CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 19, 2009

Jangan Pernah Berubah

Semalam (yakni 18/3/09),
merupakan hari yang paling letih.
(hari-hari lain pun letih juga sebenarnya).

Semalam,
semalaman aku tak tidur.
selalunya kira ok la lagi sebab kebiasaannya lepas subuh dapat la aku lelapkan mata sebentar walaupun cuma 2 hingga 3 jam.

Semalam,
aku siapkan beberapa kerja yang "karam di lautan" sejak beberapa lama kerana bimbang nakhoda kapal akan mati bersama kelasi-kelasinya jika tiada bantuan dihulurkan segera...

Kira-kira pukul 8.15 pagi,
selesailah sudah kerja-kerja penyelamatan pada hari berkenaan.

Tanpa membuang masa,
aku cuba melelapkan mata walaupun hanya sesingkat cuma.

Pukul 8.20 pagi aku pejam.
Pukul 9.30 aku celik semula.

Selepas mandi dan bersiap,
tepat jam 10 pagi,
aku berjalan ke fakulti tercinta untuk perjumpaan Nadi Bangi.
Nak serahkan semua berita yang telah siap di edit.

Alhamdulillah...
Bila save saja berita dalam Local D En Shafiai..
Terasa dunia ni aku yang punya.
Kak Ili cakap,
tak perlu nak fikir apa-apa lagi dah.

Huh...
suatu kelegaan tatkala mendengar jaminan sedemikian...!!!

Lepas tu,
aku dapat panggilan daripada kerani MENTION.
Ada surat untuk aku katanya.
Aku pun pergi la ambil.
Mana la nak tau kot-kot surat cinta.
Hehehehe.
Merapu saja ni.

Tiba di sana,
Cik Umi kata,
aku dapat praktikal di Kedah F.M.
Hehehehehe...

Bertuahnya aku...
Mungkin juga berkat nama blog aku ni..
maka aku akan kembali ke Jelapang Padi tidak lama lagi.
Impian aku untuk memasuki studio jelapang padi kini menjadi realiti.

"Jelapang Padi, I'm Coming!!!!"

Apapun,
tetiba rasa sebak nak tinggalkan UKM ni..
Nak tinggalkan STUDIO MENTION dan STUDIOUKMDECTAR yang amat kusayangi..

Namun,
memang sudah adat dunia,
dari mana kita datang..
ke situ jualah kita kan kembali.
Cewah..Hehehe.

Kemudian,
aku masuk kelas seperti biasa.

Bila masuk kelas Dr Asiah,
tak sangka pula ada 'pitching' untuk MCP pada hari tu...

Aku sebagai Pengarah apa lagi,
terpaksa la keluar untuk bercakap kat hadapan semua orang.

Aku minta Pengurus Produksi,
Joe Ai Yung..
untuk keluar bersama-sama.

Walaupun kerja kami dah hampir siap sebenarnya,
skrip, grafik, proposal dan apa-apalah..
tapi entah mengapa aku tiba-tiba gelabah tak tentu pasal.
aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cakap semasa 'pitching' tersebut.
terasa teruk sangat...
'pitching' yang paling teruk pernah aku alami seumur hidup.

Pada mulanya,
aku minta ahli kumpulan aku yang keluar,
sebab aku sendiri pun dah macam nak demam waktu tu.
bila nak demam, mulalah aku nak merapu...
takut, gelabah..semua ada waktu tu..

Tapi, tak siapa yang nak keluar waktu tu..
maka terpaksalah aku keluar juga dengan muka yang tak malu.

Minta maaflah buat semua ahli produksi aku.
sebab Pengarah tak bertauliah ni merapu masa 'pitching' tu..
jadi, satu produksi dikira merapu...
huhuhuhuuu....
ampunkan aku....

Teruk juga kena komen dengan Dr Asiah.
Sebenarnya semuanya dah ada dalam otak ni.
Lengkap dan jelas.
Tapi, entah mengapa aku tak dapat terangkan bagi orang faham.
Mujur Ai Yung tolong backup aku.
LiLian dah mula pandang semacam..
Bila aku duduk saja,
LiLian pun kata..
"Aiya Nurul..U banyak tak cakap perkara yang ada dalam proposal kita laaa..."

Hm..
apa boleh buat..
aku sendiri pun tak faham apa yang aku cakap...

Tepat pukul 7.12 petang,
aku berjalan kaki pulang ke Kolej Aminuddin Baki.

Sampai di bilik lebih kurang pukul 7.30 agaknya.

Terus sembahyang dan bersiap untuk ke studio pula.

Jalan punya jalan.
akhirnya sampai juga aku kat studio tercinta.

Tapi, pintu pulak dah berkunci sini sana..

Puas tawaf satu Dectar.
Akhirnya, pintu utama juga yang aku guna..

Waktu tu,
BSMM ada buat dinner.
jadi, segan juga nak masuk melalui pintu tu mulanya.
terasa macam VIP yang tak diundang pula..
tapi, dah tak ada pilihan lain,
maka aku masuk sajalah dengan muka selambanya...

Sampai di studio..
bila semua ahli produksi dah ada,
(walaupun kami tiba lewat..tak ikut masa..ampunkan kami ya)
kami mulakan latihan walaupun ibarat "itik tempang".
apa boleh buat,
tempang pun...tempang la..
jadi la daripada takda kaki langsung...

kalau tempang,
masih boleh berjalan walaupun terpaksa meminta sedikit bantuan..
kalau takda kaki,
mungkin juga orang akan lambung-lambung macam main bola keranjang..

Jadi, itik-itik tempang ni pun mulakan latihan dengan penuh cabaran..
terpaksa berimaginasi bagaikan sedang mandi di dalam kolam yang dipenuhi air kebiru-biruan..
hakikatnya, itik-itik ni semua hanya berenang di atas lantai besi tanpa setitis air yang dapat memberi kesegaran.

Berenang dan terus berenang...
Adakalanya tersalah haluan.
terkedek-kedek sendirian...
maklumlah, itik tempang..
bukannya macam itik gemboi-gemboi yang bebas meluncur di dalam sungai.

Namun,
segala-galanya dapat diatasi tatkala munculnya itik swan yang sudi memberikan pertolongan..

Itik swan yang sayapnya cantik..
mukanya comel dan bulunya putih..
kiranya itik swan yang sempurna sifat sebagai seekor itik sebenar.

Itik swan cuba membantu itik tempang agar dapat berenang dengan betul.

Maka..
itik tempang akhirnya dapat juga berenang walaupun kadang-kadang terjatuh di sini sana buat beberapa ketika...

Itik-itik tempang ni semua bangun semula setelah mendapat dorongan daripada itik swan.

Lebih kurang nak dekat pukul 11 malam agaknya.
Itik tempang pun selesai berenang.

Hmmm..
tu kisah itik tempang.
sekarang,
sambung kisah aku balik.

Tadi tu,
iklan saja tu...

Lebih kurang pukul 11 mlm,
latihan di studio dihentikan buat sementara waktu dan akan disambung semula pada malam ini jam 8 bersama-sama satu lagi produksi iaitu kumpulan 3. Harap-harap begitulah hendak-Nya.

Sampai di Kolej,
aku dan Ain singgah di kafe.
Lapar pula rasa.
Selesai beli makanan,
kami berjalan pulang ke bilik K6R114.

Terus sembahyang dan makan.
Rasa macam nak demam.
Dah mula selesema sampai sekarang tak lega-lega.
Tapi, kugagahi jua untuk menyiapkan sedikit kerja walaupun dah macam tahap beruang koala.

Lebih kurang pukul 12.30mlm,
sedang aku siapkan assignment,
tiba-tiba kak Salmi YM..

Oh tidak....!!!!!!!!!!!!
"Pn Shazlin nak jumpa esok sebab Nadi Bangi dia nak ubah pula.
Tak nak border, tak nak ini, tak nak itu, berita pun banyak yang nak kena tukar dan akan di edit semula..Liza, akak dah nak menangis. Cik Ili dah cuba pertahankan kita sebab itu semua kehendak Pn Shazlin. Dia yang nak kita buat border tu semua. Tapi, sekarang dia taknak pula. En Hasrul dah edit berita. Ok saja. Dua tiga ayat saja yang kena edit. Tapi, Pn Shazlin edit dan macam-macam nak kena ubah lagi."
-Kata Kak Salmi dengan penuh tangisan di hati-

Asyik nak ubah..nak ubah..nak ubah..
orang ni cakap macamni..
sampai kat orang tu..
lain pula cakapnya nanti..

sampai pula kat orang yang lagi satu,
lain pula yang berkenan di hati.

sampai lagi kat mana-mana orang,
suka pula nak ubah sana sini.

Ternyata manusia memang suka berubah.
manusia perlukan perubahan.

Hati manusia memang tak tetap.

Asyik nak berubah sajaaaaaa.........

Aku pun apa lagi,
mulalah menangis di dalam hati.

Air mata mengalir tanpa henti.
Bukannya menangis kerana sedih tetapi selesema dah meresapi seluruh anggota badanku ini.
Mata dah berair, merah mata ni macam buah ceri.

Hmmm..
kepala pun dah mula pening.

Tanpa berfikir panjang,
terus kumatikan komputer kesayanganku ini.

Aku melangkah masuk ke bilik dan memejamkan mata buat pertama kalinya dalam minggu ini iaitu pada pukul 1.32 pagi.

Kali pertama juga kutidur dengan selimut menyelubungi badanku ini.
selalunya elok saja selimut tu terlipat tanpa usikkan olehku kerana malas nak selimut bila tidur waktu pagi. sekadar memakai stoking untuk menghilangkan sejuk.

Hmm..
nampaknya demam tak kebah-kebah lagi hingga ke saat kumenulis warkah ini.
Hidung ni pun asyik berair.

Apapun,
perjuangan perlu diteruskan.

SELAMAT BERJUANG!!!


3 comments:

Anonymous said...

cian akak... sakit ek..
bawa2 berehat ek kak...
sye pun penah gak sakit cam akak..
sabo je lah..
nie lah 'resepi' kehidupan..huk3

ct_saggie said...

erm..
sowi kump kami xdpt hadir dlm sesi latihan mlm ni..
kitorg xth menahu pasal ada latihan malam ni..
tu td pg ai yung ckp kat ct..
erm...kumpl kami ada shoting mlm ni smpi lah kul 10mlm..
xdpt la join ...

ct_saggie said...

pastu lagi satu..
pasal nadi bangi..
itu mmg kak...
mmg semua org pndpt lain2...
jd tension sgt2 kak kami sem lepas..
lagi ct kena buat bhgian tgh..
erm..
mmg susah kak...
xper...act mmg nak bg kita latihan mcm tu..
kena sabar je la..
ct sem lepas smpi kena balik time posmotem...
erm..nasib badan..