Hem..
Masa aku tengah "ronda-ronda" tadi,
aku terjumpa klip video ni.
Walaupun hanya 50% sahaja yang aku faham..
maklumlah, kecek klate ko ganu deh...
mano nok pehe..
Tapi..
seronok juga aku dengar.
tetiba saja terimbau kenangan silam..
heeeeeeee...
Dulu,
kat rumah aku..
ada la orang tua ni..
dia tauke kambing dan lembu.
Dalam kampung aku tu..
dia sorang saja yang suka bela kambing dan lembu berkonsepkan "demokrasi"..
ikut suka hati dia saja nak lepaskan binatang ternakan dia tu.
Dia kata,
lembu kambing ni semua tak boleh tinggal dalam kandang.
Nanti kena sumpahan.
Ada ke patut??
Sumpahan benda apanya..
haihhh..sekeh kepala baru tau.
Rumah aku pula..
dah la takda pagar..
hari-hari kena sapu tahi kambing..
kena ambil cangkul untuk buang tahi lembu yang harum tu..!!!
Pernah la suatu hari tu,
kambing dia bersalin kat rumah aku..
Eeiii...habis segala uri..lendir-lendir..aku kena cuci..
tuan dia ni..
datang saja, senang-lenang mengangkut anak kambing yang baru lahir tu.
Mak aku pula..
suka tanam pokok bunga.
walaupun aku dah pesan banyak kali..
"jangan tanam,mak..jangan.."
tapi, mak tanam juga.
Petang ni tanam,
pagi esok tinggal batang saja.
Sedekah kat kambing lembu tu semua.
Aku dan adik-adik pun..
apa lagi..gelak la kat mak aku sepanjang hari.
Adik aku yang laki ni pula,
bengang tengok kambing "landing" kat tangga rumah kami.
Sesuka hati dia saja nak landing setiap masa.
Kadang-kadang ..
Geram juga tengok kambing lembu ni semua.
Asyik mengembek ikut suka dia saja.
Nak tidur pun tak senang...
Asyik terkejut jaga..
Suatu hari tu,
aku tengah sapu sampah.
Tiba-tiba..
tuan kambing datang.
Dia marah aku sebab aku "bunuh" kambing dia.
Laaa..
nak buat macammana.
Bukannya aku sengaja.
Abah bubuh racun kat rumput..
Tujuannya nak buang semak samun.
Mana la nak tau kambing ni makan rumput tu semua.
Mati la kambing dia..
Dah ajal agaknya.
Masa dia marah aku,
aku control sopan saja.
buat-buat muka sedih.
simpati atas kematian kambingnya.
Tapi,
bila dia balik saja,
hahahahaha...
terus aku masuk rumah..
tinggal habis penyapu kat luar..
aku bersorak gembira..
cerita kat mak dan adik-adik aku semua.
Semua pakat ketawa.
Sejak bila entah,
lembu dia dah takda.
Ada yang dia jual.
Ada yang dilanggar kereta.
Tu la..sesuka hati biar lembu berkeliaran..
Dah mati..tak ke padan muka...
Tapi kan,
kambing dia..
ada satu yang aku hairan.
Tanaman tuan dia,
langsung dia tak makan,
tanaman orang juga yang dia nak telan.
Tuan dia ni,
kedekut pait..!!!
Pernah la adik aku sakit perut.
Mak aku nak ambil sirih buat ubat.
Sirih yang 5keping tu pun nak kena bayar.
Tapi,
masa dia datang rumah aku nak minta serai..
Sesuka hati dia nak ambil.
Padahal..nak tanam serai sampai dia berimbun-rimbun tu bukannya senang.
Penuh cabaran..
sebab kambing dia la...
asyik nak telan saja.
Nasib baik la mak aku ni baik hati.
Kalau aku, memang aku tak bagi.!!!
Orang tua ni,
memang dah tua.
Dah pernah pergi haji pun..
duit kambing tu la kut.
Tapi,
lepas balik dari Mekah pun,
perangai tak pernah berubah.
PakLah yang duk sebelah rumah aku pun selalu duk kata,
"bila la agaknya orang tua ni nak mati...
Dah mati kan senang..
Boleh suruh anak-anak dia jual kambing tu semua.."
Disebabkan dia,
semua penduduk Simpang 3 bengang..
nak tanam apa pun payah..
Haih...
apa boleh buat..
disebabkan tuan..
kambing juga yang dikatakan bersalah...
Kasihan kambing tu..
kalau kena lastik tu..
minta maaf banyak-banyaklah...
-TAMAT-
9 comments:
"lembu sapo dio lepah sie male..
di rato2..supo xdok tuwe...berak atah tanggo..make anok pise.."
HAHAHAHAHAHAHAHAHA....
MEMANG DAH JADI ZOOOOOO BLOG NI..
HAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!
SAKIT PERUT AKU DGR KO NYER CITER!!!
WAKAAKAKAKAKA
aku rase ler..
ko ni dmm x kebah lagi agaknyer..
bhye ni...
gi ar check doktor skali lagi...
hehehehehehe
risau aku ngan ko ni...
jgn ler tension2..
sabo byk2....
wah...
cam best je..
tergolek2 aku dgr vdeo klip ni..
hehehehe..
best erk ade lembu kt kg..
kg aku de raksasa besi je..
huhuhhuuuu
-ikan keli-
maksudnya, konsep demokrasi tak boleh amal kt semua tmpat..kirany kt kg hg tak boleh gn sistem demokarasilah..kena guna sistm ditaktor...hehehehe
heeeee...
kepala aku pening..
mulala aku tulis merepek repek..
byk mkn kerepek..
huhuhu
erm...............................................................................................
aku cakap dkt tuan lembu tpi umah hg eihhh..ha..ha..gla siot mau anak dia baca abeh la hg pocah rahsia..wa..wa..wa...
-ainz_peace-
hehehhehe..
habaq la kalau berani..
cepat2 sikit dia juai kambing dia..
hehehehe
jahat gak aku ni rupanya..
aku tak kisah,
paklah yg kata,
aku hnya "membukukannya"..
heeeeeeehahahaha
bnda pe yg ang citer ni liza???
kisah kambing lembu lak jadinya..
huhuw
Post a Comment