CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 8, 2009

UKM Kehilangan??? Mmmmmmm.....

Hmm..
tadi, Moon mesej aku.
Katanya, berita Nadi Bangi dah siap edit.
Nak suruh aku tengok.
Moon minta alamat e-mel aku.
Aku balas mesej Moon. Aku bagi e-mel aku.
Moon hantar berita melalui e-mel.

Payah sangat nak berbalas mesej,
aku minta Moon add aku dalam YM.
Aku YM Moon tapi tak dapat.
Tak taulah sebab apa.

Aku minta Moon buka blog.
Chat dalam blog.
Aku dan Moon edit berita.
Aku check, Moon perbetulkan.
Segala maklumat aku beritahu melalui shoutmix.

Moon kata Pn. Lin suruh letak berita kami kat atas.
Penting katanya. Tetiba rasa bangga.
(Apa salahnya sekali-sekala kan..hehehe. Jangan mare..).

Edit punya edit, sampai la ke petang.
Berita tak sudah-sudah juga siapnya.
Kedudukan ayat suka lari sini-sana.
Moon kata, puas nak kejar tapi tak dapat.
Aku kata, rehatlah Moon.
Nanti malam sambung balik.

Tapi, ada satu yang aku tak suka.
UKM Kehilangan???
Hmm..
Moon kata, tajuk tu bos yang tukarkan.
Tajuk kami tak diterima.

Puncanya???
Sebab nama UKM tak ada.
Tajuk kami, "SUATU KEHILANGAN"..
Kena tukar kepada "UKM Kehilangan.."

Hmmm...
Macam tak sedap bunyinya.

Tapi,
Apa boleh buat..
Kami hanya menurut arahan..
Setiap tugas, kami laksanakan..
Itulah kisah si timbalan berita....

Apapun,
kami mesti terus berusaha..
Nadi Bangi...Kami yang punya..
Lambang diri dan MENTION juga..

Moga-moga dapat diterima..
Oleh semua masyarakat dunia..

Heeeeee....
Sampai masyarakat dunia ke????
Tak kisahlah, siapa nak baca..baca la ya..

Sekian, wassalam.



:bye:-Cik LieYza Pening Kepala-

0 comments: