CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

Inikah Adat Dunia?


"Hidup umpama roda.
Kadang di atas, kadang di bawah."

Itu kata mereka.

Mereka itu siapa?
Itu haaaa..manusia di luar sana.

Hidup ibarat bil air.
Bila bayar bil, air mencurah-curah.
Kolah mandi pasti dipenuhi dengan air.

Bagaimana pula dengan mereka yang tak berkemampuan?
Hmmm..
Bagi penduduk kampung,
telagalah alternatif bagi mereka mendapatkan bekalan air selain sungai.

Bukan mudah nak mengangkut air di telaga.
Lepas mandi pun pasti berpeluh lagi.
Kan..kan..

Hmmm..
apa sebenarnya yang aku nak sampaikan ni???

Semalam,
aku bersama-sama krew Kedah FM ke Tesco Sungai Petani bagi menjayakan Pertandingan Bintang Kecil dan Tesco Talent.

Aku dan Sha (pelajar praktikal) menaiki kereta yang dipandu oleh DJ Ice.
Kami bertiga bertolak dari RTM pada pukul 9.30 pagi.
Laju sungguh DJ Ice pandu kereta.
Lebih kurang sejam, kami dah pun tiba di sana.

Setibanya kami di Tesco,
DJ Ice mengendalikan program sebagai MC.
Aku dan Sha berada di kaunter pendaftaran.
Tugas kami ialah untuk menyerahkan borang pendaftaran kepada peserta-peserta pertandingan.
Juga untuk mencari lagu kepada peserta-peserta yang tidak membawa CD.

Pada awalnya,
kami agak sibuk melayan kerenah-kerenah peserta dan juga ibu bapa yang hadir.
Macam-macam kerenah yang ada.
Tak apalah, kita layannnnnnnn...

Hmm..
bila pertandingan dah mula..
seorang demi seorang penonton yang hadir mula mendekati kami.
Tujuannya ialah untuk mengenali kami.
Hahahaha.
Kami kan dj baru.
heeeeeeeee.
perasan lagi.

Hmm..
puas kami menyembunyikan identiti kami supaya tak dikenali.
tapi, akhirnya penonton dapat tau juga bahawasanya kamilah DJ Liza dan DJ Sha yang cute miut di Kedah FM tu.
heheheheheh...yang ni perasan lagi tinggi.

Bila dah kenal,
haaaaaa... mulalah tu..

Mulanya,
aku hanya berbual-bual dengan peminat.
cewah..
kalau tak sembang, nanti dikatakan sombong pula.

Aku memang suka menyembang.
Jadi, aku pun sembang la selagi boleh sembang.
Sedang aku bersembang dengan sorang peminat ni,
tetiba datang lagi sorang untuk bergambar.
Hahahahahahaha.
Tak tahan aku dibuatnya.
Selama ni,
aku yang berkejar-kejaran untuk bergambar bersama-sama orang..

Sungguh tak kusangka,
ada juga orang yang nak bergambar dengan aku.
kah..kah..kah..

Jadi,
dengan malu-malunya,
aku pun bergambar bersama-sama mereka.
Hehehehe.

Kemudian,
datang lagi yang berbual-bual sambil mengeluarkan buku nota kecil.
Pada mulanya,
dia (lelaki) hanya bertanyakan nama penuh aku.
Jadi, aku pun beritahulah apa nama aku.
Lepastu, siap minta nombor telefon.
Haaaaaa..
yang ni..mana boleh..
Entah sapa-sapa yang datang dari mana-mana..
tetiba minta nombor telefon..
ish...tak boleh..tak boleh..
Jadi, aku pun tolaklah dengan penuh sopan.
Aku kata,
"nanti aku bagi.."

Lepas tu,
datang pula sorang lagi..
juga minta nombor telefon..
yang ni perempuan (lagak gaya sebagai seorang makcik)..
siap hulurkan telefon suruh aku isi.
haih..tergamam aku dibuatnya..
nak tak nak..
terpaksa juga aku isi..

Lepas tu,
datang pula seorang pakcik ni..
tanya latar belakang aku..
lepastu terus mengaku adik beradik..
katanya kami ni saudara-mara.

Lepastu,
ada pula yang datang..
katanya kami satu sekolah..
dia kenal aku..
dan mukanya memang aku kenal..
kami memang satu sekolah.
tapi, masa di sekolah dulu,
kami tak pernah bertegur sapa pun..
tapi, bila kat sana..
habis dia beritahu bahawasanya aku adalah kawannya semasa di sekolah dahulu.
kawan baik...!!!
padahal,
setahu aku..
dia berusia 2 tahun lebih tua dariku..
kalau tak silap la..
Jadi????
Hmmmm...

Kemudian,
datang pula seseorang yang mencuri tangkap gambar aku dan Sha.
kami hanya membiarkan sahaja kerana kami sendiri pun tergamam tak tau nak kata apa-apa.

Kemudian,
datang pula 'buluh miang' yang nak belanja kami makan.
hahahaha..
kesian aku dan Sha..
puas kami melarikan diri daripada 'buluh miang' ni..
satu Tesco kami pusing..
semata-mata nak lesapkan diri..

Kemudian,
masa kami nak makan,
puas kami tukar tempat duduk supaya agak tersembunyi daripada seorang 'buluh miang' ni..

Waktu petang pula,
tatkala Tesco Talent sedang berlangsung,
aku dan Sha telahpun dijemput oleh DJ Faizal untuk duduk di barisan hadapan..
Sekali dengan Kak Hanim..
Juri kami..
hehehehe..
terasa macam kami ni pun juri juga..
heheh.

DJ Faizal telah memperkenalkan diri kami secara rasminya sebagai DJ baru di Kedah FM..
Jadi, dengan segan silunya,
maka terbongkarlah identiti kami pada petang tersebut.
Jadi, disebabkan takut kami dikejar lagi..
maka kami pun hanya duduk di situ dan tak bergerak ke mana-mana lagi.

Tapi kan,
hahahahaha..
masa pertandingan diadakan,
ada la sorang abang ni..
lagak gaya macam penyanyi..
tapi kan,
bila nyanyi..
hahahahahaha...
puas aku gelak..
suara dia...hahahahahaha..
aku ni kira jahat la jugak..
puas aku tunduk ke bawah meja untuk cover gelak..
sebab nanti orang nampak..
maklumlah, duduk di barisan hadapan sekali..
hahahaha..
kesian juri..dia pun tergelak sekali bila tengok aku gelak tak henti-henti..
sepatutnya kami tak boleh gelak..
sebab nanti peserta bertambah gemuruh..
dan..apa pula kata penonton nanti..
tapi, aku tak tahan sangat dah..
memang tak boleh nak control..
puas aku gelak tak henti..
hahahahahahahah.
kalau ada orang komen aku ni suka gelakkan orang nanti..
hahaha..
nasib aku la pasni...
janji aku puas gelak waktu tu...
heeeeeeeeeeeeeee.

"Sebenarnya,
minta maaf ye bang..
saya ni tak tahan nak tergelak waktu tu..
sebab tu saya gelak sakan..
maaf ye, pasni saya tak gelak dah..
heeeeeeee."

Sepanjang aku di Tesco,
aku dihadiahkan cenderamata set alat solek bernilai RM 100.
Hahahaha..
yang ni..lagilah aku nak tergelak..
macam-macam alat solek yang orang tu bagi..
sampaikan ada sesetengahnya aku sendiri pun tak tau apa kegunaannya..
sebab aku bukanlah kaki solek menyolek..
wiwi..
simpan sajalah untuk kegunaanku masa kahwin nanti..
heeeeeeeee.

Aku juga dapat bauhulu dan soya free.

Juga nasi ayam claypot free.

Hmm..
berdasarkan apa yang aku ceritakan ni..
adakalanya aku sendiri pun pelik..

aku bukanlah sesiapa..
aku hanya orang biasa..
bagi yang mengenali aku,
mereka akan tahu siapa aku sebenarnya..

Tapi,
adakah glamor tu penting di dalam dunia?

Bila dah glamor,
semua benda kita dapat free.
semua orang nak bergambar dengan kita.
semua orang nak berbual-bual dengan kita.
semua orang mengaku kita ni adalah saudara mara dan kawan mereka.

Cuba fikirkan,
bila kita tiada apa-apa..
masih adakah sesiapa yang sudi berbuat sedemikian dengan kita?????

Jawapannya???

Wallahua'lam..

11 comments:

amu mejie said...

haha~ ekau keja gelak je eh kkngah..suh ekau nnyi tgk..silap2 den mati senyum tau..hehe~

pasni ekau jgn tekejut kalo pic2 korg telekat kat bus pekan rabu tu..a r xtau la..hehe~

adat ler tu..ms x femes..huh! sebelah umah pon x ngaku..

bagi ekau alat make up sama jela kan tikus tgk besi..hehe~ nnti hadiah kat den..

strengenge said...

salam liza...

bah, kemain kamu..top gitu..hehe
mesti popular satu kedahan ni..

besa la tue..orang nda kenal kita sebab kita orang biasa..dorang pun biasa jugak..tiada beza...

rugi jugak nda ke TESCO, tapi bola punya pasal...TESCO jadi kos lepas...ahaks...

keep it up....

Anonymous said...

oiii..org dah glamor skrg..hehehe
x ingat aku pun..
apa2 pun all the best..
caiyok! caiyok!
aku skrg p kerja dah bawa kereta sendiri..hehe
nnti kalo jumpa hg aku bawa hg jln2..x payah naik bas lg..hehe hg rasalah aku bawa macam mana..
ok la bye2..
-nurul ain hamid-

CikLieYzaOnline said...

mejie,
heeeeeee..
sore den sodap tau..
ekau lum dgr lagi den nyanyi...
pasti ekau gelak guling2..
heheh.
alat makeup suma tu bukan kegunaan den lagi buat masa ni..heheh.
puas den nk bersolek tp last2 den basuh muka balik...heeeeeeee.tak sampai pun 3 minit bertahan..wiwi.

fahmi,
heheh..
cewah..dpt tiket free..
syok la tu..
nk beli,mahai tu..
untung la jd dj..
suma free..kan..kan...

ain,
waaaaaaaa...
lama x dgr citer..
eleh..org tu dh jd wartawan kat utusan karya..ni mesti dpt mjlh free ni..nt bg kat aku 1...heee.
ain,wah2..tahniah2...dh bw kete sndri...ak jln kaki je..heheh.
hmmm..mcmana la agaknya hg bawa kete..x berani aku nk numpangnya..
heheheheheh..

amu mejie said...

eleh..ntah2 juara kiraok bilik air jerk..he~ ekau nnyi den guling depan ekau eh..kira cam latar la..he~ ekau x seswai pakai alat make up tu kkngah..ekau keja basuh je rugi...tukar pakai cat nippon paint lak...he~

amu mejie said...

dun sangka klia wata no boya..haha~

SYHA AIRIS said...

hehehe..
cat nippon..
ok gak..hahah

ct_saggie said...

ohoi....
kak liza...
tahniah la tu
hahhahahaaha
popular ea sekarang
bgs222

HM Hafizd said...

wow.. dj radio kedah.. cm x caya jer.. hehe. tahniah22..

sy pon org kedah jgk, tp skrg kat sini x dgr radio pon. balik umah nnt try dgr.. hehe.

syadat said...

salam liza...
amboi hang na..gelak bkn main kat org..huhu..erm,kte di dunia ni mcm 2 la..yg glamer mmg no 1..tp kat sne die yg last..

CikLieYzaOnline said...

mejie,
hehehehe..
boleh la cat nippon pun tapi kalo pakai duluxe lagi cantik dan tahan lama...wiwi

mis...ya salam..mamujie rupanya cik miss ni..hahahaha

cik ct,
hehehehe..
popular tahap perasan je..
hahaha

hafiz..
dj praktikal ja..sat ja..pastu dah nak cabut dah pasni..hehe

syadat,
aku mmg suka gelak..non stop..hehe..glemer hanya smntara..kan..kan..ewah..