CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 19, 2009

Hari yang teruk.


Hmm..
Hari ni rasa macam teruk sangat.

Pagi tadi,
demam teruk.
Janji nak jumpa kak Salmi untuk Nadi Bangi jam 10pagi.

Tapi,
sebab tak tahan sangat,
terus pergi PK ambil ubat.

Bertolak ke PK jam 9pagi.
Kena tahan kat bilik rawatan sampai petang.
Ambik darah, masukkan air dalam badan.

Terpaksa ponteng kelas U3 sekali lagi.

Bila balik bilik,
Berehat kejap sebab tak larat.
Pastu mesej minta maaf kat kak Salmi sebab terpaksa mungkir janji.

Kemudian,
Tengok skrip MCP.

Baiki apa yang perlu dibaiki.

Dah baiki skrip,
YM Mira.
Minta dia tolong datang untuk MCP.
Minta dia carikan juga kawan-kawan lain untuk datang bersama-sama.
Nak mesej orang, kredit dah habis.
Belum beli lagi.

Alhamdulillah,
Mira, Ain, Moon dan Nina sudi datang untuk tolong kami.
Kesemuanya anak kelahiran jelapang padi.
Bila lagi padi nak tolong padi.
Huhuhu.

Lepas tu minta Ain mesej Pei Yee.

Pei Yee pun sudi tolong kami.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG SUDI HADIR MALAM INI.

Termasuklah abang Hatta, talent kami.

Rasa macam tak larat.
Tapi, kugagahkan juga diri untuk MCP malam ni.

Tiba di studio lambat.
Semua orang dah datang.
Aku saja yang lambat malam ni.
Sebab aku pergi kedai fotostat skrip.
Tapi, rasa macam aku ni tak bertanggungjawab pula gara-gara aku yang paling lewat.
Maafkan aku sekali lagi.

Mulakan latihan macam biasa.
Tapi, dengan tiba-tiba aku tak boleh nak buat.
Rasa macam teruk sangat.
Tak taulah sebab apa.
Padahal krew semua dah cukup lengkap.
Banyak kali salah bagi arahan.
Salah itu, salah ini.
Sebutan salah, kiraan salah, arahan salah..
Rasa sejuk dengan tiba-tiba.

Hmm..
aku dah cuba...

Bila krew-krew yang tolong semua balik,
aku mulakan latihan sekali lagi.

Waktu tu,
rasa macam boleh pula buat.

Bila ada orang,
tak boleh buat.

Bila tak ada orang,
macam lancar pula.

Hmm..
perkara yang tak sepatutnya terjadi.

Dah habis latihan,
tunggu kereta pakwe Ai Yung kat luar dewan.

Waktu tu,
Entahlah...
bila bercakap tentang MCP,
Rasa macam tak tenteram.

Banyak masalah yang terpaksa kami hadapi.

Masalah itu, masalah ini.

Ya Allah,
kuatkanlah semangatku untuk meneruskan MCP ini.

AMIN.

3 comments:

ct_saggie said...

sabar ye kak...
you can doit..

Hidayah said...

sabo ye kak..
tue lah resepi hidup...
tanpa semua tu tentu kita bosan..(chewwah)
huhu.. akak kan kuat.. & tabah..

wulan said...

aku pun rasa cm hg rasa..bila kita tak blh wat, rasanya cam teruk sangat...ptus asa sangat..tapi hidup mesti diterusakn....kita boleh wat liza...insyallah...