CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 5, 2009

Cobaan...


Inilah wajah "skema" tiga orang editor yang menerajui Nadi Bangi semester 2 sesi 08/09.
Macam ahli gusti tak? Heeeeeeee....


Minggu ini merupakan antara minggu-minggu yang amat letih. Apa tidaknya, banyak perkara yang perlu disiapkan. Nak presentation lagi, siapkan kertas projek lagi, skrip lagi, assignment lain lagi...macam-macamlah. Tidak ketinggalan, nak siapkan berita editorial Nadi Bangi.
Tidur pun tak cukup. Hanya 2 hingga 3 jam sahaja sehari.

Rasa bimbang bila memikirkan tentang Nadi Bangi ni. Bukannya apa, takut juga kalau berita yang kami buat tiba-tiba ditolak.

Hmm..
Semester ni, kami ingin membawa sedikit kelainan berbanding semester dan tahun-tahun sebelumnya.

Kalau sebelum ni bahagian editorial banyak menulis tentang kecemerlangan UKM,
kali ini kami akan berbicara tentang keprihatinan UKM. Maknanya lebih fokus kepada keprihatinan dan kemanusiaan. Tapi, inilah cabaran dan risiko yang terpaksa kami pikul ketika nak berhadapan dengan pihak atasan.

Kasihan tutor kami, Kak Ili.
Menangis dia bila kena "hentam" akibat kesalahan yang ahli-ahli Nadi Bangi sendiri lakukan.

Esok,
aku, Kak Salmi dan Moon nak kena berhadapan dengan pihak atasan.

Apa sekalipun yang bakal berlaku esok,
kami bertiga akan terus mempertahankan apa yang kami rasakan perlu.

Walaupun dalam hati timbul rasa sangsi dan ragu-ragu,
tapi kami akan tetap bersatu padu.

Semalam,
aku dan Kak Salmi ke Keris Mas untuk berjumpa dengan Moon.
Puas kami edit berita dan masukkan terus ke dalam page maker. Tekanan jiwa la juga. Macam-macam benda jadi bila dah ubah ke page maker ni.
Anak yatim la, janda la..
terpaksa kami cari mak bapa dan carikan pasangan untuk janda-janda ni semua.

Dalam pukul 12 lebih,
baru selesai semuanya.
Bila dah balik bilik,
cadang nak siapkan U3 pula.
Tiba-tiba,
internet pula buat hal.
Hmmm...apa boleh buat..teknologi katakan...

Minggu ni memang banyak cabaran yang terpaksa aku tempuh.
Macam-macam benda pelik yang terjadi.

Dengan jumpa "sesumpah" lagi (heeeee...ampunkan patik tuanku)..

kena denda lagi..(hm..tu la, pinjam buku buat macam harta sendiri)..

mandi hujan lagi (padan muka, eksyen tak mau bawa payung)..

dituduh "mencuri" lagi...(haha..malunya muka..itu la, lain kali kalau nak keluar tunjuk dulu kad matrik)

Haih...
cubaan...

Apapun,
ayuh Liza..kuatkan semangatmu..
jangan biarkan ia terpadam...

"putus asa bukanlah caranya"

TERUSKAN LANGKAHMU MARA KE HADAPAN!!!

Ini adalah serba sedikit maklumat tentang budak-budak comel di atas.

Kak Salmi :
"merangkap jawatan si editor yang brutal, kuat membebel dan gelisah tak tentu masa. Tapi, kalau dah ketawa, mulalah mengarut panjang berjela."

Cik Liza :
"merangkap jawatan si tukang karut diraja. Tugasnya mengarang cerita dan ayat untuk si brutal yang adakalanya memeningkan kepala."

Cik Moon :
"merangkap jawatan teknikal diraja. Kehebatannya dalam menggunakan page maker membantu melancarkan segala bentuk kerja."

Semoga Nadi Bangi kali ini diterima oleh semua lapisan masyarakat tidak kira umur, jantina, bangsa mahupun agama. Harap-harap begitulah ya...
Sekian, wassalam.


Cayok..Cayok...!!!
:pompom:-Cik LieYza-

8 comments:

ct_saggie said...

HEHHEHE..
AKK..
time akk nak kuar dr ptsl tu..
tetiba bunyi sirent tu...kuat..
ct dah pk..
pe lah kak liza bwk dlm beg tu...
huhu
bengang je kan kak liza..
hehehe
akk..
pic tu..mmg nmpk msg2 kuat jer..
hahah..
akk..biaslah..mmg berita xakan semua diterima..mesti ada yang ditolak..ikut pglmn time ct buat nadi bangi...
erm..

Anonymous said...

itu ler...
siap bgkus lagi buku tu...
ikat rapi lak tu..
tak ke naya jer....
hahahahahaha....
lain kali,buat la lagi....
ikat kuat2....
malukan aku jer....
huhuhuhuu

CikLieYzaOnline said...

Waaaaa...
gelakkan aku ya...
nak kena ni...
ishhhh....mmmmmm....

apa boleh buat,
mana la nak tau kena bagi kad matrik tu..xpasal2 je "fofuler"..heeeee

thanks ct...

em,
baru kusedar..
tembam juga aku ni rupanya..
hahaha..
malunyaaaaaaaa......

daud.montak.zakaria said...

Berita siren kat PTSL tu ado kluar kek nadi bangi ko???

Anonymous said...

nemo.

haiiiii.....

wulan said...

wei..aku de kt tmpt kejadian, sabor jelah liza...klu siren bunyi, ade la keje org ptsl..hehehehe..wei, sal ak jmpa pn Lin, kita pnye ok je, cm ubh keddukan je, bdk front page je kn wat brita len...psl ukm prihatin...hr rabu ni dia nk tgk semua brit yg dictk dlm bentuk A3..

CikLieYzaOnline said...

heeeeeeee...

kalo masuk nadi bangi..
apa salahnya...
pemes lagi la cikliza ni..
huhuhuhu

makacih moon..
alhamdulillah..
x sia2 usaha kita....

lega rasanya.....

aku baru ja mkn epal kak salmi...
tup2 subuh td aku pgsan...
agaknya kena virus peiyee kot..
hahahahaha...
ampun peiyee...

heeeeeeee

CikLieYzaOnline said...

hai nemo..hang sapa?tkasih sudi masuk sini..hikhik..buat2 terharu..