CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 17, 2009

Kisah Si Kucing Hitam


Alkisah maka tersebutlah cerita di sebuah daerah.

Di dalam sebuah bandar,
terdapat enam ekor kucing jalanan yang dikutip oleh pihak kebajikan kerana berkeliaran tanpa tujuan...

Keenam-enam ekor kucing ini bukanlah berasal daripada baka yang sama.
Ada yang putih, ada yang oren, ada bertompok, ada celoreng, ada berbelang, yang kelabu asap pun ada juga..
Tapi...
kucing kurap tak adalah ya..
heeeeeee =)

Kucing-kucing ini semua sentiasa berada di dalam kegelisahan dek kerana terpaksa dipindahkan ke rumah kebajikan haiwan.

Tiba di sana,
mereka bertemu dengan pelbagai haiwan lain yang dikutip di seantero dunia.

Bukan sahaja daripada kelompok kucing yang sama bahkan juga daripada kelompok singa, tikus, panda, beruang koala dan juga itik angsa.

Mereka cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran di tempat baru mereka.

Mereka sedaya upaya berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai cara demi membolehkan wujudnya hubungan mesra terjalin sesama mereka.

Ternyata usaha mereka berbaloi akhirnya.

Oleh sebab mereka sahajalah kucing yang ada di sana,
maka mereka membentuk satu komuniti yang diberi nama
Persatuan Kucing Sedunia.

Kini, mereka sentiasa bergerak bersama-sama dan mereka yakin bahawasanya merekalah satu-satunya kucing yang tinggal di sana.

Pada suatu petang,
sedang mereka asyik bermain-main..
tiba-tiba datang segerombolan kucing hitam....

Mengikut kata si itik angsa (yakni kawan mereka),
kucing-kucing hitam itu telah ditangkap oleh pihak kebajikan juga kerana kes yang sama iaitu berkeliaran tanpa arah tujuan.

Maka,
bertambahlah lagi komuniti kucing-kucing di sana.

Kucing-kucing yang menerajui rumah kebajikan dengan hati terbuka menerima kehadiran kucing-kucing hitam ini semua.
Mereka cuba bertegur sapa namun ternyata kucing hitam memang tinggi egonya.

Ketua rumah kebajikan yang mengetahui akan kewujudan Persatuan Kucing Sedunia meminta agar pasukan kucing hitam turut serta dan memantapkan lagi persatuan tersebut.

Mungkin juga kerana terpaksa, maka kucing-kucing hitam ini hanya menurut perintah tanpa sepatah kata.

Pada suatu hari,
ketua rumah kebajikan ingin mengadakan majlis rumah terbuka.

Maka,
ketua rumah kebajikan meminta agar Pasukan Kucing Sedunia menguruskan segala persiapan bagi menjayakannya.

Bermulalah suatu detik yang memeningkan kepala tatkala kucing-kucing hitam enggan memberi kerjasama.

Kucing-kucing lain berasa dukacita dek kerana perangai kucing-kucing hitam yang sedemikian rupa.

Mereka cuba menegur namun teguran mereka langsung tidak diendahkan oleh kucing-kucing hitam yang ternyata tinggi tahap kedegilannya.

Maklumlah..
kata orang..
HITAM ITU HEBAT.

LAMBANG MUTU, GAYA DAN KEUNGGULAN.
(Iklan yang kata)

Bukan sekali malah berkali-kali mereka mengulangi perkara yang sama dalam pelbagai bentuk cara hingga menyebabkan hati dan perasaan kucing-kucing lain tercalar bagai dicakar-cakar dek kuku yang tajam lagi panjang.

Walhal, bila berhadapan dengan ketua rumah kebajikan..
mereka mula bercakap bagaikan segala-galanya telah dirancang. Tiada masalah dan segalanya berjalan mengikut perancangan.

Mereka langsung tidak memikirkan perasaan dan hati kucing-kucing lain yang terluka dek perbuatan mereka.

Ternyata hitam itu memang hitam.
Takkan ada warna lain yang boleh mencorakkannya.

6 comments:

adul said...

Wake up!!!Wake up!!!!

huhuw, mls lak dul nk gi keje arini.
terasa cm lama lak cuti sem neh....huarghhhh!!!! ngntuknya!!!

p/s:nk tukar wrna kucing itam mudah jer,cabut bulu smpai dodel pastu kaler2 kan bdn dia.hehew

me said...

aku tak suka kucing hitam karna melambangkan kesedihan... kau suka kucing putih, macam air suam saja aku tak suka tapi air sejuk aku suka ^^ . be your best cikliza ^^

Hidayah@FxyzGirlz said...

hehe...akak nie.. pasal kucing laks... eee
saya geli ngan kucing..
& x penah pegang kucing..eeeee

Anonymous said...

fullamakkkkk!!!!

kiranya bagai ku fhm apa yg coba ingin disampaikan..........saboooooooooo......

Anonymous said...

ehihihihi.ak rs la kan,baik ko keje ngn utusan karya,terbitkn buku kisah2 haiwn,kisah tauladan....
hehehehehehehehehehe

jgn marahhhhhhh.
kihkihkihkih

kamarul said...

KAHKAHKAHKAKAH............!!!!!!!

KUCING PAK ITAM PULAKKKKK......

ADISSSS....

EKIKIKIKIKI