CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 12, 2009

Mulakan harimu dengan senyuman...

Mak Minah yang tersenyum riang....


Gambar di atas hanyalah sekadar perhiasan.
Namun, kisah yang ingin disampaikan mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan gambar si comel di atas.

Mak Minah ..
(memang nama sebenar walaupun mungkin dia tak tahu yang dia ni ada nama agaknya)

Dilahirkan di Kolej Aminuddin Baki, UKM (agaknya la)

seekor ibu tunggal (entah mana larinya laki dia..siannya)

Mak Minah merupakan seekor ibu kucing yang amat tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan dan arus pemodenan yang kian pesat seiring dengan hasrat Malaysia untuk bergelar negara maju menjelang 2020.

Kehidupan di kota sememangnya penuh dengan onak berduri dan berbisa.

Menyelusuri ranjau yang penuh cabaran,
Masihkah ada sinar yang akan menerangi kehidupannya???

Mak Minah bukanlah seekor kucing peliharaan yang sentiasa dijanjikan keselesaan dan kebahagiaan.

Dia hanyalah sekadar seekor kucing jalanan yang tiada tempat berlindung,
hanya mengharap kasih kepada insan-insan yang sudi berkongsi rasa..

Tidurnya hanyalah di atas kasut dan selipar..
Makanannya sekadar sisa-sisa yang dianggap tak bermakna buat manusia..

Kucing sepertinya kerap kali dianggap tak berharga..
tiada nilai berbanding ayam, lembu ataupun daging unta..

Namun,
putus asa bukan caranya..!!!!

Mak Minah masih mampu mengukir senyuman bersama anak-anak yang dilahirkannya.
Biarpun kehidupannya penuh dengan kesengsaraan..
namun,
Mak Minah tetap meneruskan perjuangan..

Ya..
perjuangan untuk hidup..
perjuangan demi anak-anak tercinta..

Ayuh Mak Minah..
Kita bangun semula..!!!

sabar ya mak minah,
tengahari nanti aku bagi hang makan naaa...

Tata.

Wassalam.


3 comments:

Anonymous said...

mcm BERSAMAMU jerk..

wakakaka

-mixfar-

ct_saggie said...

huhu...
akk...
kucing tu selalu tido depan bilik akk ke?
hehhee

kamarul said...

HEHEHE,,
MAK TIMAH X DER KER?
WAKAKAKAKA

zoooo lagi....
agaknya,
ko ni leh jd sukarelawan umh kebajikan haiwan 1 ari nt..

HAHAHAHAHA!!!!