa entah gantung 'hadiah' kat tombol pintu aku tu.

Siap berbalut cantik lagi.
Kotak kecik ja tak besar mana.
Tapi cantik.
Bila aku buka,
kosong ja...
HUHUUHU.
Terus aku buang dalam tong sampah.
Takut aku nak bawak masuk dalam bilik.
Terus aku masuk bilik.
Kunci pintu sekunci-kuncinya.

Haih,
takpa...cubaan..
biasalah..
dok sorang macam ni,
macam-macam benda nak menguji aku.

Takpa Liza,
relax...cool..cool...

Tapi kan blog,
Bila dok sorang-sorang lama camni,
tetiba aku terfikir sesuatu..
alangkah indahnya kalau ada sesapa yang sudi menjadi penyeri hidupku..
menemaniku di malam yang sepi ni..
heeeeeeee...
malam ni kan,
katak pun tak bunyi..
agaknya, dia sakit tekak kot macam aku ni.
sunyi..sepi..sendiri..

Em,
sememangnya hidup aku amat sunyi sekarang ni..
semua dah pakat balik kampung..
tinggallah aku sorang kat sini..
kawan-kawan yang lain,
semua dok kolej jauh..
kalau tak, boleh aku pi jumpa depa.

Mujur juga bilik aku ni dekat ngan jalan,
sekurang-kurangnya boleh juga aku tengok motor dan kereta yang lalu lalang,
dah sunyi sangat tak tau nak tengok apa dah.
Motor dan kereta pun jadilah....

Pastu kan,
bilik aku ni berdepan ngan gelanggang badminton.
Petang-petang,
sesekali aku dok menjerling gak pemain-pemain badminton yang turun padang.

Kadang tu, rasa gak nak pi main sekali.
Tapi tak bestlah..
sebab aku tak kenal pun pemain-pemain tu semua.
segan pulak tetiba masuk gelanggang.
wuuwuwu

Lagi kan,
em..aku ni malas nak berchatting..
kadang tu,
aku bukak ja YM tu..
tapi kalau orang YM,
aku tak balas pun..
hahahahaha..
(sori..memang sengaja)

Sebab tu la aku suka invisible.
Kalau ada benda-benda penting ja aku balas.
Buat sesiapa yang dah terkena tu..
Ampun ye...huhu

Em,
tadi kan...
disebabkan dah lama aku tak mengaktifkan pingbox aku tu,
jadi, aku pun sengaja la meng'available'kan diriku kat situ.

Pastu,
entah sapa entah masuk.

Heran sungguh la..
setiap kali orang masuk,
mesti akan keluar nama Guest..

Dan,
orang tu pulak takmau nak perkenalkan diri dia.

Jadi,
aku pun tak layan la.

Tapi,
hamba Allah tadi tu,
jenis yang degil gamaknya.

Dia tulis macam-macam,
panjang-panjang..
aku baca ja la..

Tapi,
salah satu ayat yang nak buat aku ketawa,
dia kategorikan KAMI macam cerita Kuch Kuch Hota Hai.
Dia kata,
KAMI ni macam hero dan heroin filem hindustan tu.

Dan,
dia juga ada bertanya,
macam mana KAMI boleh berbaik dan menjadi agak rapat padahal kebanyakan orang lain TAKUT kat 'sorang' tu.

Dan,
kebanyakan orang lain juga SEGAN kat 'sorang' tu.

Hairan juga aku,
kenapa nak takut kat 'sorang' tu..

Dan (ish..banyak pulak guna 'DAN' kat ayat ni..hehe),
kini barulah diriku mengerti mengapa timbulnya pelbagai spekulasi, kontroversi dan apa2 jelah yang macam MELODI tu...
Dulu..sampai sekarang..
Hmmm..
aku dah faham.

Tadi,
aku tak jawab pun soalan manusia pingbox tu.

Tapi,
sekarang ni tetiba aku rasa nak jawab.

Sebenarnya,
BERKAWAN tu mudah kalau kita tahu apa itu erti KAWAN.

Selagi boleh BERKAWAN,
kawan jelah..apa susah..

Lagi satu,
nak MEMAHAMI orang,
kita kenal KENAL,
nak kenal, kena la BERKAWAN.

Tak payahlah nak sempitkan skop KAWAN.

KAWAN adalah KAWAN.

Tak kisahlah siapa dia atau dari mana asalnya.

Kalau niat kita baik dan ikhlas,
InsyaAllah..
persahabatan kita akan kekal hingga ke akhirnya.

Dan tak perlulah kita nak 'memanaskan' hubungan KAWAN tu sendiri.
KAWAN tetap KAWAN,
GOSIP tetap GOSIP.
Kan blog kan....???

Soal kasih sayang pula,
tak perlulah nak digembar-gemburkan dan dipandang serong.
Sayang menyayangi antara satu sama lain tu kan dituntut dalam Islam.

Bak kata Raihan,
"Kasih sayang itu tali..
Kasih sayang penghubung hati.."

Acewahhh...
Berfalsafah pulak pagi-pagi buta camni.

Lagi satu kan manusia pingbox,
sayang tu tak boleh nak paksa,
kalau kita sayang kat orang,
belum tentu orang tu akan sayang kat kita.

Tapi,
apa salahnya sesekali kita menyayangi orang tanpa mengharapkan apa-apa balasan kan..
barulah hati kita akan lebih tenang...

Hahahahahaha
(Terima kasih manusia pingbox kerana ayat hang tadi memang amat menggelikan hatiku yang tengah suram ini)

Dah la,
aku nak sambung study.

Sekian,wassalam.


Monday, April 20, 2009

Mustaqim IV

Hai la blog..

Kalaulah betul hang boleh bercakap,
memang aku akan bersembang dengan hang sekarang ni juga..

Haih...

Dah la,
cerita Mustaqim biarlah berakhir di sini.

Tak ingin ku memikirkannya lagi.

Semoga suatu hari nanti,
akan kutemui jua MUSTAQIM yang kuingini.

"Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati."

(Surah Luqman:34)

-TAMAT-


Mustaqim III

Hai blog.

Haih.

Hmmmm...

Alangkah bagusnya kalau hang boleh bercakap..

Dapat juga aku bersembang dengan hang di waktu pagi yang hening ni.

Haih.

Apa aku nak buat ni?

Fikiran aku ni dah serabut tak dapat nak fikir dah.

Kenapa waktu ni?

Kenapa macam ni?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

"Orang yang lari dari kematian itu akan menemukan kematian itu sendiri."

Sunday, April 19, 2009

Mustaqim II

Hai blog.

Hmmmmm....

Haih.....

Nampaknya,
tiada lagi pilihan.

Tiket dah beli.
Perjanjian dah pun ditandatangani.
(walaupun aku tak tau..wuwuwu. siannya kat aku ni)

Patutkah aku bersedih?

MUNGKIN.

Patutkah aku gembira?

ENTAH.

Patutkah aku bersedia?

SEMEMANGNYA.

Hmmmm..
apa aku nak buat sekarang ni?

Menunggu masa?

TENTULAH TIDAK.

HAIH...

APA BOLEH BUAT.

LAPANGKAN DADA.

TERIMALAH DENGAN HATI TERBUKA.

INILAH TAKDIRNYA.

Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!!

"Hidup adalah anugerah sementara dalam menuju jalan yang hakiki."