CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 29, 2009

Selamat Menyambut Earth Hour


Hari ini yakni 28 Mac 2009,
kumulakan hariku seperti biasa.

Semalam,
agak awal juga aku tidur.
Dalam pukul 2pagi,
aku dah "hanyut" entah kemana.

Lepas subuh,
aku sambung tidur balik.
rasa macam kepala ni "pening" semacam je.

Pukul berapa entah,
pukul 9 pagi agaknya.
aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seseorang yang bertanyakan tentang MCP.
Hahahaha...
aku pandai-pandai la cover suara konon-konon dah lama bangun.
konon-konon la...

Lepastu,
terus kusiapkan skrip MCP.
Alhamdulillah, skrip dah siap.

Kawan aku, Ain..
pagi-pagi dah "cabut lari".
entah kemana lesapnya.
tiada sebarang "nota" ditinggalkan.
wallahualam.

Lepas zuhur,
kepalaku tiba-tiba pening.
sakit yang teramat sangat.
sakit tak henti-henti.
rasa macam nak "meletup" kepala ni.

Terus aku masuk bilik dan baring di atas katil.
Aku pejamkan mata rapat-rapat.
Badanku dah mula berpeluh walaupun masa tu aku buka kipas berkuasa 3.

Akhirnya,
aku "hanyut" entah kemana.

Bila aku buka mata,
jam menunjukkan pukul 5petang.
Terus aku bangun dan sembahyang Asar.
Kepalaku masih lagi sakit.
Rasa macam dunia ni berpusing-pusing.
Lepas sembahyang,
aku sambung tidur balik.

Bila aku buka mata,
jam menunjukkan dah pukul 7.45.
terus aku berwuduk dan sembahyang maghrib.

Selesai sembahyang,
kepalaku masih lagi sakit tak henti-henti.
Kusambung tidur lagi.

Bila sekali lagi kubuka mata,
terasa dunia ini gelap-gelita.

Ya Allah,
aku kat mana ni???
Jeritku seorang diri.
Takut aku dibuatnya.
Tiba-tiba terdengar suatu suara.

"Elektrik tak ada laaaaa...."

Suara yang datangnya daripada orang bawah bilik aku.

Oh, baru aku ingat..
hari ini "Hari Apa Entah Namanya"
Elektrik akan ditutup buat seketika.

Dalam hati,
teringin aku nak tengok KLCC yang gelap-gelita.

Jadi,
aku sambung tidur semula.

Masa aku tidur tadi,
aku telah bermimpi..
mimpi yang indah sekali.

Dalam mimpi aku,
aku pergi ke suatu tempat.
tempat tu memang gelap-gelita.
lepas tu, dihadapanku terpampang bangunan KLCC yang indah dan romantik sekali.
ada lampu lip lap lip lap berkelip-kelip.

Masa aku pergi kat tempat tu,
ada seseorang yang menemaniku.
tapi aku dah tak ingat siapa orang tu.
siapa ya???
entah la..
tak apalah..
sapa-sapa je lah.

Lepas tu,
tiba-tiba aku terdengar pengumuman dibuat.

"Sebentar lagi lampu KLCC akan ditutup buat beberapa ketika"

Suara yang datangnya dari mana entah laaa..

Lepas tu,
lampu KLCC pun ditutup..
waaaaaahhhhhh..
gelapnya....
tapi kan,
masa tu....
cantikkkkkkkk....

sebab,
masa tu aku nampak cahaya bulan dan bintang berkelip-kelip di angkasa sana...
cantikkkkkk...
cantik sangatttt.....
sempat juga aku tangkap gambar..

lepas tu kan..
ada orang buat pengumuman..
katanya kejap lagi lampu KLCC akan dibuka semula..

Masa lampu KLCC dibuka semula..
cantikkkkkk....

masa tu..
nampak gambar Detective Conan terpampang kat KLCC..
Pastu ada gambar kartun apa lagi entah kat KLCC tuu..

Cantikkkkkkkkk....
samar-samar cahayanya..

Banyak gak gambar yang aku sempat tangkap...

Lepas tu,
tiba-tiba seluruh tempat tu terang-benderang..

Waaaaaa...dah tak cantik dah laa....

Dan aku pun terus pulang membawa hati yang gembira..
kerana impianku untuk melihat KLCC yang gelap gelita telah tercapai....

Adakalanya,
kegelapan tak bererti "gelap"..

Dari kegelapanlah kita akan menemui cahaya.

2 comments:

ct_saggie said...

hhahahaha
gelak ct baca..
lallalala
kes ct lain lak
nk th...baca lah kat blog ..
hahhaha...
tak thn la akk ni
smpi mimpi klcc
terbawa2 lak tu dlm mimpi
huhu

CikLieYzaOnline said...

hehehehehehehehe...
cik yam jumpa ank pak harun yeee..
hahahaha

em, jadi laaa...
bukan senang nk tgk suasana td walau dlm mimpi..
hanya org yg bertuah saja berpeluang melihatnya...
heeeeeeee