CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 27, 2009

Sesumpah Siri II


Alkisah maka tersebutlah sebuah cerita di sebuah daerah.

Di negara Mantaulin, terdapat sebuah gua bernama Sialap. Gua ini merupakan gua terbesar di benua Kamsat. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia hari ini, maka kebanyakan penduduk Mantaulin menghidap penyakit lemah jantung yang dikenali dengan nama "semanagt".

Setelah mendapat nasihat daripada ahlil nujum, hanya satu ubat yang bisa menyembuhkan penyakit "semanagt" yang dihidapi oleh penduduk tersebut.

Ubat yang dimaksudkan ialah dengan memakan sayap kelawar dan kelawar tersebut perlulah ditangkap sendiri di dalam Gua Sialap.

Kesemua penduduk Mantaulin berasa gerun untuk memasuki Gua Sialap kerana terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa wujudnya seekor sesumpah yang sering bertukar wajah.

Setelah bermusyawarah, maka mereka mengamanahkan tugas menangkap kelawar kepada enam orang budak Afrika yang cun-cun belaka.

Maka, bermulalah ekspedisi menangkap kelawar di dalam Gua Sialap.

Keesokkan harinya, keenam-enam budak Afrika segera membawa peralatan untuk meredah masuk ke dalam gua. Mereka bertemu dengan pemilik gua, si Kobad. Si Kobad memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara menangkap kelawar dengan betul agar diri si budak Afrika tidak terluka dek kuku kelawar yang tajam lagi panjang dan menggerunkan.

Pada awalnya, banyak juga calar-calar yang terpaksa si budak Afrika terima kerana tidak mempunyai kemahiran menangkap kelawar dengan lengkap. Peralatan yang mereka gunakan juga agak purba sehingga menjadikan mereka gelisah tak tentu arah.

Bagaikan itik tempang, mereka cuba terkedek-kedek di dalam gua buat beberapa ketika demi mendapatkan sayap kelawar sebagai ubat kepada penduduk Mantaulin yang kian menderita.

Sedang mereka leka mencari kelawar, tiba-tiba mereka terserempak dengan sesumpah yang dahulunya bertukar warna.

Dengan hati yang berdebar-debar, mereka cuba menegur dan menghulurkan senyuman manja kepada sesumpah berkenaan. Senyuman manja mereka dibalas dengan lirikan mata yang menyentuh jiwa.

Kerana mata, hati tergoda.

Ditambah pula dengan sopan-santun ketika berbicara.

Akhirnya, sesumpah berkenaan menjadi kawan baik si budak Afrika.

Hilanglah segala duka dan nestapa serta syak-wasangka yang sebelum ini bisa mengundang bahaya.

Pada suatu malam,
sedang si budak Afrika menangkap kelawar,
mereka terpandang segerombolan kuda putih yang berterbangan di angkasa.

Hmm..
nampaknya Gua Sialap ni tak ada bumbung gamaknya.

Terbang dan terbang.

Kali pertama mereka menyaksikan kuda terbang di angkasa.

Agak kelakar kerana kebiasaannya kuda putih memang indah di pandangan mata tatkala berlari dengan gagahnya bagaikan seorang perwira.

Namun, tatkala kuda putih terbang,
lebih baik kiranya menyaksikan tayangan kuda kepang.

Si budak Afrika hanya tersenyum melihat gelagat kuda putih yang menari-nari di angkasa.
Bagi mereka, itulah keajaiban dunia.

Sesumpah yang melihat gelagat mereka seraya berkata,

"si budak Afrika bagaikan seekor cicak jahat yang suka ketawa"

Hehehehehe.

Nampaknya sesumpah dan cicak tiada bezanya.

Sekian, wassalam.



8 comments:

Anonymous said...

Haaaaaaa..............
Ade ler tu........!!!!!!!!!!!!!!
die mule dh................!!!!!!

-mixfar-

adul said...

sesumpah vs cicakman !!huhuw

daud.montak.zakaria said...

Hang jago-jago, mungkin kali pertama terbang kumpulan kuda putih macam kuda kepang merayap di atas padang.Tapi jika kuda putih ikut prosedur cara terbang dengan betul mereka mungkin boleh terbang seperti malaikat dengan sayap berkilauan. Itu bisa dong jika kuda putih akur dengan prosedur cara terbang dengan betul...

Si sesumpah memang menjadi adat resam, jika masuk tanpa salam boleh bertukar menjadi merah padam. Tambah lagi kuda putih masuk gelanggang dengan mendada bidang,mendongak ke langit bak panglima terbilang....pada hal penuh dengan telor tembelang....

CikLieYzaOnline said...

Hahahahahahaha.....hahahahahahaha....
hahahahaha.......hhahahaaaaaaaaaaaa..

alamak,itulah..asyik golak kek org..
kan dah dpt balasan...pdn muka den !!

xdola,den cumo golak jo..
mcm sesumpah gak...xdo niat lain..
sekadar ketawa...
hehehehehehe....

wuwuwuwuwuw....
nak siapkan MCP...
wuwwuwuwuwuwuwuuuu...

apo la nasib diriku yg x malang..
oh Tuhan....

CikLieYzaOnline said...

Hahahahaha...
kalau 1 ari nanti den jadi pengarah drama ko, den nak amik ekau la jadi penulis skrip den...ayat ekau bole tahan.. hahahahahahaha....

huhuhuu..perasan nk jd pengarah..
mcp pun xlepas lagi...
heeeeeeeeeeeee

tata.siapkan mcp...

wulan said...

wei, akhirnya cerita sesumpah dah sampai ke akhirnya..best la, happy ending..ak rs blh wat filem la..sesumpahman vs cicakwomen...hahahahaha..

Anonymous said...

ala, kowg neh gune bhse kiasn,ak x phm beb!!citer ar,cam best jerrr....
aku pn nk taw gak!!!!waaaaaaaa......!!

CikLieYzaOnline said...

xphm nasib la...
hahahaha...

baru siri II moon..
hrp2 xdak sambungn dh la kot..
tp kalo ada tu,nasiblaaaaaa....
heeeeeeeeeee