Di dalam sebuah hutan,
ada seorang pakcik tua yang kerjanya menebang pokok untuk mendapatkan kayu yang boleh digunakan untuk membuat kayu api.
Setiap hari,
pakcik tua ini akan menebang sebatang pokok besar hinggalah kayu yang diperolehi dirasakan mencukupi untuk bekalan kayu apinya sepanjang hari.
Pakcik tua inipun tebang dan tebang...
Kemudian dibelahkan kayu itu hingga mencapai saiz yang dirasakan perlu untuk dipikulnya pulang ke rumah nanti.
Pada suatu hari,
seorang tauke kedai runcit datang menemui pakcik tua tersebut.
Tauke tersebut meminta agar pakcik tua ini mencari kayu yang boleh digunakan untuk membuat pensil ajaib.
Pakcik tua itupun segera menuju ke hutan dan meneliti segala jenis pokok kayu yang berpotensi untuk dijadikan pensil oleh tauke kedai runcit.
Alangkah gembiranya hati pakcik tua kerana dia berjaya menemui pokok kayu tersebut.
Proses penebangan pokok pun bermula.
Tebang dan tebang.
Maklumlah, pakcik tua itu bukannya mempunyai mesin atau apa-apa peralatan canggih sebaliknya hanya menggunakan kapak lusuh demi menyiapkan kerjanya.
Daripada pokok teguh yang besar,
pakcik tua itu jadikan ia sebatang-sebatang.
Daripada sebatang-sebatang,
pakcik tua itu menukarkannya ke bentuk kepilan-kepilan kecil pula.
Daripada kepilan-kepilan kecil,
pakcik tua itu tukarkan pula kepada saiz yang lebih kecil agar selesa dipegang oleh pengguna yang membeli kelak.
Sebahagian daripada kayu itu pula dijadikan serbuk kayu agar dapat dicampurkan ke dalam batang pensil untuk melengkapkan erti "PENSIL" sebenar.
Setibanya pakcik tua itu di rumah,
proses menghasilkan pensil dijalankan dengan serta-merta.
Proses dan terus memproses hinggalah ia siap dan dapat digunakan dengan jayanya.
Keesokkan harinya,
tauke kedai runcit datang ke rumah pakcik tua.
Tauke kedai runcit amat berpuas hati dengan pensil yang dihasilkan oleh pakcik tua.
Maka,
tauke kedai runcit segera menempah seribu batang pensil untuk dipasarkan di kedainya.
Alangkah gembiranya hati pakcik tua kerana pensilnya berjaya mendapat tempat di hati pengguna.
Pakcik tua itupun menghasilkan lebih banyak lagi pensil agar ia dapat digunakan oleh orang ramai dan memudahkan lagi kerja-kerja penulisan.
(Agaknya la)
Pada suatu petang,
ketika pakcik tua ingin menghantar pensil kayunya...
Tiba-tiba kelihatan sebuah van berhenti di hadapan kedai runcit.
Van tersebut mengeluarkan sebuah kotak yang berisi pensil picit.
Tauke kedai runcit amat tertarik dengan pensil picit lalu membuang kesemua pensil kayu pakcik tua.
Katanya, ia sudah tidak berharga.
Terus dicampakkan kesemua pensil kayu ke dalam tong sampah tanpa memikirkan hati dan perasaan pakcik tua.
Kasihan pakcik tua,
penat-penat dia buat....
senang-senang saja tauke tu campak pensilnya ibarat pensil tak berharga.
Mengikut kata si tauke kedai runcit,
pensil picit lebih bergaya,
pensil picit lebih tahan lama,
pensil picit lebih untung jualannya,
pensil picit mudah dibawa ke mana-mana,
pensil picit tak perlu nak asah kalau dah patah,
pensil picit bla..bla..bla...
Mungkin benar kata-katanya.
Akan tetapi,
Mata pensil masih menggunakan habuk kayu yang sama.
Adakah kerana ia kayu maka ia dibuang begitu sahaja?
Adakah semata-mata ia besi maka kayu langsung tiada nilainya?
Bukankah kedua-duanya ada kegunaannya?
Hmm..
apa boleh buat...
kayu pun kayu laaaaa....
Asal boleh tulis sudah.......

1 comments:
hehe..tentang kayu ek kak..
dua2 pun b'guna gak, bagi sye lah..
tapi sebelum munculnya besi, bukankah kayu wujud t'lebih dahulu & popular digunakan oleh kita?
Hmmm... so, think about it..
hehe..
Post a Comment